Apa lagi yang boleh diperkatakan kepada insan seni bernama M.Nasir. Tiada kata yang mampu menggambarkan akan kehebatan magis suara dan sentuhan M.Nasir pada konsert di Istana Budaya lewat hujung minggu lepas. Lagu lagu yang akrab dengan peminat peminatnya membuatkan sekalian setiap dendangan lagu bangun dan berdiri, saling bertepuk tangan dan tidak kurang canggung menari bersama M.Nasir untuk sama sama memeriahkan konsert julungnya ini selepas beberapa lama. Alunan muzik dari pengarah muzik Nan meneruskan kesinambungan akan kehebatan M.Nasir, ditambah tambah dengan sayu sayup tiupan seruling Mohar!Aduhhh aku memang dah lama gila dengan tiupan seruling Mohar ni.Setiap inci peminat yang memenuhi, saling bertepuk dan turut sama mengalunkan akan lagu lagu M.Nasir yang sudah akrab dengan peminatnya sekian lama. Spontan lawak yang M.Nasir tuturkan agar peminatnya sama sama menyanyi, dan menimbulkan lucu bila mana lagu tidak kunjung kunjung habisnya. Benarlah Abg Nasir, mahu mendera sekalian kami..hahhaa..Dia juga pinta agar kami turut meneka akan intro lagu yang akan sejurusnya dinyanyikannya. Yang tahu, tahulah, yang tidak akan kabur sehingga kalimah pertama liriknya keluar dari M.Nasir sendiri. Aduhai Abg Nasir...
Ramai selebriti selebriti yang memeriahkan konsert ini, antaranya seniwati Azean Irdawaty, Datuk Siti Nurhaliza dan suami, Hattan, Azam Dungun dan ramai lagi di celah celah ramainya peminat. Semua tempat duduk memang SOLD OUT!
Penari penari comel dan besar dari ASWARA, buatkan kelainan dan sekalian peminat tidak lepas memandang pentas. Mana pulak dapatnya penari penari ini,kami tertanya tanya. Bila Abg Nasir dan seluruh tenaga muzik buat gimmick untuk mengakhiri konsert, padahal malam konsert masih awal dan masih berbaki sisa jam untuk diakhiri. Kami sekalian melaungkan WE WANT MORE!berulang,ulang kali. Memang sah sah gimmick dan ruang pentas kembali ceria bila lagu HIJAB KEKASIH dan seruling mohar mengambil tempat. Masing masing duduk dan terpaku ,kerana alunan suara, kerana lagu, kerana lirik, kerana tiupan seruling Mohar yang membawa ke suatu dunia yang asyik." Anda semua ni memang degil!" kata M.Nasir! dalam nada seloroh kerana keengganan peminat peminatnya tidak mahu berganjak dari kerusi Istana Budaya. Akhirnya memang benar benar konsert berakhir. Memandang dari segenap sudut, seakan tidak mahu berundurnya peminat peminat dari tempat duduk, seakan mengharapkan agar M.Nasir terusan dengan ajaibnya dapat mendendangkan lagu lagi. Tetapi semuanya akur bila mana tirai pentas perlahan lahan di tutup. Puas? Bagi aku memang puas, tetapi aku masih mengalunkan dari hati dan bibir akan lagu RINDU yang tidak dinyanyikan Abg Nasir, mengharapkan miracle agar lagu ini tiba tiba keluar, walau pun ianya bukan dalam list...Tetapi apakan daya. Tahniah Abg Nan! kerana menyusun perjalanan muzik dengan baik dan bersatu dengan M.Nasir . Tahniah Abg Nasir, kerana sentuhan MAGISmu yang tidak ada taranya! LUV U LA...!!!!
....Menanti satu detik pandangan magis mu
Cukup untuk meredakan rindu duniawi
Segala dugaan dan pesona
Menjadi irama indah
Kesakitan ragaku
Berlalu pergi tiada bererti
Pada Mu jua tertuju segala jalan
Pada Mu jua cinta ku serahkan
Kerna hati seorang pencinta
Pandangannya satu
Matanya hanya melihat dia
Yang melihatnya hanya dia kekasihnya....