Friday, November 27, 2009

Bila...

Aku sering terjaga dari mimpi2 ku.. Sering terjaga dan tersentak akibat perbuatan sendiri.. Ya, kegelisahan dan keresahan yang melanda diri aku sering aku persalahkan diri sendiri. Tidak perlu menuding jari terhadap orang lain.. Ada hikmah yang tersembunyi di sebalik dugaan yang melanda.. Mungkin aku benar, dan mungkin aku tidak.. Adakah aku yang bersalah ?? Itulah persoalan yang sering berkecamuk dalam fikiran aku.. Sekali lagi aku tetap menyalahkan diri ku sendiri... dan jalan yang paling baik adalah berdiam diri dan memaafkan.. Kesunyian dan kesedihan sudah menjadi teman baikku sejak dahulu lagi.. dan sekarang aku tidak punya apa-apa lagi.. hanya keluarga tercinta yang sering menjadi penyeri hidupku di dunia ini. Aku masih gagal dalam hidupku ini.. Gagal dalam bercinta, gagal dalam berkawan, gagal untuk menjadi seseorang yang lebih mulia.. mungkin aku sudah letih melayan kesedihan yang sering melanda.. lantas aku cuba membiarkan ianya berlalu.. Arghh.. tak mungkin aku bisa lakukan.. Aku harap tindakan yang aku lakukan ini betul dan hanya padaMu Allah aku pohonkan bimbingan dan petunjuk untuk aku menuju ke jalan yang di redhai oleh Mu Ya Allah.. Aku bebenar pohon padaMu Ya Allah.. Tunjukkan lah aku petunjukMu..

Mungkin jodoh ku di dunia ini tidak lama.. menggigil jiwaku bila teringat bila waktu aku akan dipanggilnya.. tapi adakah aku sudah bersedia? Bersiap sedia lah wahai diri ku.. Aku sering terkenang bila waktu aku akan di panggil menghadapNya.. Allah aku belum bersedia.. terlalu banyak lubang2 kosong yang perlu aku tampal.. Mungkin aku terlalu emosi atau terlalu sensitif yang sememangnya mengalir dalam jiwa aku.. tapi aku tak berdaya menahan perasaan yang sering orang tersalah faham.. Sekali lagi aku pohon keampunan jika aku tersilap dan sering melukakan perasaan orang.. Aku lebih rela hidup keseorangan daripada sering melukakan perasaan orang lain.. Apakan daya aku hanya seorang manusia yang sering melakukan kesilapan dan yang kadang-kadang tidak dapat mengawalnya.. Hanya ampun maaf aku pohon dan semoga hidup kita sentiasa diberkati dan dirahmati olehNya...

Aku rasa sekarang adalah masa yang sesuai untuk aku kembali.. tinggalkan sebentar hidup di dunia yang penuh dengan warna-warni kehidupan.. Aku yakin aku masih belum gagal dalam hidupku ini.. tapi dalam masa sekarang aku perlu untuk bertemu kembali cahaya yang makin malap dalam diri ku ini.. Ada seorang sahabat pernah berkata padaku baru-baru ini , ' Joe, kau pergi buat jambatan baru, cari haluan baru.. ' dalam diam aku terfikir tentang apa yang di cakap kepadaku.. Apakah benar ? ntahlah.. masih bersarang dalam otak aku untuk mencari jawapan yang sebenar.. Ini adalah segala-galanya bukan hanya kepada satu paksi.. merangkumi segalanya.. Mungkin orang akan kata aku ni hanya bermadah atau berseloka tapi inilah aku yang sebenarnya.. Aku tak peduli apa orang kata tentang luahanku ini.. yang pasti aku hanya menjadi diri ku.. Apa yang ingin ku sampaikan benar-benar keluar dari isi hatiku.. Yang pasti kubur ku hanya untuk aku sahaja yang menghuni dan hanya aku seorang saja yang menjawab pabila di soal kelak..

Ya Allah aku pohon kepadaMu kekuatan iman yang teguh untuk aku menghadapi hari-hari yang bakal ku tempuhi ini..Aku sering lupa dan alpa padaMu.. Aku sering lalai mengerjakan suruhanMu, Ampunkan lah aku jika aku hanya hidup di dunia ini sehingga esok hari.. Aku pohon keampunan daripadaMu Ya Allah..

28 November 12:07am

Thursday, November 19, 2009

Bila Algojo baca I LUV ISLAM..

Dah lama aku tak membaca dalam keadaan yang cukup tenang.. Dengan cuaca yang agak dingin dan jiwa yang tenang.. Aku duduk di satu sudut favourite dalam bilik aku sambil membelek suratkhabar harini.. Berita dunia pun aku dah tak dapat nk follow dari sehari ke sehari..

Kemudian, aku mula membelek akhbar atau majalah baru keluaran terbaru Kumpulan Karangkraf, I LUV ISLAM... Muka depan akhbar ini dah membuatkan aku tertarik nak membacanya.. Berteraskan Ilmu, Iman dan Amal, aku terpesona dengan isi kandungan akhbar terbaru Karangkraf ni.. Jarang sekali aku membelek sehelai-sehelai halaman sesebuah majalah ataupun ahkbar dan menikmati setiap isi kandungannya.. bukan ingin membodek tapi inilah realitinya.. sebelum ni aku rajin membaca Majalah I yang berbentuk Islamiah.. tetapi akhbar majalah ni lebih dekat dengan jiwa aku mungkin dia macam akhbar dan isinya lebih mendalam dan terkini. Banyak benda yang aku tau hasil pembacaan aku hari ni.. Sesuai betul dengan jiwa yang tengah kosong sekarang ni.. Banyak kisah-kisah menarik di zaman Rasulullah s.a.w yang boleh dijadikan teladan. Kisah pemuda dengan epal menarik perhatian aku.. Walaupun kisah ini pernah aku dengar satu ketika dahulu namun ianya mengingatkan aku kembali..

Setelah habis membaca hampir keseluruhan isi akhbar ini, aku duduk menyandar di kerusi sambil rokok di jari dan merenung tentang masa depan ku.. Huh ! Masih jauh perjalanan aku ni.. terlalu banyak lubang yang harus aku timbus.. Aku pohon sentiasa diberikan kekuatan untuk menimbus kembali segala lubang-lubang yang telah lohong dan kosong..

Cubalah dapatkan akhbar I LUV ISLAM di pasaran sekarang ! Setiap hari Jumaat dan edisi pengenalan ini harganya cukup murah RM 1 ! Dengan pengetahuan yang kita dapat daripada akhbar ini , aku rasa nilainya tidak terkira untuk diri kita sendiri..

Tuesday, November 17, 2009

Bila Algojo hisap rokok Sampoerna

' ku rindu sentuhanmu, ku damba sentuhanmu, tiada lain yang ku inginkan, hanyalah hanya sentuhanmu' ...

Sayup kedengaran lagu favourite dr corong laptop aku.. Dengan bertemankan cuaca dingin lepas hujan petang tadi, aku lebih suka berkurung kt atas katil aku sambil laptop aku di riba. Sakit tekak dan selsema yang baru aku dapat petang tadi merimaskan sikit. Mana tak rimas kejap2 kena lap hingus yang mula nak meleleh.. Aku mula sibuk bukak FB mengupdate apa2 yang patut. Sampai ke satu tahap yang aku pun x tau kenapa aku bukak FB ni.. Dah trend zaman skrg kot.. Aku pun tejebak la sekali..

Fuhhh.. sedap betul rokok Sampoerna hijau ni. Sesekali hisap kalau selsema mmg layan.. Tekak pun tgh tak sedap ni.. Perut pulak dh kenyang br lepas mkn nasi.. Mama masak asam pedas ! Memang terangkat ! makin meleleh hingus aku..Rokok Benson pun dah habis rokok ni je la yang aku tibai.. Mengelamun aku sekejap sambil menghisap rokok..

Apa yang aku nk kena buat esok ? Esok bday kawan aku, nk majal dia ke tidak ? ishhh.. kang terberanak pulak dia.. otak aku pun tgh tepu ni.. tp aku rasa aku tau nk buat apa esok.. hmmm.. apa lagi nk buat ? oo aku tau nk buat apa esok.. Ok settle satu benda.. Bila lah aku boleh habis tgk dvd Indiana Jones ni.. tak sampai sekerat jalan aku pun pengsan.. seminggu lagi la br settle cite ni.. ishhh.. lama betul rokok ni nak habis ! Rasa mcm kat perhentian lak.. Rokok ni biasanya aku hisap kalau pegi holiday atau tgh nk berangan.. konon2 mcm nk cari ilham la..

Alamak keta tak isi minyak lagi.. memang nk kena keluar isi minyak la ni.. Aduhh malas betul nk bangun keluar.. dh sedap golek2 nk kena bangun pulak.. memang potong ! Mata pulak dah makin kecik.. nk tak nak kena bangun la jugak ni.. Ahh habis rokok ni kena la kluar isi minyak..
Haus la pulak bila hisap rokok ni.. bibir dh sedap rasa manis.. jap lagi turun bawah minum air lepas terus gi isi minyak balik terus tido.. settle !

