Wednesday, March 31, 2010

Bila irama dan lagu disatukan...

Kopratasa...

Muzik sangat dekat dalam diri aku.. Mungkin sejak kecil aku telah disebatikan irama lagu-lagu soul, country, rock, r&b oleh ayahku.. Walaupun tak faham dengan lirik-lirik lagu The Beatles, Lionel Ritchie, Michael Jackson, Bad Company tapi irama yang begitu asyik membuatkan aku sebati dengan irama muzik-muzik barat ini.. Mungkin aku agak ketinggalan zaman kerana masih meminati lagu-lagu oldies zaman-zaman 25 atau 35 tahun dulu tapi irama-irama ini yg masih melekat di jiwa aku.. Namun, sebagai penggemar dan pencinta muzik aku masih boleh mendengar muzik-muzik di zaman sekarang yang lebih kepada bunyi-bunyian..

Sejak kebelakangan ini aku dapat menikmati kecintaan aku terhadap jiwa yang tersemat di dalam jiwa aku dengan mendengar irama-irama muzik yang mengasyikkan daripada para penghibur yang sememangya penghibur dan seniman.. Sheila Majid satu nama besar dalam industri kita telah 25 tahun dalam industri kita tapi pada aku masih utuh dan tiada tolok bandingannya. Beliau masih lagi memegang takhta sebagai antara penghibur yang terbaik di negara kita ini.. Kesempatan melihat persembahan selama lebih kurang 45 minit cukup menggambarkan yang dia masih hebat. Kalau ingin dikatakan artis 1Malaysia pada aku dia antara yang membawa seruan PM kita tu.. Aku dapat saksikan pelbagai kaum menyanyikan lagu2 hebat beliau dan bergerak mengikut irama yang dinyanyikan.. Yang menggembirakan aku pabila DSM menyanyikan lagu2 P.Ramlee (walaupun dalam genre yg berlainan ) mereka tetap mengikut menyanyi bersama. Ada 2 orang Arab kalau tak silap duduk depan aku mungkin disebabkan irama lagu yang dimainkan atau diorang heran kenapa orang ramai tgk DSM menyanyi membuatkan diorang pun duduk dan mengambil video. Aku tak mengerti diorang bukannya faham pun mungkin ada sebab yang membuatkan mereka tertarik untuk duduk dan menghayati DSM membuat persembahab.. Lagu2 DSM telah lama aku kenal sejak aku di tadika lagi di waktu dia meletup dengan lagu Sinaran kemudian barulah aku mengenal lagu2 nya seperti Dia, Tua sebelum waktunya, Memori, Warna, Emosi, Jentayu, Bersatu Hati dan beberapa buah lagu lagi.. Legenda adalah album terbaik beliau..Walaupu menciplak lagu2 ciptaan P.Ramlee namun hasilnya begitu segar dan berjaya.. Ya itu adalah album tribute kepada Seniman Agung kita yang terbaik walaupun ada berlambak album tribute lain.. Terlalu banyak kalau nak dihuraikan perasaan aku tentang muzik.. mungkin boleh buat satu buku.. Ini hanyalah pandangan dari sudut hati seorang orang biasa...

Sememangnya aku cukup terhibur dengan perasaan aku sekarang.. Walaupun masih ada badai yang melanda namun ianya masih mampu ku tepis sedikit demi sedikit.. Selain dari masih tidak dari landasanNya yang aku pohon supaya aku tidak mudah leka dan ketinggalan aku berharap agar dapat menikmati hidup ini dengan penuh warna warni baik hitam mahupun putih.. Inilah kehidupan yang ingin aku rasai tanpa melupakan tentang tanggungjawabku sebagai seorang khalifah dan hambaNya..

Salam...

Monday, March 29, 2010

Bila irama jazz ke rock dan ke soul...

Salam...

Minggu lepas aku berpeluang melihat persembahan seorang penyanyi atau seniman dari Indonesia yang pada aku cukup berbakat dengan jiwa seninya.. Tompi satu nama besar dalam arena muzik jazz di nusantara ini.. Kononnya, lagu2 jazz ini didengari oleh golongan2 atasan saje.. Apa punye fikiran lah kalau berfikir begitu.. bukankan muzik itu universal.. mendengar muzik tanpa batasan asalkan kita tidak lari dari landasannya.. Tidak kira lah muzik itu jazz ke rock ke nasyid ke atau apa saja yang penting bagaimana kita menerima sesebuah nashkah muzik itu supaya tidak lari dari akidah..

