Sunday, March 15, 2009

Bila MU vs. LIV, Swiss Open Semi Final dan AF7..

Harini rancangan tv di Astro membuatkan aku pening nak pilih channel yang mana satu nak tengok.. Ada game bola , ada game badminton and ada AF7 yang baru bermula.. Aku sememangnya follower AF ni dari mula terjebak dgn AF1 suatu masa dahulu.. cuma AF4 je yang aku kureng sikit nak tengok.. Man United pulak adalah team bola yang aku sokong since ryan giggs pun masih berambut panjang.. badminton pulak adalah salah satu sukan kegemaran aku.. so aku dah pening nak tengok yang mana satu.. Disebabkan game Man U dgn Liverpool ni mmg ditunggu-tunggu oleh peminat bola sepak satu dunia so aku membuat pilihan untuk tengok game ni..

Walaupun MU kalah teruk dgn Liv tapi aku tak kisah sangat sebab aku tau MU tetap akan menang EPL tahun ni.. wakaka.. mungkin malam tadi bukan rezeki diorang untuk menang.. ala sesekali kena la kalah jugak kan.. walaupun agak perit nak terima sbb kalah dgn LIV.. Aku ni pun mmg fan Liv jugak suatu masa dulu.. Era Ian Rush, John Barnes, Peter Beardsley aku memang sokong LIV.. time tu aku tak tau pun team MU until aku kenal Ryan Giggs baru aku tau kewujudan team MU.. so tak kisah la team mana yang menang pun janji bukan Arsenal or Chelsea..hehehe..
Bila time half time aku curik2 jugak tengok AF.. Set pentas yang baru ni agak menarik and more to konsert type.. elok pulak tu time aku tukar channel ada la pelajar yang menyanyi.. Ok la.. aku perasan yang budak AF 7 ni ada suara gak la.. boleh tahan .. Mamat Qhahud ni nyanyi lagu sifu ' Phoenix Bangkir dari abu..' Aku tabik jugak la mamat ni sbb berani nyanyi lagu ni.. Aku pun takberani nyanyi lagu ni kalau gi karaoke.. Susah tu nak nyanyi lagu ni.. tapi okla mamat Qhahud ni nyanyi..

Minggu lepas adalah minggu yang sangat sibuk untuk diriku.. Keletihan yang melanda membuatkan aku malas nak merayau hari minggu ni. . Aku mungkin nak melepet je kat umah sambil golek2.. dan minggu lepas jugak aku mengalami satu peristiwa yang sukar aku gambarkan.. Mungkin ada hikmah di sebalik peristiwa itu.. Aku percaya tuhan ingin menguji diriku ini dengan dugaan.. namun aku tetap gembira dan lega bagaikan burung yang dilepaskan dari sangkar emasnya.. fuhhh.. Aku berdoa agar ada hikmah dan rahmat di sebalik 'pertemuan' yang tak disangka itu..

Sekian.. Salam Algojo

Thursday, March 5, 2009

Suatu Masa bersama Sang Pencinta...

Masih lagi topik seniman tersohor negara kita M.Nasir.. X tau kenapa gua teruja sikit nak cerita bila masanya gua mula mengenali insan yang bernama M.Nasir ni.. Seingat gua, first time gua dengar nama M.Nasir masa dia mula top dengan lagu Mustika.. Sebelum tu gua tau lagu Hati Emas, Ekspress Rakyat and Gerhana tapi gua tak tau sape yang nyanyi. Maybe masa tu gua masih
' berlari telanjang di bawah mentari sumbing' . Bapak gua la yang kata lagu Mustika ni sedap and bagus.. Bapak gua memang peminat muzik tapi gua tak pasti dia minat ke tidak masa tu.. ( maybe masa tu M.Nasir ni celupar lagi kot ). Setelah gua lebih dewasa dan mengenali muzik dengan lebih mendalam barulah gua mula menjejaki siapa tu M.Nasir setelah album Canggung Mendonan di pasaran. Lagu Mentera Semerah Padi yang benar-benar menguatkan semangat gua untuk mengenali beliau.. Lagu Bonda menyusul antara lagu terbaik yang pernah gua dengar seumur hidup gua dan bapak gua pun kata lagu ni antara lagu terbaik yang pernah di hasilkan di alam maya ini..