Habis pun rokok..


Sunday, November 1, 2009

Bila Algojo tiba di hari ini...

Ya.. aku telah sampai ke satu takuk nombor yang semakin bertambah.. Mungkin ini adalah permulaan untuk sesi penghidupan yang baru untuk tempoh yang akan datang.. Aku bersyukur ke hadrat Illahi kerana masih bagi aku peluang untuk membetulkan lagi segala kesilapan dan dosa yang telah aku lakukan.. Terlalu banyak kesilapan yang dilakukan membuatkan aku semakin sedar tentang kewujudan aku di dunia ni..

Tiada apa yang ingin aku cari di dunia ini selain kebahagian.. keluarga adalah kebahagian aku.. Kebahagian dunia akan ku kekalkan di dunia ini dan kebahagian pada hari yang sebenar takkan putus untuk aku memohon kebahagian..Semakin tinggi hari semakin tinggi darjat yang bakal ku julang.. Inilah sandiwara kehidupan kita di dunia ini.

' Aku suka berfikir membuat ozonku makin nipis, aku suka muzik membuat diriku sentiasa sedih dan gembira, Aku suka mengembara membuat diriku makin mengenali hidup, Aku suka berkhayal membuatkan aku menjadi lalai dan aku suka kebahagian membuatkan aku sering mencari kebahagian.. '

Jadi, secara rasminya genap tanggal 1 November 2009, genaplah 30 tahun aku berada di dunia ini ! Hanya aku pohonkan kebahagian yang berkekalan. Selamat Jalan angka 2 , and welcome 3 series.. !

Thursday, October 22, 2009

BIla Algojo diam...

Lama betul tak berblogging ni.. Mungkin sebab malas atau mungkin sebab penat. Semakin hari semakin banyak pengalaman yang aku tempuh. Namun, semuanya itu menjadi inti pati kehidupan seseorang manusia di bumi ini. Bulan Ramadhan yang telah ditinggalkan dengan seribu kesalan dan bulan Syawal juga ditinggalkan dengan penuh pengertian. Arghh.. bodoh betul ! Terlalu mengejar benda yang hanya sementara membuatkan aku bengang dengan diri sendiri.

Bumi ini bulat. Dunia ini juga bulat. Macam naik roller coaster. Ada kala kita di atas dan ada kala kita di bawah. Ada kala suka adakala duka. Ada kala gembira ada kala marah. Adakala sejuk adakala panas. Itulah hakikat kehidupan di dunia ini. Namun, bagaimana harus kita menangani segala persoalan tentang kehidupan ini ? Tiada soalan yang tiada jawapan.. semuanya pasti dengan jawapan.


Hari-hari yang aku lalui penuh dengan kesukaran mencari jawapan. tapi apakan daya kita hanyalah seorang manusia yang mempunyai segala sifat dan perasaan. Hanya kita saja yang dapat mencari jawapan yang sememangnya sudah tertulis. Kadang-kadang tanpa kita sedari 'the dark side' dalam diri kita mudah meresapi ke dalam jiwa kita. Itu yang membuatkan kita sering hilang pertimbangan dengan segala dugaan yang sebenarnya untuk melihat sejauh mana kekuatan diri kita. Seorang rakan pernah berkata, " semakin kita mendekati dengan sesuatu cahaya semakin hilang bayang2 hitam diri kita dan semakin jauh kita dengan cahaya semakin besar bayang2 hitam sehingga melebihi diri kita." Sememangnya benar ! Aku risau akan kehilangan mencari arah cahaya. Semakin aku dekati semakin besar pengorbanan yang harus aku lalui.

Sekali kita diam, 2 kali kita fikir dan 3 kali kita bertindak.. Ini lah antara sandiwara yang sering menguji kemampuan diri seseorang. Tindakan yang kita lakukan pasti akan mengulangi perkara yang sama. Tahap kesabaran kita pasti akan diuji dengan penuh cabaran. dan adakalanya ia melampaui tahap kesabaran kita. Itu yang menjadi tindakan yang tidak sepatutnya berlaku. Itu yang sering merisaukan aku bila diuji dengan cabaran. Aku percaya cabaran2 ini yang dapat menguatkan keimanan aku. tapi kuatkah aku ?? Arghhh.. penat ! Adakala baik kita berdiam diri walaupun ianya bersarang dalam hati kita. Yang pasti aku sendiri yang akan disoal oleh mungkar dan nangkir bukannya orang lain. Lebih baik aku mencari jawapan yang sepatutnya dijawab apabila disoal kelak.

' Bila Algojo diam carilah jawapan dibalik cermin mimpi '


Sunday, August 2, 2009

Bila Algojo di bawah Awan Rindu..


Dari seorang Gadis Misteri yang bernama Isabella, aku cuba Meniti titian Usang untuk menjejakki Gadisku. Setelah Hujan puas aku berjalan diiringi Balada Pemuzik Jalanan dan aku bertemu bermacam-macam jenis Pelesit Kota. Pawana yang melanda diri ini menjadi Fenomena yang akhirnya bertemu Kejora di bawah Mentari Merah Di Ufuk Timur. Haruman bunga Seroja membuatkan aku dibuai seperti di alam Fantasia Bulan Madu dan aku bermohon agar tidak berada di dalam Panggung Khayalan lagi.

Konsert Di Awan Biru Search telah melabuhkan tirainya semalam dan meninggalkan seribu kenangan yang menjadi ingatan buat lebih 10,000 ribu peminat kumpulan legenda ini. Percaya atau tidak aku terpaksa parking kereta hampir dengan Sri Hartamas dan berjalan kaki dengan ada satu couple lebih kurang 500 meter. Gile punye keje ! Penangan Search memang hebat ! Daripada Hotel Eastin hingga ke Sri Hartamas, kereta sesak dan aku sangkut lebih kurang satu jam untuk mencari parking. Namun, bila Hillary memulakan langkahnya dan diiringi dengan Nasir, Yazit dan Nordin seluruh peminat terdiam dan mula melonjak-lonjak ! Bila Amy mengeluarkan suara saktinya bertambah hangatlah peminat kumpulan legenda ini termasuklah aku. Di mulakan dengan Panggung Khayalan dan disudahi dengan Fantasia Bulan Madu persembahan mereka memang hebat cuma di rosakkan dengan sound system yang sangat mengecewakan dan aku pasti Amy dan Search pasti potong dan tidak puas hati dengan kualiti sound system. Showmanship mereka memang hebat dari drum solo Yazit dan kemunculan semula Kid menambahkan kehangatan persembahan mereka semalam.

Pada aku persembahan semalam benar-benar membuktikan Search masih lagi kumpulanrock yang hebat dan sepatutnya digelar Legenda Rock dan Amy memang gua tabik spring dengan dia walaupun dah berumur tapi tenaganya masih power ! Memang power ! Memang patut digelar Rockers Sejati ! Puas hati aku dapat tengok konsert ni semalam and aku harap mereka keep on rockin' !! Aku harap lepas ni diorang buat Konsert Live Unplugged and buat di Istana Budaya ! Confirm berbaloi-baloi...

Sunday, July 19, 2009

Bila Algojo bercerita tentang sahabat...

Setiap manusia adalah hamba Allah s.w.t yang harus bersujud kepadaNya. Allah s.w.t menjadikan setiap manusia itu dengan pelbagai warna dan corak yang menghiasi setiap kehidupan di dunia ini. Itulah kebesaran Yang Maha Esa. Setiap manusia sudah ditentukan jalan mengikut hala tuju masing2 namun yang pasti kita akan menemuiNya pada hari yang telah dijanjikan..

Algojo terpanggil untuk bercerita tentang sahabat. Setiap manusia di dunia pasti mempunyai sahabat atau kawan atau rakan atau geng. Seseorang yang kita boleh panggil sahabat adalah seseorang yang telah kita kenali diri seseorang itu bukan mamat yang lepak kat tepi tembok dan tak tahu tentang manusia itu tanpa kita kenali diri seseorang itu. Tidak kira harta, darjat mahupun pangkat setiap manusia pasti bersahabat. Heran memikirkan ada juga manusia yang mementingkan harta, darjat ataupun pangkat untuk bersahabat. Bukankah kita sama saja dijadikan manusia yang makan nasi dengan pinggan dan yang paling penting tetap sama bersujud kepada Allah yang satu, mengapa masih ada yang berfikiran darah kita berlainan, bukan kah darah itu tetap merah ??