Dengan berbekalkan segelas air Tompi telah membuatkan aku ternganga dengan forte suara chipmunknye yang cukup memukau.. Dengan irama jazz yang cukup menghiburkan diiringi pemuzik2 yang begitu kelasss persembahan Tompi aku boleh katakan cukup melekat di hati peminatnya.. Mungkin aku hanya mengenali Tompi dengan lagu Salahkah dan Selalu denganmu tetapi keupayaan Tompi menyanyikan lagu2 jazz yang lain dengan caranya tersendiri sungguh mencuit hati aku.. Kehebatan Tompi dengan irama jazz yang berbunyi sedikit fusion kearaban dan ada yang berbunyi jawa cukup menarik minat aku terhadap penyanyi Indon ini.. Tompi memang menghiburkan !!

Seterusnya, aku menyaksikan Konsert Suatu Masa Amy Search pada hari sabtu lepas bersama teman baikku. Konsert yang telah lama aku tunggukan.. Amy memang satu nama yang memang aku minati sejak mengenali kumpulan Search.. Konsert yang berbentuk teater hasil garapan Ogy Ahmad Daud pada mulanya membuat aku terpinga-pinga menyaksikan aksi Amy yang seperti bukan dirinya.. Namun setelah persembahan hampir setengah jalan barulah aku sedar ini sebuah pementasan teater. Patutnya tukar nama tajuk bukan Konsert tapi Teater Muzikal mungkin baru orang boleh setting tengok teater.. Sememangnya kita mengenali Amy dengan gaya ala2 Steve Tyler bila menyanyi tapi kali ini dia menjadi seorang pelakon teater dalam menyampaikan lagu2 popularnya dengan penuh penghayatan dan ekspresi.. Mungkin pada aku Ogy telah berjaya mengubah Amy dari seorang Rocker ke satu tahap yang amat berlainan dan Amy berjaya.. Dari irama kongkang, sotong, kerja gila, aku dah bosan, Amy mengubah mood penonton ke lagu2 gadis yang berhantu seperti Isabella, Rozana, Nigina dan Laila namamu teratas.. Scene di atas katil dengan dimulakan lagu Suatu masa benar2 menusuk kalbu sehingga membuatkan aku telayang dengan susulan lagu2 romantis nyaa.. Siapa sangka dari seorang Rockeer kental Amy telah mengubah jiwanya yang agak keras terus ke jiwa yang penuh kerohanian.. Ini membatkan aku sedar betapa Allah itu Maha Berkuasa dalam mengubah jiwa seseorang dengan izinNya.. dimulakan dengan Tiada Lagi, Mentari Merah Di ufuk Timur, Khalimah cinta dan Kepadamu Kasih seterusnya di akhiri dengan Asma Ul Husna membuatkan aku bebenar terasa tentang penghijrahan Amy Search yang suatu masa dulu berseluar ketat dan beranting-anting kini berjubah.. Aku dapat rasa kan keinsafan melanda dirinya tatlkala dia berasmara dengan lagu Kepadamu Kekasih dan Asma Ul Husna.. Hebat !! Aku tidak puas menonton persembahannya mungkin faktor kesihatannya yang agak mengganggu persembahannya.. dan aku berbangga kerana salah seorang pereka fesyen pakaian Amy Search adalah seseorang aku kenali.. Congratulation Syahmi !! Aku inginkan persembahan seperti ini harus diteruskan oleh para penggiat seni di Malaysia.. Ia benar2 membuka mata orang yang sentiasa memandang senget terhadap kemampuan seseorang rocker... Pheewwitttt !!

Akhirnya aku baru lepas pulang dari menonton satu lagi persembahan hebat seorang penyanyi soul di Malaysia iaitu Najwa.. Irama soul yang dia dendangkan cukup membuatkan segala buluku meremang.. Kehebatan vokalnya menyanyikan lagu Stevie Wonder, Erika, Aretha Franklin sungguh mengkagumkan.. Siapa kata artis Malaysia takde kelasss.. Najwa memang berada di kelasnya yang tersendiri.. Walaupun anak seorang pemimpin besar negara kita namun persembahannya melebihi batas dan tidak langsung membayangi kehebatan bapanya... Memang hebatt.. Soulnya cukup kuat membuatkan kita terasa bila dia mendendangkan irama soul, jazz dan r&b nyer... Great Vocal !!

Sudah lama aku tak menonton persembahan pentas seperti gini.. Kesibukkan dan kekosongan yang melanda diri aku telah dipenuhi dengan melodi2 indah sang penghibur di atas.. Sememangnya muzik dapat menutupi segala lobang2 kosong dalam diriku.. keindahan melodi yang jujur dan ber'roh' benar2 membuatkan hati ku tersenyum.. Thanks to all my friends that never forget me !! Thanks a lot !!