Bermula dari situlah gua mula mengorak langkah mencari lagu-lagu M.Nasir dan mula memahami segala intipati lagu-lagu ciptaaan beliau. ( time tu pun suara dah mula garau so dah faham sikit la.. ) Gua mungkin agak ketinggalan zaman tapi gua bergerak dengan pantas cuba mengenali beliau dan barulah gua tau yang lagu Hati Emas, Gerhana, Ekspress Rakyat dan Apokalips adalah M.Nasir yang cipta dan nyanyikan.. Perlahan-lahan gua mula belajar main gitar dan memainkan lagu-lagu ciptaan beliau walaupun sumbang-mambang.. Lagu pertama yang gua reti main pun lagu Mustika.. mungkin sebab lagu tu antara lagu terawal M.Nasir yang gua hafal..

Gua masih teringat ' suatu masa' dulu gua ada tertengok HMI Bersama M.Nasir ( x ingat tahun berapa ) .. Konsep yang disajikan seperti di dalam hutan dalam suasana bercamping.. Gua siap record pakai VCR masa tu.. Lagu yang di nyanyikan seperti Aduhai kasih Aduhai, Impian Anak Jalanan, Nyanyian jiwa, Kepadamu Kekasih dan Ada.. Memang gua stim betul tengok show tu.. Berulang kali gua tengok sampai naik berkulat.. hehehe..

Kemudian setelah beberapa tahun barulah muncul album Phonenix Bangkit . Dalam tempoh yang lama tu gua dah mula guna nickname Algojo.. :) kena dengan panggilan beberapa kenalan gua yang panggil gua Jo.. wakakaka.. Album Phoenix adalah antara album terbaik sepanjang zaman di nusantara ini.. Gua rasa kalau mat saleh dengar album ni and appreciate muzik kita confirmlah boleh menang Grammy or American Music Award yang kononnya berprestij tu.. Album ni boleh tapau habis.. Album ni penuh dengan ilmiah dan falasafah yang benar-benar menikam jiwa gua.. Dengan lagu Bila Rumi Menarilah baru gua kenal siapa itu Jalaluddin Rumi dan kenapa orang turki bertarbush menari berpusing-pusing..

Kesimpulannya, M.Nasir banyak mengajar gua tentang ilmu dunia dan falsafah melalui lagu-lagu hikmah beliau dan tulisan-tulisan magis arwah Loloq.. Dengan menonton konsert dan persembahan beliau membuatkan gua mengerti mengapa kita perlu mengapresiasi muzik dan mendalami muzik.. Tahniah buat sifu M.Nasir yang banyak mengajar dan berkongsi dengan ilmu beliau ke seluruh umat sekarang..

' Di balik cermin mimpi aku melihat engkau,
di dalam engkau aku melihat aku,
ternyata kita adalah sama,
di arena mimpi yang penuh bermakna '

Salam Algojo...

Wednesday, March 4, 2009

Saudagar yang sering berMimpi

REVIEW :
KONSERT ALAM MUZIK
Sabtu : 28 Februari 2009
Panggung Sari, Istana Budaya Kuala Lumpur


Impian jadi kenyataan. Itu yang aku boleh katakan tentang perjalanan aku ke konsert Alam Muzik ini. Perancangan yang diatur untuk ke konsert ini sudah dibuat berbulan-bulan lamanya.

Jam 6 petang. Aku sudah sampai di KL Sentral. Awan Kuala Lumpur berarak mendung seperti mahu memuntahkan isinya. Hujan renyai-renyai menyebabkan aku membatalkan rancanganku untuk menaiki LRT ke Titiwangsa dan ke Istana budaya. Dengan tambang RM 10 aku mengambil teksi ke Istana Budaya. Ini kali kedua aku ke IB untuk tujuan menonton konsert. Sebelum ini aku hadir untuk turut serta dalam konsert Rock Timur - Ramli Sarip. Pengalaman menonton konsert Ramli Sarip itu memberi isyarat bahawa magis yang sama bakal aku rasai di Istana Budaya.Aku tiba di lobi istana Budaya jam 6.30 petang. Lenggang sahaja lobi IB tapi aku tengok car park penuh keliling Istana Budaya. Aku berlegar-legar di perkarangan lobi menjenguk-jenguk gerai yang ada. Diruang lobi cuma ada dua booth iaitu booth Luncai Emas dan gerai NST.