Namun yang pasti setiap sahabat itu mempunyai pelbagai corak yang mewarnai perjalanan persahabatan itu. Begitu juga Algojo yang bergelar sahabat daripada sahabt-sahabatnya dan juga mempunyai pelbagai bentuk sahabat. Pada Algojo sahabat jatuh no.2 di bawah keluarga insan terpenting di dunia ini. Tanpa sahabat buntulah perjalanan hidup kita ini. Dengan sahabat juga kita bisa menyelami pelbagai pengalaman baik buruk mahupun manis. Dengan rentetan pengalaman bersama sahabatlah yang menjadikan kita menjadi lebih mulia dan ada yang menjadi lebih kotor mengikut kehendak masing-masing. Namun, yang pasti setiap tindak tanduk kita adalah berdasarkan keputusan kita sendiri. jangan kita menyalahkan sahabat tentang kesilapan kita sendiri.

Sebagai sahabat yang sejati, Algojo berpendapat kita sentiasa mencintai antara satu sama lain melalui naluri yang jujur baru kita dapat menghargai erti sebuah persahabatan.. Biasalah, dalam menempuh perjalanan sebuah persahabatan pasti ada konflik atau isu yang akan dibangkitkan namun itu adalah warna yang mencantikkan lagi perjalanan persahabatan itu.. Bak kata Sang Pujangga ' sedangkan lidah lagi tergigit'. Dengan sahabat kita bergelak ketawa, bersedih dan sering bercerita tentang kehidupan masing-masing. ada yang ahli keluarga mereka berbicara seperti sahabat itulah yang membuatkan mereka lebih akrab. Semuanya kerana sahabat.


Terlalu banyak yang boleh dikupas kalau bercerita tentang sahabat. Namun, ini adalah sedikit bingkisan tentang mengikut hati Algojo. Masih terlalu banyak yang boleh dikongsi. Untuk para sahabat Algojo this is song for u guys from Dionne Warwick and Stevie Wonder : That's what friend are for..


And I
Never thought I'd feel this way
And as far as I'm concerned I'm glad I got the chance to say
That I do believe I love you

And if I should ever go away
Well then close your eyes and try to feel the way we do today
And than if you can't remember.....


Chorus
Keep smilin'
Keep shinin'

Knowin' you can always count on me
for sure
that's what friends are for

In good times
And bad times
I'll be on your side forever more
That's what friends are for

Verse 2
Well you came and open me
And now there's so much more I see
And so by the way I thank you....


Ohhh and then
For the times when we're apart
Well just close your eyes and know
These words are comming from my heart
And then if you can't remember....Ohhhhh


Tuesday, July 14, 2009

Bila Rejab menjelma....

BULAN REJAB

Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let's overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu.
Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:"


1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt


2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa


3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt


4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat


5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah


6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga


7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."


Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wan gi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"


Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."


Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."


Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"


Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan so lat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."



p:s Rebutlah 5 perkara sblm dtg 5 perkara

1. Waktu Muda sblm Tua

2. Waktu Sihat sblm Sakit

3. Waktu Lapang sblm Sibuk

4. Waktu Kaya sblm Miskin

5. Waktu Hidup sblm Mati

Thursday, July 2, 2009

Bila Algojo tiba di satu persimpangan...

Setiap perjalanan yang harus kita tempuh pasti ada persimpangan atau simpang yang membuat kita berfikir sama ada mahu ke kiri atau ke kanan.. Tetapi yang menentukan jalan itu adalah kita sendiri untuk menuju ke jalan yang hakiki.. Dilema begini pasti akan terjadi kepada setiap makhluk Allah di muka bumi ini yang pastinya ada hikmah dan pengajaran yang berlaku di sebaliknya.. Dilema ini bukanlah kehendak kita tetapi kehendak yang Maha Esa yang pastinya kita harus berfikir secara 'manusia' untuk menentukan arah perjalanan kita itu.

Setelah menjalani satu tempoh perjalanan yang masih di awal pengembaraan dan masih mencari arah yang sesuai tiba di satu persimpangan. Harus ke kiri atau ke kanan.. Namun, aku teringat akan kata-kata hikmah dari Sang Pencinta, " Lihat dunia dari mata burung atau lihat dari dalam tempurung, yang mana satu engkau pilih ?? "... Walaupun perjalanan ini nampk mudah tetapi tiada siapa yang sepanjang tempoh perjalanan ini berapa banyak halangan yang melanda untuk sampai baru di simpang yang pertama... Fuhhh.. lepas satu-satu dugaan yang melanda.. Aku harus membuat keputusan yang bakal menentukan arah perjalanan hidupku untuk menjadi lebih bersinar dari nyata..

Sekarang adalah tempoh yang sangat mencabar dalam hidup aku.. Pelbagai cabaran dan dugaan yang melanda.. Seperti biasa inilah dugaan NYA kepadaku.. Syukur di atas segala dugaan ini dan aku percaya segala apa yang terjadi dalam hidupku pasti ada jawapannya.. dan setiap persoalan itu pasti ada jawapannya.. Hanya kita yang perlu mencari kesahihan jawapan tersebut.. Keserabutan yang melanda diriku sejak kebelakangan ini bukan lah halangan untuk aku meneruskan hidup yang penuh warna-warni ini selagi kita belum dibangkitkan pada hari 'keramat' kelak.. Aku berdoa agar hidup ku ini akan lebih bersinar untuk jalan yang aku pilih demi untuk menuju ke penghujung jalan yang lebih bersinar !

Amin...

Saturday, June 20, 2009

Stoodle.. stoodle... stoodle...



Check out this cool stoodle !! http://stoodle.wordpress.com

Friday, June 12, 2009

" Konsert Satu Wajah M.Nasir "




Salam.. Yeahhh.. M. Nasir muncul lagi dengan Konsert terbaru di Stadium Negara.. Dengar cerita konsert ni lebih gempak dari Konser Alam Muzik M.Nasir beberapa bulan yang lalu.. Bulan depan memang habis la duit aku dengan layan konsert.. Mula dengan Konsert Anuar Zain, Tour Manchester ke Malaysia and Konsert Awan Biru Search.. Kopak la aku..

Apa lagi jom kita support our local artist yang deserve to be support ! Jangan lupa 25 Julai 2009 di Stadium Negara.. Kita beronggeng beramai-ramai !

Friday, June 5, 2009

The one with the emotion...

Lately, I just dunno myself.. Where am i ?? Damn.. I feel so lost and so lost.. Where am i heading to ? Why this feeling keep in my heart ?? I hate it.. Nuff suffering all this while.. Really bother me.. just lost in translation ! I know sometimes my friendliness make some people feel so disturbed and uncomfortable plus hurt.. It's really not me to hurt people heart ! I hate to be hurt and of course I will try my best not to hurt people.. but sometimes it is really beyond my control..

This last few weeks, my life so miserable.. Im not blaming other people.. It's all me ! Me, Myself and I.. I'm losing my track.. I want it back.. Please bring me back to the track !

Aku just tak faham dengan perasaan aku ni.. Perasaan ni memang menghantui diri kita.. Aku sedar tentang silapmya diri ku ini.. Hilang entah ke mana sebab diri aku sendiri ! Hilangnya diri aku ni membuatkan aku sering terganggu dengan mainan perasaan. Aku ingin kembali.. Serabut kepala otak aku ni membuatkan semakin silau dan semakin terang cahayanya.. Aku tak tau apa yang harus aku buat.. Mungkin aku perlu lebihkan diri sendiri.. Aku semakin kurang bersama dengan diri ku sendiri.. Dah lama aku tinggalkan.. Perjalanan ini masih jauh.. Masih banyak simpang2 dugaan yang bisa meluruhkan jiwa kita.. Arghhh !

' Ada masanya aku suka berteman...
' Ada masanya aku suka sendiri..
' Ada masanya aku suka berjalan..
' Ada masanya aku suka apa yang ku suka...

Dalam tak sedar aku sering mengusik hati perasaan lain.. dan aku tak bisa menanggung emosi seperti ini.. Rasa macam nak sumbat kepala dengan spender and masuk dalam bakul.. I just can't control my emosi sekarang.. Damnn.. this shit really make me sick ! Setiap persoalan pasti ada jawapan.. dan hanya satu jawapan yang bisa merungkai semua persoalan.. Hanya DIA saja yang menentukan.. Kembalikan lah cahaya yang sering membuatkan aku hidup kembali..Aku tak mau hidup di dalam tempurung yang kegelapan.. Ini bukan hidup ! Aku bukan dalam penjara yang kesepian.. Aku tak mau terkurung dengan belenggu irama ini..

Aku tak mau murung..
Bring back my life..

- Algojo -

Wednesday, May 27, 2009

The One at No Black At Tie...

Salam.. Semalam aku menyaksikan satu persembahan yang hebat sempena birthday Kucik.. Happy Bday kucik !! Jadi, dia mengajak aku pergi No Black Tie satu tempat jamm untuk penyanyi2 dan pemuzik2 yang hebat tetapi bukan di main stream.. Ida Mariana dan Elvira.. 2 nama yang kurang terkenal atau kurang berada di mana-mana majalah atau paper di industri kita.. tapi kehebatan mereka berdua dalam mendendangkan lagu-lagu based on their genre was so magnificent ! Amazing and Fabulous !

