Kopratasa...
Muzik sangat dekat dalam diri aku.. Mungkin sejak kecil aku telah disebatikan irama lagu-lagu soul, country, rock, r&b oleh ayahku.. Walaupun tak faham dengan lirik-lirik lagu The Beatles, Lionel Ritchie, Michael Jackson, Bad Company tapi irama yang begitu asyik membuatkan aku sebati dengan irama muzik-muzik barat ini.. Mungkin aku agak ketinggalan zaman kerana masih meminati lagu-lagu oldies zaman-zaman 25 atau 35 tahun dulu tapi irama-irama ini yg masih melekat di jiwa aku.. Namun, sebagai penggemar dan pencinta muzik aku masih boleh mendengar muzik-muzik di zaman sekarang yang lebih kepada bunyi-bunyian..
Sejak kebelakangan ini aku dapat menikmati kecintaan aku terhadap jiwa yang tersemat di dalam jiwa aku dengan mendengar irama-irama muzik yang mengasyikkan daripada para penghibur yang sememangya penghibur dan seniman.. Sheila Majid satu nama besar dalam industri kita telah 25 tahun dalam industri kita tapi pada aku masih utuh dan tiada tolok bandingannya. Beliau masih lagi memegang takhta sebagai antara penghibur yang terbaik di negara kita ini.. Kesempatan melihat persembahan selama lebih kurang 45 minit cukup menggambarkan yang dia masih hebat. Kalau ingin dikatakan artis 1Malaysia pada aku dia antara yang membawa seruan PM kita tu.. Aku dapat saksikan pelbagai kaum menyanyikan lagu2 hebat beliau dan bergerak mengikut irama yang dinyanyikan.. Yang menggembirakan aku pabila DSM menyanyikan lagu2 P.Ramlee (walaupun dalam genre yg berlainan ) mereka tetap mengikut menyanyi bersama. Ada 2 orang Arab kalau tak silap duduk depan aku mungkin disebabkan irama lagu yang dimainkan atau diorang heran kenapa orang ramai tgk DSM menyanyi membuatkan diorang pun duduk dan mengambil video. Aku tak mengerti diorang bukannya faham pun mungkin ada sebab yang membuatkan mereka tertarik untuk duduk dan menghayati DSM membuat persembahab.. Lagu2 DSM telah lama aku kenal sejak aku di tadika lagi di waktu dia meletup dengan lagu Sinaran kemudian barulah aku mengenal lagu2 nya seperti Dia, Tua sebelum waktunya, Memori, Warna, Emosi, Jentayu, Bersatu Hati dan beberapa buah lagu lagi.. Legenda adalah album terbaik beliau..Walaupu menciplak lagu2 ciptaan P.Ramlee namun hasilnya begitu segar dan berjaya.. Ya itu adalah album tribute kepada Seniman Agung kita yang terbaik walaupun ada berlambak album tribute lain.. Terlalu banyak kalau nak dihuraikan perasaan aku tentang muzik.. mungkin boleh buat satu buku.. Ini hanyalah pandangan dari sudut hati seorang orang biasa...
Sememangnya aku cukup terhibur dengan perasaan aku sekarang.. Walaupun masih ada badai yang melanda namun ianya masih mampu ku tepis sedikit demi sedikit.. Selain dari masih tidak dari landasanNya yang aku pohon supaya aku tidak mudah leka dan ketinggalan aku berharap agar dapat menikmati hidup ini dengan penuh warna warni baik hitam mahupun putih.. Inilah kehidupan yang ingin aku rasai tanpa melupakan tentang tanggungjawabku sebagai seorang khalifah dan hambaNya..
Salam...
No comments:
Post a Comment