Aku kira elok jika mereka adakan sedikit pameran tentang perjalanan karear 3 dekad M.Nasir di lobi itu. Sekurang-kurangnya pengunjung dapat menghayati sedikit pahit maung anak seni bergelar Sifu ini. Ketika aku meninjau booth Luncai Emas cuma ada seorg kakitangan saja yang bertugas sebelum Ain and the geng datang membantu. Kesempatan itu buat aku membelek belek barangan cenderahati yang dijual antaranya t-shirt Konsert Alam dan koleksi M Nasir. Aku menjenguk pula both NSTP yang menjual mug dan mouse pad. Pada fikiran aku baik aku beli t shirt terlebih dahulu kerana aku lihat semakin ramai crowd yang datang membanjiri lobi menjelang jam 7. Lagipun jika beli mug berat pula nak membawanya ke hulu hilir.

Lingkungan usia penonton yang datang aku perhatikan terdiri dari golongan tua, muda-remaja, kanak-kanak, Melayu, Cina, India, orang putih malah golongan OKU pun ada. Selepas Maghrib di tingkat dua, jam 7.40 adik aku sampai membawa tiket. Gembira bukan kepalang bila tiket sudah berada di tangan. Kemudian aku terjumpa pula booth yang menjual buku program. Buku program memang ada dalam senarai perkara yang mesti aku dapatkan sebagai koleksi. Jam 8 aku dan adik aku dah tercegat di pintu masuk upper circle. Penat juga la memanjat tangga Istana Budaya. Dalam hati berdoa la seat yang aku pilih tu dapat panorama yang best? Disebabkan budjet yg “ciput” aku cuma mampu beli dua seat RM88.

Ok lupakan pasal tu. Sekitar jam 8.15 pintu dewan dibuka. Berpusu-pusulah manusia memasuki Panggung Sari. Seat aku dan adik aku betul-betul dihadapan sekali. Bila sudah duduk diseat di upper circle tu aku mula terdengar keluh kesah penonton yang bersungut tentang skrin latar pentas tidak penuh. Skrin latar cuma sekerat. Apa yang kita boleh jangkakan dengan tiket murah, pasti ada pro dan kontranya. Sebaris denganku duduk beberapa orang fan yang aku rasa cool juga. Manakan tidak, sepanjang persembahan nampak mereka enjoy habis bertepuk tangan dan mengikut rentak irama.

Jam 8.20 malam, MC pada malam itu, Dayang Kartini Awang Bujang mengalu-alukan kedatangan penonton. Katanya respon penonton pada malam itu tidak sekuat penonton malam pertama. Penonton diminta berdiri dan lagu Negaraku dimainkan dan dinyanyikan dengan penuh semangat. Saat yang ditunggu tiba apabila MC mengumumkan kemunculan M Nasir di pentas. Keterujaan penonton dirasai apabila semua penonton bertepuk tangan dan bersedia memasuki alam muzik M Nasir.

Setlist (Malam kedua)
1. Di Balik Cermin Mimpi
2. Gong Impian
3. Hati Emas
4. Rajawali Terbang Tinggi
5. Masirah
6. Falsafah Cinta
7. Bukalah Hatimu
8. Dah Lagu Tu!
9. Keroncong Untuk Ana
10. Bukalah Hatimu
11. Balada Seorang Teman

set gitar akustik
12. Suatu Masa
13. Langam Pak Dogo
14. Getaran Jiwa
15. Keroncong Nostradamus

set rancak
16. Mentera Semerah Padi
17. Raikan Cinta
18. Sahabat Gua
19. Phoenix Bangkit Dari Abu
20. Ada

-Encore- (We Want MORE!!)
21. Hijab kekasih
22. Sentuhan Listrikmu
23. Apokalips
24. Andalusia
25. Juwita Citra Terindah

1. Di Balik Cermin Mimpi
Lagu ini membuka persembahan. Gimik video seorang lelaki di layar putih atas pentas kelihatan terbaring dan tidak bermaya tidak dapat aku tonton kerana masalah skrin yang tidak penuh. Kelibat M Nasir juga tidak kelihatan. Cuma suara sifu mendendangkan lagu Dibalik Cermin Mimpi kedengaran mengiringi asap seolah-olah awan berkepul melintasi pentas dari kiri ke kanan dengan perlahan. Gabungan panorama itu dan irama lagu Di Balik Cermin Mimpi itu sebenarnya sudah cukup memberi momen yang mistik sekali. Bagi aku ini antara momen yang tidak boleh dilupakan (bagi aku la, org lain aku tak tau hahahahha)

2. Gong Impian
Lagu ini merupakan denyutan pertama konsert ini. Irama gamelan memenuhi ruang udara alam Istana Budaya. Pentas bertukar warna merah. Seorang pemain gamelan muncul disudut kiri pentas tidak lama kemudian Beberapa pelakon ‘pantomin’ bermain tali keluar dari tengah pentas. Leka menonton gimik yg dibuat itu menyebabkan aku terlepas pandang kemunculan sifu di belakang pentas bersama band dengan berpakaian hitam.