Ida Mariana memang sudah aku kenali sebab aku mengenali adiknya.. dan dia juga salah seorang pelakon di dalam teater muzikal Puteri Gunung Ledang dan memegang watak sebagai Bayan. Seorang penyanyi jazz yang memang hebat dan vokalnya sungguh memukau !! Great show!! Really looking forward to watch ur next show..

Elvira pula honestly aku tidak berapa kenal namanya.. tp kalau tak silap aku pernah terlihat namanya dalam CD album Malique atau Too Phat.. Aku pun tak ingat sape tp dia ada featuring some of our artists.. Tak ingat la sape.. tp dia ni memang hebat dengan lagu-lagu RnB.. Power gile !! The best show semalam masa dia nyanyi lagu Patty Smith and diiringi puisi oleh rakan mereka.. So touched and full of soul ! Damn.. really touched me..

Aku memang mengenjoykan diri aku semalam.. setelah kepenatan satu hari suntuk meredah kerja harian ku.. namun disebabkan Kuciknye birthday aku tetap gagahkan diri pergi ke sana.. Memang time aku sampai memang cantikk, sampai je show terus start.. Lama jugak aku tak hang out dengan kawan2 aku ni.. Missed like those days.. Ya.. now it's different .. Hope this friendship will last long forever n ever..

Lastly, to Ida Mariana and Elvira.. U guys great man ! I'm glad to be part of the show and hope to watch ur show again..

Salam Algojo...

Sunday, May 17, 2009

The One when Tv programme conquered our time...

What a day last nite.. Started at 4pm, I just laid my lazy ass to my mother sofa and just golek in front of tv to watched American Idol marathon season until 7pm.. Lazy Bum !! It is one of the best season of American Idol.. Yaa.. My fav was Danny Gokey but his been eliminted at the top 3 show.. It's okay but the top finalist also very talented and i'm amazaed of Adam vocal that is so incredible and heart breaking.. I'm never seen the nasty Simon cowell give a standing ovation to the participants until he gave it to Adam. This bloody gay maybe will win this competition based on his talent and his 'cute' face.. Kris one of the most genius and brilliant participant as he manage to rearrange a bunch of song to his rendition and damn it is hot!! Really love how he change a song and make it like his own music... He remind me to Blake Lewis.. da' beat box man !! Okay.. Nuff said about AI..

Manchester United won again the EPL for the third time in a row !! Yeahhh.. Red Devils !! As i said it before, I was a red devils fan since I've watched the first debut Ryan Giggs played for MU.. If Im not mistaken it was 1992.. and until now Im still MU no. 1 fan.. From Van Der Sar to Berbatov, they all deserved to win this cup and maybe to win UCL on this coming 27th May ! Messi and gangs just wait for the Devils to screw up u guys !! I hope both teams will give a solid perfomance that will be remember in history of UCL .. For all the Red Devils fans we still have one more cup.. Let's go and sing " glory glory Man Utd and make it louder and louder !! GO Man Utd !!..

Final Af 7 just end up yesterday, and Hafiz won it.. Of course to me he deserved and should win it.. Based on his effort and voice he deserved to win ! The best show from Hafiz definitely from the PRTM week.. He sang ' Di mana kan kucari ganti...' To me at his young age and he can sing this one class masterpiece from our late beloved Tan Sri P.Ramlee, we should give Hafiz a standing ovation.. All the emotions, soul, movements and etc really captured all the audience heart !! Congratulations Hafiz for your superb effort.. At least he showed that he really wanna be a star and serious of doing it !!

Yaa.. this week there's nothing much to do.. Just relax at home and golek2.. That the best i love to do.. It is almost half a year already.. There's a moments that missed and I am looking forward to thinh more about my life.. Definitely, I need more time for myself and more time to close to Allah.. Sometimes, I just slow in making decision and so lazy to make decision.. Really need to overcome this laziness !

May the force be with u !

May Allah bless us !!

Salam Algojo..

Monday, May 4, 2009

Bila Algojo menari lagi...

Suatu masa dahulu Algojo sering menari mengikut rentak irama yang sudah menjadi fitrah manusia sejagat. Namun, sejak beberapa masa yang lalu, rentak itu semakin hilang dan Algojo takut akan kehilangan rentak yang menarik naluri seseorang. Sukar untuk Algojo mencari rentak baru mengikut peredaran zaman yang semakin berahi ini.

' Irama dan lagu tak dapat dipisahkan' bak kata sang pujangga arwah Tan Sri P.Ramlee.. begitu juga manusia dan cinta.. Algojo sering mencari kebenaran rentak yang diidamkan.. Rentak yang dapat kekal dalam hati sepanjang hayatnya.. Namun, rentak itu masih berada di awang-awangan.. Algojo yakin Yang Maha Pengasih pasti akan mengilhamkan rentak yang pasti menawan hati.. Sekarang Algojo lebih banyak berseloka mengikut rentak yang sedia ada iaitu rentak yang sering berada di hatinya.. Rentak yang lama tak pasti di tinggalkan.. Sukar untuk Algojo melupakan rentak yang lama.. Rentak itu tidak lapuk di zaman walaupun terpaksa mengharungi pelbagai dugaan untuk mengekalkan keaslian rentak itu..

Bilakah Algojo akan menari lagi dengan irama dan rentak yang baru ? Adakah rentak yang baru akan muncul atau rentak yang lama dikekalkan ?? Itu yang sering menjadi igauan buat Sang Algojo.. Kadang-kadang keresahan sering melanda diri seseorang yang bernama Algojo demi mencari rentak dan irama yang kekal di dunia ini.. Yakin pada cinta yang hakiki adalah asas rentak yang abadi..

Bilakah Algojo akan menari lagi....

Kembara Wali Songo...


Walisongo atau Walisanga dikenal sebagai penyebar agama Islam di tanahJawa pada abad ke-17. Mereka tinggal di tiga wilayah penting pantai utara Pulau Jawa, yaitu Surabaya-Gresik-Lamongan di Jawa Timur, Demak-Kudus-Muria di Jawa Tengah, dan Cirebon di Jawa Barat. "Walisongo" bererti sembilan orang wali.

Era Walisongo mengakhiri penguasaan kebudayaan Hindu-Buddha dalam budaya Nusantara dan digantikan dengan kebudayaan Islam. Walisongo adalah simbol penyebaran Islam di Indonesia, khususnya di Jawa. Peranan mereka sangat besar dalam mendirikan Kerajaan Islam di Jawa, juga pengaruhnya terhadap kebudayaan masyarakat secara luas serta dakwah secara langsung, membuat Walisongo ini lebih banyak disebut berbanding dengan ulama yang lain.

Masing-masing tokoh tersebut mempunyai peranan unik dalam penyebaran Islam. Nama Walisongo adalah

Mereka adalah para intelektual yang menjadi pencetus perubahan masyarakat. Mereka memperkenalkan berbagai bentuk peradaban baru, mulai dari kesihatan, bercocok tanam, niaga, kebudayaan dan kesenian, kemasyarakatan hingga pemerintahan.


Pesantren Ampel Denta dan Giri adalah dua institusi pendidikan paling penting di masa itu. Dari Giri, peradaban Islam berkembang ke seluruh wilayah timur Nusantara. Sunan Giri dan Sunan Gunung Jati bukan hanya ulama, namun juga pemimpin pemerintahan. Sunan Giri, Bonang, Kalijaga, dan Kudus adalah kreator karya seni yang pengaruhnya masih terasa hingga sekarang. Sedangkan Sunan Muria adalah pendamping sejati handai taulan.

Mulai dari Maulana Malik Ibrahim yang menempatkan diri sebagai "tabib" bagi Kerajaan Hindu Majapahit; Sunan Giri yang disebut para kolonialis sebagai "paus dari Timur" hingga Sunan Kalijaga yang mencipta karya kesenian dengan menggunakan nuansa yang dapat difahami masyarakat Jawa, yakni nuansa Hindu dan Buddha.


Sedikit sebanyak sejarah Wali Songo.. Pada bulan Ogos tahun ini, aku dan beberapa orang lagi pak menakan ku akan ke Surabaya, Indonesia dalam menjejaki Wali Songo ini.. Harapan ku agar dapat mengenali dengan lebih sempurna wali-wali Allah ini.. InsyaAllah...



Tuesday, April 28, 2009

Kau Yang Satu...

