Salam,
Setelah lama tak berblogging, aku tergerak untuk merungkap segala yang terpendam di dalam sanubariku. Harini adalah Hari Maulidur Rasul.. Hari cuti umum yang ada menunggu hari cuti ini.. Bila tiba hari ini ramai yang menunggu untuk berehat dan beriadah sesama keluarga mahupun rakan termasuk juga diriku.. Disebalik itu, aku tidak melupakan bahawa hari ini adalah hari kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Hari ini bersamaan 12 Rabiulawal lahirlah seorang insan teristimewa yang mengubah hidup dan peradaban semua umat di akhir zaman ini dengan penyebaran agama yang tulus dan hakiki iaitu agama ISLAM.. Sesunngguhnya, Allah telah menjadikan kita adalah umat akhir zaman yang berpegang pada ajaran Rasulullah s.a.w yang kita harus cintai ini.. Sifat dan kelakuan Rasulullah s.a.w harus di jadikan teladan dan kita harus mengkaji dan terus menghayati kisah2 sakti Rasulullah s.a.w.. Allah sentiasa melindungi pada mereka yang sentiasa mencintaiNya dan kekasihNya iaitu baginda Rasulullah s.a.w.. Teringat aku tentang kisah Rasulullah s.a.w dengan seorang Yahudi buta.. Sungguh mulia sifat Rasulullah walaupun si buta itu sering mencaci dan menghina Rasulullah yang sering menyuapkan makanan dan minuman kepadanya sedangkan ia tidak nampak dan kenal orang yang menyuapkannya makanan itu adalah Rasulullah sendiri.. sehinggalah setelah Baginda wafat penggantinya Saidina Abu Bakar As-Sidiq yang memberi tahu kepada si buta itu lantas terus memeluk Islam setelah mengetahui perkara yang sebenarnya.
Disebalik kisah2 sakti Rasulullah yang banyak memberikan pengajaran tentang kehidupan kita seharian, ianya banyak mengajar aku tentang erti kesabaran dan maksud cinta dan kasih antara kita sesama umat. Itulah yang ditekankan oleh Rasulullah supaya kita tidak bermusuhan antara satu sama lain malahan hendaklah kita berkasih-kasihan sesama umat. Mengapa kita sekarang sering berperang sesama sendiri ? Kita mengatakan diri kita merdeka... Adakah kita benar-benar merdeka ?? Merdekakah kita dari perasaan atau belenggu yang sering bermain-main di dalam hati kita ?? Itulah yang membuatkan kita sering berperang sesama sendiri dan kita katakan diri kita sudah merdeka... Arggghhh tanyalah diri sendiri.. Aku tak percaya akan kemerdekaan yang kita raikan sekarang.. Jika benar merdeka seseorang insan itu tidaklah porak peranda sesuatu negara ataupun di tempat kerja kita sendiri.. terlalu banyak dusta dan nista di antara kita semua.. Bilakah ini akan berakhir ?? Selagi kita disogokkan dengan amalan2 atau budaya2 yang melalaikan sampai bila2 kita akan di takuk yang sama.. Hari Valentine atau Hari Kekasih disambut dengan begitu meriah. yang menyedihkan antara kita sesama Islam juga meraikan Hari Kekasih ciptaan orang Kristian itu.. Biarlah mereka saja yang ingin meraikan hari tersebut yang kita pun nak menyibuk sama apa barang !! Pada ku, hari-hari adalah hari kekasih pada keluargaku, saudara-maraku, rakan2 dan teman istimewa.. Tiada hari yang istimewa setiap hari adalah sama cuma kita yang akan mencorakkan hari yang bakal kita lalui..
Nabi Muhammad s.a.w ada berpesan supaya sentiasa melihat dibawah dan jangan diatas.. Maksudnya sentiasa lah memandang pada orang yang dilanda kesusahan seperti fakir2 miskin. Mereka inilah yang seharusnya kita bantu. Inilah yang ditekan kan didalam agama kita. tapi sekarang jika kita tidak berduit maka tidak dipandang lah kita.. Sedar atau tidak sedar banyak dikalangan kita yang lupa diri atau angkuh bila diuji oleh Allah s.w.t dengan limpahan kekayaan atau kesenangan yang telah dikurniakan.. Semakin banyak harta yang diberi semakin angkuh dan semakin bongkak.. Semakin banyak duitnya semakin singkat kainnya.. Ingatlah, berpijaklah di bumi yang nyata.. Benar, zaman sekarang memang kita memerlukan duit untuk urusan di dunia ini.. tapi janganlah jadi hamba duit kerna dengan duit juga boleh merobohkan jiwa dan membinasakan sesuatu umat itu.. Aku sentiasa mengingati diriku supaya jangan lalai dengan kesenangan yang telah Allah kurniakan padaku.. Aku percaya ianya hanya sekadar pinjaman dan boleh hilang dalam sekelip mata jika kita telah menghadapi Malaikat maut yang sentiasa menunggu tika dan saat untuk mencabut nyawa kita.. Bukankah hilang segalanya jika kita telah tiada.. Hanya amalan didunia ini yang menjadi bekalan untuk kita kelak.
Aku bukan lah seorang yang sempurna malah ingin membetulkan diri aku yang sering dalam kegelapan. Aku ingin mencari cahaya atau irama yang setelah lama hilang dalam diriku.. Mencari melodi dan diiringi rentak yang boleh membuatkan diriku bahagia adalah perkara yang paling ku dambakan selama ini...
Salam Maulidur Rasul..