3. Hati Emas
Persembahan diteruskan dengan intro seakan-akan Ekspress Rakyat. Penonton sudah bersorak dan seolah-olah mahu menyanyikan bersama lagu itu tapi band terus memainkan lagu Hati Emas. Puas hati aku dengar lagu ni secara live.

Kalau tak silap aku ketika permulaan lagu ini M Nasir sempat buat joke. Katanya sekarang promoter tgh kira duit kat belakang pentas.. Projek anak melayu...
Semua bertepuk dan bantai gelak.

4. Rajawali Terbang Tinggi
Yeah! Satu lagi lagu kesukaan aku dari album Solo! Aku memang layan betul lagu ni walaupun aku tengok kiri kanan tak ramai yang sing along. Mungkin lagu lama jadi tak ramai yang tahu.

Oh ya, salah satu momen menarik ialah selepas M Nasir nyanyi beberapa lagu belaiu bertanya kepada audien. Dia tanya nak lagu apa lagi? Kemudian seorang lelaki jerit. "lagu raya...!!" M Nasir dengan selamba menjawab "belialah ko.." sekali lagi audien bantai gelak.

5. Masirah
Untuk lagu skrin latar bertukar wajah dengan memaparkan gambar-gambar peristiwa dari tebing barat. Sayu. Penonton bagaikan terdiam seketika sepanjang lagu ini.

6. Falsafah Cinta
Sebelum M Nasir menyanyikan lagu Falsafah Cinta, beliau kata terlalu banyak lagu cinta tapi ini lain sikit. Skrin latar menayangkan video pantai dan alam. Sesuai dengan jiwa lagu ini. Perfomance sifu macam biasa masih best pada tahap ini.

7. Bukalah Hatimu
Lagu funky kata sifu. Skrin latar bertukar wajah dengan video berlatar belakang kota metropolitan pada waktu malam. Menarik. Permainan bass Jay-Jay memang mengujakan aku. Dalam lagu ini sifu sekali lagi mengejutkan ramai apabila sifu rappin. Best! Dalam lagu ini kalau tak silap aku sifu memperkenalkan beberapa orang pemuzik yang mengiringinya.

8. Dah Lagu Tu!
Sebelum memulakan persembahan, beliau berkata “Ada syarikat yang berasakan apa kelas kalau mereka menaja (konsert) penyanyi tempatan,” Sindiran tu.....
Atas sebab itulah, katanya, dia juga tidak ketinggalan untuk penyanyi yang dibawa khas dari LA (Los Angeles) iaitu ‘Beyonce’, ‘Rihanna’ dan ‘Britney Spears’.
Ketiga-tiga nama penyanyi itu tadi ialah sebenarnya penari perempuan berbadan besar untuk menari mengiringi Nasir menyanyikan lagu Sahabat Gua dalam irama jaipong. Lucu dan terhibur menonton gerak tari penari itu disamping cuba menghayati bait lirik dari lagu ini. Mungkin ada sesuatu yang ingin disampaikan?

9. Keroncong untuk Ana
Siapa Ana disini. Sila angkat tangan. Katanya sebelum memulakan persembahan.

10. Balada Seorang Teman
Tirai ditutup dan kemudian dibuka semula. Diatas pentas cuma ada piano yang dimainkan oleh Zul Mahat. Kali ini terdapat beberapa props tergantung pada pentas. Teringat pula konsert Pink Floyd bila ada props pelik pelik sebegini. Apa pun lagu ini disampaikan dengan penuh penghayatan cuma aku rasa backing vocal untuk lagu ini tidak semantap seperti dalam album.

- set gitar akustik -
12. Suatu Masa
Lagu slow lagi. Jadi jiwang karat sebentar.
Salah satu momen penting, mood, pencahayaan dan feel M Nasir terserlah.Penonton juga ikut menyanyi
Diakhir persembahan M Nasir kata, "saya ingat yg datang ni peminat untuk konsert Alam, rupa-rupanya semua minah-minah dengan mamat sentimental. Penonton bantai gelak sekali lagi.