Kisah bermula berdasarkan cerita dari seorang Hamlau yang menceritakan seorang jejaka bernama Ajiq bukan nama sebenar yang hidupnya penuh dengan keseronokkan di dunia ini.. Walaupun sudah berumahtangga dan mempunyai seorang anak lelaki, beliau tetap meneruskan hidup beliau seperti seorang bujang. Beliau sering berfoya-foya dengan perempuan2 ' S ' untuk memuaskan nafsu noda dan laranya.. Uhh.. Setiap malam beliau pasti akan menghabiskan malam2 harinya dengan berseronok sehingga ayam berkokok di waktu pagi walaupun isteri dan anaknya seperti tunggul menantikan kepulangan isterinya.. Si isteri tetap meneruskan hari-hari yang dilaluinya dengan penuh kesabaran walaupun hidup beliau sering di rundung kesedihan.. Bukan ini yang didamba dari si isteri tapi apakan daya Ajiq sudah menjadi resmi hidupnya untuk terus lalai dan leka dengan keseronokan di dunia yang tidak akan kekal abadi ini..

Jelas sekali Langit tidak selalunya cerah dan sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh jua.. Di satu petang ketika Ajiq sibuk melayan kehendak nafsunya bersama perempuan ' S ', akhirnya terkantoi jua dengan si isteri.. Walaupun, si isteri tidak dapat menahan nafsu amarahnya sehingga melakukan tindakan di luar jangkaannya hampir-hampir memalukan kaum sejenisnya.. Namun, Ajiq tetap dengan sikapnya yang sentiasa 'cool' dan yang menyedihkan beliau lebih memihak kepada perempuan ' S ' yang aku pun tak yang tau apa tujuan sebenarnya.. Akhirnya, si isteri ditinggalkan kesepian bersama anaknya yang duduk di tepi jalan terpinga-pinga.. Ajiq tetap meneruskan hidupnya yang penuh dengan kehitaman.. Perempuan ibarat baju yang dipakainya hari-hari.. Setiap hari bertukar pasangan adalah makanan kegemarannya.. Setelah puas menjalankan aktiviti nafsunya seperti hari-hari biasanya, Ajiq telah di kejutkan dengan siapa dia yang sebenarnya... Sebenar-sebenarnya keseronokkan yang dia harungi sekarang hanyalah sementara... Allah lebih berkuasa di atas apa yang berlaku ke atas semua makhluk di muka bumiNya ini.. Walau airmata darah sekali pun keluar dari mata isteri mahupun perempuan2ya.. Ianya tetap tidak dapat mengembalikan Ajiq !! Ajiq telah pergi tanpa sempat melakukan 'apa-apa' untuk memutihkan dirinya.. Allahualam...


Mungkin kita sering leka dan lupa tentang tujuan sebenar hidup kita di dunia ini.. Ya benar, hidup ini penuh dengan cabaran dan pancaroba.. Namun, itulah janjiNya untuk setiap makhlukNya di dunia ini untuk persiapan dunia yang pasti kekal abadi !!

Kaulah Yang Maha Esa
Kaulah Yang Maha Pengasih
Kaulah Yang Maha Penyayang
Tiada hidup tanpaMu

Kaulah Yang Maha Agung
Kaulah Yang Maha Mengetahui
Tuhan dunia akhirat
Tiada aku tanpaMu

Bilaku rasa pilu
Bilaku rasa resah
Bilaku kekosongan
Kau tempatku mengadu
OH Tuhan yang satu
Engkaulah Tuhan yang satu

Segala puji-pujianku
Tujukan padaMU..padaMU
Dan hidup dan matiku hanyalah
UntukMu..untukMu...untukMU

* cerita ini adalah rekaan semata-semata.. Tiada kena-mengena antara hidup dan yang mati.. Sekadar sebuah cerita dongeng dari Si Luncai..

Monday, April 27, 2009

Suatu Masa di Serai D' Lanjut...

Hari Jumaat lepas aku dan family advertising telah mengadakan family day dept kami yang julung2 kalinya diadakan di Serai D' lanjut, Rompin Pahang.. Walaupun, aku dilanda kegelisahan yang amat dalam disebabkan ibuku yang akan menjalani pembedahan pada hari yang sama.. tapi atas semangat beliau sendiri yang memberi galakan padaku untuk meneruskan aktiviti kerja ku ini, aku gagahkan hati melibatkan diri dalam family day ini. Aku hanya berdendang dalam tangisan yang hanya Allah saja yang tahu..Setiap masa aku sentiasa risau tetapi aku tetap yakin yang Allah tetap bersama ibuku dan aku bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dengan kekuatan yang Allah kurniakan..

Sesampainya di SDL aku terus menelefon ibuku menanyakan khabar tentang pembedahan beliau dan adikku mengatakan ibuku telah selamat menjalani pembedahan dan segalanya telah berjalan lancar.. Alhamdulillah.. Aku bersyukur ke hadrat Illahi dengan kekuasaanNya.. Barulah aku boleh tersenyum puas walaupun masih belum dapat berjumpa dengan ibuku.. Aku tetap meneruskan segala aktiviti sepanjang berada si SDL..

Pada malamnya, selepas sembahyang Maghrib secara berjemaah kami mengadakan bacaan Yassin dan aku mengambil kesempatan untuk melahirkan rasa syukur pada Yang Maha Esa atas berkat rahmatNya ubuku telah selamat menjalani pembedahan di samping gathering kami di SDL..

Pelbagai peristiwa yang menarik berlaku sepanjang kami berada di SDL termasuklah peristiwa di malam pertama ada beberapa rumah yang telah di ' kacau' oleh seekor hantu pocong dan konco2nya.. Namun, ianya tetap berada dalam kenangan yang manis dalam hidupku.. dan aku rasa hampir semua orang happy sepanjang berada di SDL..

Sunday, March 15, 2009

Bila MU vs. LIV, Swiss Open Semi Final dan AF7..

Harini rancangan tv di Astro membuatkan aku pening nak pilih channel yang mana satu nak tengok.. Ada game bola , ada game badminton and ada AF7 yang baru bermula.. Aku sememangnya follower AF ni dari mula terjebak dgn AF1 suatu masa dahulu.. cuma AF4 je yang aku kureng sikit nak tengok.. Man United pulak adalah team bola yang aku sokong since ryan giggs pun masih berambut panjang.. badminton pulak adalah salah satu sukan kegemaran aku.. so aku dah pening nak tengok yang mana satu.. Disebabkan game Man U dgn Liverpool ni mmg ditunggu-tunggu oleh peminat bola sepak satu dunia so aku membuat pilihan untuk tengok game ni..

Walaupun MU kalah teruk dgn Liv tapi aku tak kisah sangat sebab aku tau MU tetap akan menang EPL tahun ni.. wakaka.. mungkin malam tadi bukan rezeki diorang untuk menang.. ala sesekali kena la kalah jugak kan.. walaupun agak perit nak terima sbb kalah dgn LIV.. Aku ni pun mmg fan Liv jugak suatu masa dulu.. Era Ian Rush, John Barnes, Peter Beardsley aku memang sokong LIV.. time tu aku tak tau pun team MU until aku kenal Ryan Giggs baru aku tau kewujudan team MU.. so tak kisah la team mana yang menang pun janji bukan Arsenal or Chelsea..hehehe..
Bila time half time aku curik2 jugak tengok AF.. Set pentas yang baru ni agak menarik and more to konsert type.. elok pulak tu time aku tukar channel ada la pelajar yang menyanyi.. Ok la.. aku perasan yang budak AF 7 ni ada suara gak la.. boleh tahan .. Mamat Qhahud ni nyanyi lagu sifu ' Phoenix Bangkir dari abu..' Aku tabik jugak la mamat ni sbb berani nyanyi lagu ni.. Aku pun takberani nyanyi lagu ni kalau gi karaoke.. Susah tu nak nyanyi lagu ni.. tapi okla mamat Qhahud ni nyanyi..

Minggu lepas adalah minggu yang sangat sibuk untuk diriku.. Keletihan yang melanda membuatkan aku malas nak merayau hari minggu ni. . Aku mungkin nak melepet je kat umah sambil golek2.. dan minggu lepas jugak aku mengalami satu peristiwa yang sukar aku gambarkan.. Mungkin ada hikmah di sebalik peristiwa itu.. Aku percaya tuhan ingin menguji diriku ini dengan dugaan.. namun aku tetap gembira dan lega bagaikan burung yang dilepaskan dari sangkar emasnya.. fuhhh.. Aku berdoa agar ada hikmah dan rahmat di sebalik 'pertemuan' yang tak disangka itu..

Sekian.. Salam Algojo

Thursday, March 5, 2009

Suatu Masa bersama Sang Pencinta...

Masih lagi topik seniman tersohor negara kita M.Nasir.. X tau kenapa gua teruja sikit nak cerita bila masanya gua mula mengenali insan yang bernama M.Nasir ni.. Seingat gua, first time gua dengar nama M.Nasir masa dia mula top dengan lagu Mustika.. Sebelum tu gua tau lagu Hati Emas, Ekspress Rakyat and Gerhana tapi gua tak tau sape yang nyanyi. Maybe masa tu gua masih
' berlari telanjang di bawah mentari sumbing' . Bapak gua la yang kata lagu Mustika ni sedap and bagus.. Bapak gua memang peminat muzik tapi gua tak pasti dia minat ke tidak masa tu.. ( maybe masa tu M.Nasir ni celupar lagi kot ). Setelah gua lebih dewasa dan mengenali muzik dengan lebih mendalam barulah gua mula menjejaki siapa tu M.Nasir setelah album Canggung Mendonan di pasaran. Lagu Mentera Semerah Padi yang benar-benar menguatkan semangat gua untuk mengenali beliau.. Lagu Bonda menyusul antara lagu terbaik yang pernah gua dengar seumur hidup gua dan bapak gua pun kata lagu ni antara lagu terbaik yang pernah di hasilkan di alam maya ini..

Bermula dari situlah gua mula mengorak langkah mencari lagu-lagu M.Nasir dan mula memahami segala intipati lagu-lagu ciptaaan beliau. ( time tu pun suara dah mula garau so dah faham sikit la.. ) Gua mungkin agak ketinggalan zaman tapi gua bergerak dengan pantas cuba mengenali beliau dan barulah gua tau yang lagu Hati Emas, Gerhana, Ekspress Rakyat dan Apokalips adalah M.Nasir yang cipta dan nyanyikan.. Perlahan-lahan gua mula belajar main gitar dan memainkan lagu-lagu ciptaan beliau walaupun sumbang-mambang.. Lagu pertama yang gua reti main pun lagu Mustika.. mungkin sebab lagu tu antara lagu terawal M.Nasir yang gua hafal..

Gua masih teringat ' suatu masa' dulu gua ada tertengok HMI Bersama M.Nasir ( x ingat tahun berapa ) .. Konsep yang disajikan seperti di dalam hutan dalam suasana bercamping.. Gua siap record pakai VCR masa tu.. Lagu yang di nyanyikan seperti Aduhai kasih Aduhai, Impian Anak Jalanan, Nyanyian jiwa, Kepadamu Kekasih dan Ada.. Memang gua stim betul tengok show tu.. Berulang kali gua tengok sampai naik berkulat.. hehehe..

Kemudian setelah beberapa tahun barulah muncul album Phonenix Bangkit . Dalam tempoh yang lama tu gua dah mula guna nickname Algojo.. :) kena dengan panggilan beberapa kenalan gua yang panggil gua Jo.. wakakaka.. Album Phoenix adalah antara album terbaik sepanjang zaman di nusantara ini.. Gua rasa kalau mat saleh dengar album ni and appreciate muzik kita confirmlah boleh menang Grammy or American Music Award yang kononnya berprestij tu.. Album ni boleh tapau habis.. Album ni penuh dengan ilmiah dan falasafah yang benar-benar menikam jiwa gua.. Dengan lagu Bila Rumi Menarilah baru gua kenal siapa itu Jalaluddin Rumi dan kenapa orang turki bertarbush menari berpusing-pusing..

Kesimpulannya, M.Nasir banyak mengajar gua tentang ilmu dunia dan falsafah melalui lagu-lagu hikmah beliau dan tulisan-tulisan magis arwah Loloq.. Dengan menonton konsert dan persembahan beliau membuatkan gua mengerti mengapa kita perlu mengapresiasi muzik dan mendalami muzik.. Tahniah buat sifu M.Nasir yang banyak mengajar dan berkongsi dengan ilmu beliau ke seluruh umat sekarang..

' Di balik cermin mimpi aku melihat engkau,
di dalam engkau aku melihat aku,
ternyata kita adalah sama,
di arena mimpi yang penuh bermakna '

Salam Algojo...

Wednesday, March 4, 2009

Saudagar yang sering berMimpi

REVIEW :
KONSERT ALAM MUZIK
Sabtu : 28 Februari 2009
Panggung Sari, Istana Budaya Kuala Lumpur


Impian jadi kenyataan. Itu yang aku boleh katakan tentang perjalanan aku ke konsert Alam Muzik ini. Perancangan yang diatur untuk ke konsert ini sudah dibuat berbulan-bulan lamanya.

Jam 6 petang. Aku sudah sampai di KL Sentral. Awan Kuala Lumpur berarak mendung seperti mahu memuntahkan isinya. Hujan renyai-renyai menyebabkan aku membatalkan rancanganku untuk menaiki LRT ke Titiwangsa dan ke Istana budaya. Dengan tambang RM 10 aku mengambil teksi ke Istana Budaya. Ini kali kedua aku ke IB untuk tujuan menonton konsert. Sebelum ini aku hadir untuk turut serta dalam konsert Rock Timur - Ramli Sarip. Pengalaman menonton konsert Ramli Sarip itu memberi isyarat bahawa magis yang sama bakal aku rasai di Istana Budaya.Aku tiba di lobi istana Budaya jam 6.30 petang. Lenggang sahaja lobi IB tapi aku tengok car park penuh keliling Istana Budaya. Aku berlegar-legar di perkarangan lobi menjenguk-jenguk gerai yang ada. Diruang lobi cuma ada dua booth iaitu booth Luncai Emas dan gerai NST.

Aku kira elok jika mereka adakan sedikit pameran tentang perjalanan karear 3 dekad M.Nasir di lobi itu. Sekurang-kurangnya pengunjung dapat menghayati sedikit pahit maung anak seni bergelar Sifu ini. Ketika aku meninjau booth Luncai Emas cuma ada seorg kakitangan saja yang bertugas sebelum Ain and the geng datang membantu. Kesempatan itu buat aku membelek belek barangan cenderahati yang dijual antaranya t-shirt Konsert Alam dan koleksi M Nasir. Aku menjenguk pula both NSTP yang menjual mug dan mouse pad. Pada fikiran aku baik aku beli t shirt terlebih dahulu kerana aku lihat semakin ramai crowd yang datang membanjiri lobi menjelang jam 7. Lagipun jika beli mug berat pula nak membawanya ke hulu hilir.

Lingkungan usia penonton yang datang aku perhatikan terdiri dari golongan tua, muda-remaja, kanak-kanak, Melayu, Cina, India, orang putih malah golongan OKU pun ada. Selepas Maghrib di tingkat dua, jam 7.40 adik aku sampai membawa tiket. Gembira bukan kepalang bila tiket sudah berada di tangan. Kemudian aku terjumpa pula booth yang menjual buku program. Buku program memang ada dalam senarai perkara yang mesti aku dapatkan sebagai koleksi. Jam 8 aku dan adik aku dah tercegat di pintu masuk upper circle. Penat juga la memanjat tangga Istana Budaya. Dalam hati berdoa la seat yang aku pilih tu dapat panorama yang best? Disebabkan budjet yg “ciput” aku cuma mampu beli dua seat RM88.

Ok lupakan pasal tu. Sekitar jam 8.15 pintu dewan dibuka. Berpusu-pusulah manusia memasuki Panggung Sari. Seat aku dan adik aku betul-betul dihadapan sekali. Bila sudah duduk diseat di upper circle tu aku mula terdengar keluh kesah penonton yang bersungut tentang skrin latar pentas tidak penuh. Skrin latar cuma sekerat. Apa yang kita boleh jangkakan dengan tiket murah, pasti ada pro dan kontranya. Sebaris denganku duduk beberapa orang fan yang aku rasa cool juga. Manakan tidak, sepanjang persembahan nampak mereka enjoy habis bertepuk tangan dan mengikut rentak irama.

Jam 8.20 malam, MC pada malam itu, Dayang Kartini Awang Bujang mengalu-alukan kedatangan penonton. Katanya respon penonton pada malam itu tidak sekuat penonton malam pertama. Penonton diminta berdiri dan lagu Negaraku dimainkan dan dinyanyikan dengan penuh semangat. Saat yang ditunggu tiba apabila MC mengumumkan kemunculan M Nasir di pentas. Keterujaan penonton dirasai apabila semua penonton bertepuk tangan dan bersedia memasuki alam muzik M Nasir.