13. Langam Pak Dogo
Untuk lagu ini M Nasir memetik gitar sambil menyanyikan lagu ini Langgam Pak Dogo dalam loghat Kelantan

14. Getaran Jiwa
Sebagaimana yang dikatakannya sebelum konsert tentang kemungkinan beliau menyanyikan lagu ini, lagu Getaran Jiwa dinyanyikan dengan penuh penghayatan mengikut versinya sendiri. Klasikal kerana julung-julung kali mendengar sifu menyanyikan lagu Seniman Agung itu.

15. Keroncong Nostradamus
Best! Permulaan lagu ini hanya dimainkan dengan gitar tong, tetapi dipertengahan lagu lagu ini dilengkapkan dengan iringan band. Umpama satu ombak besar menerjah suasana hening dipagi hari. Chewah...

16. Mentera Semerah Padi
Pentas digelapkan. Sifu keluar dari pentas. Irama Nafiri kedengaran menandakan lagu seterusnya adalah Mentera Semerah Padi. Mungkin juga lagu ”sejati” kata adikku. Ternyata lelaki peniup nafiri lengkap berpakaian silat dengan langkah tari seperti nak bersilat mengesahkan tekaan aku. Lagu ini bagi menyuntik semangat untuk audien menyanyi bersama.

17. Raikan Cinta
Antara lagu paling ”happenning” pada malam itu.Memang tak boleh lupa la. M Nasir berjaya mengajak hampir semua penonton berdiri dan bertepuk tangan. Aku yang di upper row dapat melihat dengan jelas bagaimana sifu menguasai penonton. Hebat!
Sempat beliau mengusik penonton. Katanya ... ”ooo sebenarnya di dalam itu meronta-ronta....(hahahah betul tu semua orang sebenarnya cuba mengawal diri untuk menari dan tapi disebabkan di IB ada peraturan jadi kontrol la sikit)

18. Sahabat Gua
19. Phoenix Bangkit Dari Abu
20. Ada
21. Apokalips
Lagu-lagu ini adalah klimaks yang mana telah mengamatkan Istana Budaya sebagaimana sepatutnya sebuah konsert berjalan. Irama rancak, padu disamping respons penonton yang telah menukar atmosfera IB menjadi pentas ronggeng yang disertai para marhaen dan bangsawan yang dahagakan sentuhan alam muzik bertenaga.

Dipenghujung lagu, Nasir memanggil rakan-rakan pemuzik berkumpul didepan pentas seolah-olah isyarat temasya telah tamat dan masa untuk mengucapkan selamat tinggal. Disebalik barisan rakan-rakan pemuzik, sifu hilang dan muncul seorang pelakon pentomin yang sedang memegang seekor ayam.

Tirai ditutup.
We want more!-we want more!-we want more! jerit audiens serentak. Ada juga yang menjerit minta lagu Mustika.

ENCORE : MC muncul sekali lagi. Jika mahu lagi katanya audien kena menjerit lebih kuat. Sifu muncul kembali dan mendendangkan 4 lagu lagi

21. Hijab kekasih
Best lagu ni. Penonton bagai hanyut dengan lagu ini

22. Sentuhan Listrikmu
M Nasir kata bila dengar lagu ini, bila balik nanti, kita akan bayangkan dan mimipikan betapa seksinya lagu ni....diakhir lagu ini dia suruh siapa yg bawak husband or wife ucapkan “i love u”..
Trivia : Sebenarnya lagu ni begitu bermakna buat aku dan isteri. Lagu ini seperti lagu tema semasa kami bercinta kerana secara kebetulan aku dan isteri sebenarnya berjumpa dalam alam cyber. Hasil chat berbulan-bulan lamanya sedangkan kami tak pernah berjumpa sebelum ini. Hari pertama aku berbual dengannya melalui telefon, lagu Sentuhan Listrikmu ni berkumandang dari komputernya. Kebetulan.
Untuk pengetahuan listrik bermaksud elektrik.

24. Andalusia
Prestasi M Nasir di pentas masih mengagumkan ketika menyanyikan lagu ini. Aku layan habis lagu tentang sejarah kegemilangan Islam di Sepanyol ini. Penonton seolah-olah mahukan lagi.

25. Juwita Citra Terindah
Lagu terakhir pada malam itu. Audiens menyanyi bahagian korus bersama-sama. Ooo oh oooo oh ....

Hadirin bertepuk tangan dan memberi standing oviation tanda penghargaan buat beliau. M Nasir meninggalkan pentas.

Konsert tamat. Puas hati kerana sifu berjaya mengoptimumkan penggunaan sistem bunyi dan kemudahan pentas sebaik-baiknya.Crowd upper circle meninggikan dewan. Aku dan adik aku bergegas turun utk turut serta dalam sesi bertemu peminat, autograph dan bergambar. Datang jauh jauh rugi kalau lepaskan peluang ini.