Setlist (Malam kedua)
1. Di Balik Cermin Mimpi
2. Gong Impian
3. Hati Emas
4. Rajawali Terbang Tinggi
5. Masirah
6. Falsafah Cinta
7. Bukalah Hatimu
8. Dah Lagu Tu!
9. Keroncong Untuk Ana
10. Bukalah Hatimu
11. Balada Seorang Teman

set gitar akustik
12. Suatu Masa
13. Langam Pak Dogo
14. Getaran Jiwa
15. Keroncong Nostradamus

set rancak
16. Mentera Semerah Padi
17. Raikan Cinta
18. Sahabat Gua
19. Phoenix Bangkit Dari Abu
20. Ada

-Encore- (We Want MORE!!)
21. Hijab kekasih
22. Sentuhan Listrikmu
23. Apokalips
24. Andalusia
25. Juwita Citra Terindah

1. Di Balik Cermin Mimpi
Lagu ini membuka persembahan. Gimik video seorang lelaki di layar putih atas pentas kelihatan terbaring dan tidak bermaya tidak dapat aku tonton kerana masalah skrin yang tidak penuh. Kelibat M Nasir juga tidak kelihatan. Cuma suara sifu mendendangkan lagu Dibalik Cermin Mimpi kedengaran mengiringi asap seolah-olah awan berkepul melintasi pentas dari kiri ke kanan dengan perlahan. Gabungan panorama itu dan irama lagu Di Balik Cermin Mimpi itu sebenarnya sudah cukup memberi momen yang mistik sekali. Bagi aku ini antara momen yang tidak boleh dilupakan (bagi aku la, org lain aku tak tau hahahahha)

2. Gong Impian
Lagu ini merupakan denyutan pertama konsert ini. Irama gamelan memenuhi ruang udara alam Istana Budaya. Pentas bertukar warna merah. Seorang pemain gamelan muncul disudut kiri pentas tidak lama kemudian Beberapa pelakon ‘pantomin’ bermain tali keluar dari tengah pentas. Leka menonton gimik yg dibuat itu menyebabkan aku terlepas pandang kemunculan sifu di belakang pentas bersama band dengan berpakaian hitam.

3. Hati Emas
Persembahan diteruskan dengan intro seakan-akan Ekspress Rakyat. Penonton sudah bersorak dan seolah-olah mahu menyanyikan bersama lagu itu tapi band terus memainkan lagu Hati Emas. Puas hati aku dengar lagu ni secara live.

Kalau tak silap aku ketika permulaan lagu ini M Nasir sempat buat joke. Katanya sekarang promoter tgh kira duit kat belakang pentas.. Projek anak melayu...
Semua bertepuk dan bantai gelak.

4. Rajawali Terbang Tinggi
Yeah! Satu lagi lagu kesukaan aku dari album Solo! Aku memang layan betul lagu ni walaupun aku tengok kiri kanan tak ramai yang sing along. Mungkin lagu lama jadi tak ramai yang tahu.

Oh ya, salah satu momen menarik ialah selepas M Nasir nyanyi beberapa lagu belaiu bertanya kepada audien. Dia tanya nak lagu apa lagi? Kemudian seorang lelaki jerit. "lagu raya...!!" M Nasir dengan selamba menjawab "belialah ko.." sekali lagi audien bantai gelak.

5. Masirah
Untuk lagu skrin latar bertukar wajah dengan memaparkan gambar-gambar peristiwa dari tebing barat. Sayu. Penonton bagaikan terdiam seketika sepanjang lagu ini.

6. Falsafah Cinta
Sebelum M Nasir menyanyikan lagu Falsafah Cinta, beliau kata terlalu banyak lagu cinta tapi ini lain sikit. Skrin latar menayangkan video pantai dan alam. Sesuai dengan jiwa lagu ini. Perfomance sifu macam biasa masih best pada tahap ini.

7. Bukalah Hatimu
Lagu funky kata sifu. Skrin latar bertukar wajah dengan video berlatar belakang kota metropolitan pada waktu malam. Menarik. Permainan bass Jay-Jay memang mengujakan aku. Dalam lagu ini sifu sekali lagi mengejutkan ramai apabila sifu rappin. Best! Dalam lagu ini kalau tak silap aku sifu memperkenalkan beberapa orang pemuzik yang mengiringinya.

8. Dah Lagu Tu!
Sebelum memulakan persembahan, beliau berkata “Ada syarikat yang berasakan apa kelas kalau mereka menaja (konsert) penyanyi tempatan,” Sindiran tu.....
Atas sebab itulah, katanya, dia juga tidak ketinggalan untuk penyanyi yang dibawa khas dari LA (Los Angeles) iaitu ‘Beyonce’, ‘Rihanna’ dan ‘Britney Spears’.
Ketiga-tiga nama penyanyi itu tadi ialah sebenarnya penari perempuan berbadan besar untuk menari mengiringi Nasir menyanyikan lagu Sahabat Gua dalam irama jaipong. Lucu dan terhibur menonton gerak tari penari itu disamping cuba menghayati bait lirik dari lagu ini. Mungkin ada sesuatu yang ingin disampaikan?

9. Keroncong untuk Ana
Siapa Ana disini. Sila angkat tangan. Katanya sebelum memulakan persembahan.

10. Balada Seorang Teman
Tirai ditutup dan kemudian dibuka semula. Diatas pentas cuma ada piano yang dimainkan oleh Zul Mahat. Kali ini terdapat beberapa props tergantung pada pentas. Teringat pula konsert Pink Floyd bila ada props pelik pelik sebegini. Apa pun lagu ini disampaikan dengan penuh penghayatan cuma aku rasa backing vocal untuk lagu ini tidak semantap seperti dalam album.

- set gitar akustik -
12. Suatu Masa
Lagu slow lagi. Jadi jiwang karat sebentar.
Salah satu momen penting, mood, pencahayaan dan feel M Nasir terserlah.Penonton juga ikut menyanyi
Diakhir persembahan M Nasir kata, "saya ingat yg datang ni peminat untuk konsert Alam, rupa-rupanya semua minah-minah dengan mamat sentimental. Penonton bantai gelak sekali lagi.

13. Langam Pak Dogo
Untuk lagu ini M Nasir memetik gitar sambil menyanyikan lagu ini Langgam Pak Dogo dalam loghat Kelantan

14. Getaran Jiwa
Sebagaimana yang dikatakannya sebelum konsert tentang kemungkinan beliau menyanyikan lagu ini, lagu Getaran Jiwa dinyanyikan dengan penuh penghayatan mengikut versinya sendiri. Klasikal kerana julung-julung kali mendengar sifu menyanyikan lagu Seniman Agung itu.

15. Keroncong Nostradamus
Best! Permulaan lagu ini hanya dimainkan dengan gitar tong, tetapi dipertengahan lagu lagu ini dilengkapkan dengan iringan band. Umpama satu ombak besar menerjah suasana hening dipagi hari. Chewah...

16. Mentera Semerah Padi
Pentas digelapkan. Sifu keluar dari pentas. Irama Nafiri kedengaran menandakan lagu seterusnya adalah Mentera Semerah Padi. Mungkin juga lagu ”sejati” kata adikku. Ternyata lelaki peniup nafiri lengkap berpakaian silat dengan langkah tari seperti nak bersilat mengesahkan tekaan aku. Lagu ini bagi menyuntik semangat untuk audien menyanyi bersama.

17. Raikan Cinta
Antara lagu paling ”happenning” pada malam itu.Memang tak boleh lupa la. M Nasir berjaya mengajak hampir semua penonton berdiri dan bertepuk tangan. Aku yang di upper row dapat melihat dengan jelas bagaimana sifu menguasai penonton. Hebat!
Sempat beliau mengusik penonton. Katanya ... ”ooo sebenarnya di dalam itu meronta-ronta....(hahahah betul tu semua orang sebenarnya cuba mengawal diri untuk menari dan tapi disebabkan di IB ada peraturan jadi kontrol la sikit)

18. Sahabat Gua
19. Phoenix Bangkit Dari Abu
20. Ada
21. Apokalips
Lagu-lagu ini adalah klimaks yang mana telah mengamatkan Istana Budaya sebagaimana sepatutnya sebuah konsert berjalan. Irama rancak, padu disamping respons penonton yang telah menukar atmosfera IB menjadi pentas ronggeng yang disertai para marhaen dan bangsawan yang dahagakan sentuhan alam muzik bertenaga.

Dipenghujung lagu, Nasir memanggil rakan-rakan pemuzik berkumpul didepan pentas seolah-olah isyarat temasya telah tamat dan masa untuk mengucapkan selamat tinggal. Disebalik barisan rakan-rakan pemuzik, sifu hilang dan muncul seorang pelakon pentomin yang sedang memegang seekor ayam.

Tirai ditutup.
We want more!-we want more!-we want more! jerit audiens serentak. Ada juga yang menjerit minta lagu Mustika.

ENCORE : MC muncul sekali lagi. Jika mahu lagi katanya audien kena menjerit lebih kuat. Sifu muncul kembali dan mendendangkan 4 lagu lagi

21. Hijab kekasih
Best lagu ni. Penonton bagai hanyut dengan lagu ini

22. Sentuhan Listrikmu
M Nasir kata bila dengar lagu ini, bila balik nanti, kita akan bayangkan dan mimipikan betapa seksinya lagu ni....diakhir lagu ini dia suruh siapa yg bawak husband or wife ucapkan “i love u”..
Trivia : Sebenarnya lagu ni begitu bermakna buat aku dan isteri. Lagu ini seperti lagu tema semasa kami bercinta kerana secara kebetulan aku dan isteri sebenarnya berjumpa dalam alam cyber. Hasil chat berbulan-bulan lamanya sedangkan kami tak pernah berjumpa sebelum ini. Hari pertama aku berbual dengannya melalui telefon, lagu Sentuhan Listrikmu ni berkumandang dari komputernya. Kebetulan.
Untuk pengetahuan listrik bermaksud elektrik.