* satu lagi review tentang konsert alam muzik m.nasir yang sungguh menarikk !!
* credit to Saudagar Mimpi !! Cayalah bro...

Tuesday, March 3, 2009

Sentuhan MAGISmu M.Nasir




Apa lagi yang boleh diperkatakan kepada insan seni bernama M.Nasir. Tiada kata yang mampu menggambarkan akan kehebatan magis suara dan sentuhan M.Nasir pada konsert di Istana Budaya lewat hujung minggu lepas. Lagu lagu yang akrab dengan peminat peminatnya membuatkan sekalian setiap dendangan lagu bangun dan berdiri, saling bertepuk tangan dan tidak kurang canggung menari bersama M.Nasir untuk sama sama memeriahkan konsert julungnya ini selepas beberapa lama. Alunan muzik dari pengarah muzik Nan meneruskan kesinambungan akan kehebatan M.Nasir, ditambah tambah dengan sayu sayup tiupan seruling Mohar!Aduhhh aku memang dah lama gila dengan tiupan seruling Mohar ni.Setiap inci peminat yang memenuhi, saling bertepuk dan turut sama mengalunkan akan lagu lagu M.Nasir yang sudah akrab dengan peminatnya sekian lama. Spontan lawak yang M.Nasir tuturkan agar peminatnya sama sama menyanyi, dan menimbulkan lucu bila mana lagu tidak kunjung kunjung habisnya. Benarlah Abg Nasir, mahu mendera sekalian kami..hahhaa..Dia juga pinta agar kami turut meneka akan intro lagu yang akan sejurusnya dinyanyikannya. Yang tahu, tahulah, yang tidak akan kabur sehingga kalimah pertama liriknya keluar dari M.Nasir sendiri. Aduhai Abg Nasir...

Ramai selebriti selebriti yang memeriahkan konsert ini, antaranya seniwati Azean Irdawaty, Datuk Siti Nurhaliza dan suami, Hattan, Azam Dungun dan ramai lagi di celah celah ramainya peminat. Semua tempat duduk memang SOLD OUT!

Penari penari comel dan besar dari ASWARA, buatkan kelainan dan sekalian peminat tidak lepas memandang pentas. Mana pulak dapatnya penari penari ini,kami tertanya tanya. Bila Abg Nasir dan seluruh tenaga muzik buat gimmick untuk mengakhiri konsert, padahal malam konsert masih awal dan masih berbaki sisa jam untuk diakhiri. Kami sekalian melaungkan WE WANT MORE!berulang,ulang kali. Memang sah sah gimmick dan ruang pentas kembali ceria bila lagu HIJAB KEKASIH dan seruling mohar mengambil tempat. Masing masing duduk dan terpaku ,kerana alunan suara, kerana lagu, kerana lirik, kerana tiupan seruling Mohar yang membawa ke suatu dunia yang asyik." Anda semua ni memang degil!" kata M.Nasir! dalam nada seloroh kerana keengganan peminat peminatnya tidak mahu berganjak dari kerusi Istana Budaya. Akhirnya memang benar benar konsert berakhir. Memandang dari segenap sudut, seakan tidak mahu berundurnya peminat peminat dari tempat duduk, seakan mengharapkan agar M.Nasir terusan dengan ajaibnya dapat mendendangkan lagu lagi. Tetapi semuanya akur bila mana tirai pentas perlahan lahan di tutup. Puas? Bagi aku memang puas, tetapi aku masih mengalunkan dari hati dan bibir akan lagu RINDU yang tidak dinyanyikan Abg Nasir, mengharapkan miracle agar lagu ini tiba tiba keluar, walau pun ianya bukan dalam list...Tetapi apakan daya. Tahniah Abg Nan! kerana menyusun perjalanan muzik dengan baik dan bersatu dengan M.Nasir . Tahniah Abg Nasir, kerana sentuhan MAGISmu yang tidak ada taranya! LUV U LA...!!!!

....Menanti satu detik pandangan magis mu
Cukup untuk meredakan rindu duniawi
Segala dugaan dan pesona
Menjadi irama indah
Kesakitan ragaku
Berlalu pergi tiada bererti

Pada Mu jua tertuju segala jalan
Pada Mu jua cinta ku serahkan
Kerna hati seorang pencinta
Pandangannya satu
Matanya hanya melihat dia
Yang melihatnya hanya dia kekasihnya....