24. Andalusia
Prestasi M Nasir di pentas masih mengagumkan ketika menyanyikan lagu ini. Aku layan habis lagu tentang sejarah kegemilangan Islam di Sepanyol ini. Penonton seolah-olah mahukan lagi.

25. Juwita Citra Terindah
Lagu terakhir pada malam itu. Audiens menyanyi bahagian korus bersama-sama. Ooo oh oooo oh ....

Hadirin bertepuk tangan dan memberi standing oviation tanda penghargaan buat beliau. M Nasir meninggalkan pentas.

Konsert tamat. Puas hati kerana sifu berjaya mengoptimumkan penggunaan sistem bunyi dan kemudahan pentas sebaik-baiknya.Crowd upper circle meninggikan dewan. Aku dan adik aku bergegas turun utk turut serta dalam sesi bertemu peminat, autograph dan bergambar. Datang jauh jauh rugi kalau lepaskan peluang ini.

* satu lagi review tentang konsert alam muzik m.nasir yang sungguh menarikk !!
* credit to Saudagar Mimpi !! Cayalah bro...

Tuesday, March 3, 2009

Sentuhan MAGISmu M.Nasir




Apa lagi yang boleh diperkatakan kepada insan seni bernama M.Nasir. Tiada kata yang mampu menggambarkan akan kehebatan magis suara dan sentuhan M.Nasir pada konsert di Istana Budaya lewat hujung minggu lepas. Lagu lagu yang akrab dengan peminat peminatnya membuatkan sekalian setiap dendangan lagu bangun dan berdiri, saling bertepuk tangan dan tidak kurang canggung menari bersama M.Nasir untuk sama sama memeriahkan konsert julungnya ini selepas beberapa lama. Alunan muzik dari pengarah muzik Nan meneruskan kesinambungan akan kehebatan M.Nasir, ditambah tambah dengan sayu sayup tiupan seruling Mohar!Aduhhh aku memang dah lama gila dengan tiupan seruling Mohar ni.Setiap inci peminat yang memenuhi, saling bertepuk dan turut sama mengalunkan akan lagu lagu M.Nasir yang sudah akrab dengan peminatnya sekian lama. Spontan lawak yang M.Nasir tuturkan agar peminatnya sama sama menyanyi, dan menimbulkan lucu bila mana lagu tidak kunjung kunjung habisnya. Benarlah Abg Nasir, mahu mendera sekalian kami..hahhaa..Dia juga pinta agar kami turut meneka akan intro lagu yang akan sejurusnya dinyanyikannya. Yang tahu, tahulah, yang tidak akan kabur sehingga kalimah pertama liriknya keluar dari M.Nasir sendiri. Aduhai Abg Nasir...

Ramai selebriti selebriti yang memeriahkan konsert ini, antaranya seniwati Azean Irdawaty, Datuk Siti Nurhaliza dan suami, Hattan, Azam Dungun dan ramai lagi di celah celah ramainya peminat. Semua tempat duduk memang SOLD OUT!

Penari penari comel dan besar dari ASWARA, buatkan kelainan dan sekalian peminat tidak lepas memandang pentas. Mana pulak dapatnya penari penari ini,kami tertanya tanya. Bila Abg Nasir dan seluruh tenaga muzik buat gimmick untuk mengakhiri konsert, padahal malam konsert masih awal dan masih berbaki sisa jam untuk diakhiri. Kami sekalian melaungkan WE WANT MORE!berulang,ulang kali. Memang sah sah gimmick dan ruang pentas kembali ceria bila lagu HIJAB KEKASIH dan seruling mohar mengambil tempat. Masing masing duduk dan terpaku ,kerana alunan suara, kerana lagu, kerana lirik, kerana tiupan seruling Mohar yang membawa ke suatu dunia yang asyik." Anda semua ni memang degil!" kata M.Nasir! dalam nada seloroh kerana keengganan peminat peminatnya tidak mahu berganjak dari kerusi Istana Budaya. Akhirnya memang benar benar konsert berakhir. Memandang dari segenap sudut, seakan tidak mahu berundurnya peminat peminat dari tempat duduk, seakan mengharapkan agar M.Nasir terusan dengan ajaibnya dapat mendendangkan lagu lagi. Tetapi semuanya akur bila mana tirai pentas perlahan lahan di tutup. Puas? Bagi aku memang puas, tetapi aku masih mengalunkan dari hati dan bibir akan lagu RINDU yang tidak dinyanyikan Abg Nasir, mengharapkan miracle agar lagu ini tiba tiba keluar, walau pun ianya bukan dalam list...Tetapi apakan daya. Tahniah Abg Nan! kerana menyusun perjalanan muzik dengan baik dan bersatu dengan M.Nasir . Tahniah Abg Nasir, kerana sentuhan MAGISmu yang tidak ada taranya! LUV U LA...!!!!

....Menanti satu detik pandangan magis mu
Cukup untuk meredakan rindu duniawi
Segala dugaan dan pesona
Menjadi irama indah
Kesakitan ragaku
Berlalu pergi tiada bererti

Pada Mu jua tertuju segala jalan
Pada Mu jua cinta ku serahkan
Kerna hati seorang pencinta
Pandangannya satu
Matanya hanya melihat dia
Yang melihatnya hanya dia kekasihnya....

Saturday, February 28, 2009

Alam M.Nasir....

Salam...

Yes !! Akhirnya hari yang aku tunggu-tunggu sejak tahun lepas tibe jua akhirnya.. Konsert M.Nasir yang baru beberapa jam yang lalu telah meninggalkan kesan yang mendalam.. Rata-rata penonton yang hadir pasti terhibur dengan gerakan dan muzik M.Nasir.. Sungguh mengasyikkan.. Aku pasti Ramli MS pun pasti menggoyangkan kakinya.. Tiada perkataan yang dapat digambarkan tentang kehebatan M.Nasir menguasai pentas IB dengan gerakan dan sentuhan listrik muziknya.. Credit to Nan as a music director..

Bermula dengan Gong Impian, lagu yang jarang2 aku dengar tapi telah membuka tirai dengan paluan gong dan penari-penari ulat yang bermakna.. diteruskan dengan magis ' Hati Emas dan Rajawali Terbang Tinggi.. M.Nasir meneruskan aksinya penuh makna denganlagu-lagu dari album terdahulu dan aku rasa hampir 20 lagu yang dia nyanyikan.. One of the best song yang dia nyanyi adalah ' Balada Seorang Teman' dari album Sang Pencinta.. uuu.. tajam betul dia nyanyi lagu ni.. Gimiknya , pernah dengar M.Nasir nyanyi lagu orang lain selain dr lagu dia ??? haaa.. dengan gaya selamba sambil petik gitar kapuk M.Nasir nyanyi lagu ' getaran jiwa' dengan gayanya yang tersendiri... Semua orang terdiam and terpesona dengar alunan suara M.Nasir yang penuh emosi ketika menyanyikan lagu keramat ini.. Dari keroncong ke rock M.Nasir menggegarkan IB dengan penuh semangat.. Sesekali gayanya seperti seorang pesilat dan sesekali gayanya menggambarkan kekesalan yang timbul dari dirinya.. Mentera Semerah Padi dan Raikan Cinta benar-benar membuatkan penonton ' gila ', nasib baik lah mamat duduk sebelah aku tu protokol sikit kalau x aku pun dah naik ' gile ' gak.. and lastly tribute to Loloq dengan lagu Ada n Apokalipsdan terus menutup konsert meninggalkan penonton dengan seribu kenangan walaupun belum puas sepenuhnya..

Masih banyak lagu keramat M.Nasir yang dia tak nyanyikan termasuklah lagu blog ini.. Namun aku tetap puas dan berbaloi dengan harga tiket yang aku.. Nasihat aku kpd pendatang2 baru jadiknlah M.Nasir ini sebagai contoh untuk berjaya di dalam bidang ini.. Mungkin 2-3 pot ini aku byk menceritakan konsert ini..

Anyway, M.Nasir is the best and legend in our industry.. No one can beat him so far after P.Ramlee.. !! Congrats SIFU !!

Sunday, February 22, 2009

Kepadamu Kekasih...

Bila berbicara tentang cinta.. Terlalu banyak maksud yang tersirat bakal menjelma.. Pada aku cinta adalah satu perasaan yang datang bila hati disentuh dengan perasaan yang berlainan.. Magis cinta ni.. Sukar untuk digambarkan dengan perkataan bila bercinta.. Namun pada aku cinta yang paling utama adalah cinta pada yang Satu iaitu Tuhan sekelian alam Allah s.w.t. Dengan cintaNya kepada seluruh umatNya di dunia inilah yang akan membawa kita ke jalan Cinta yang paling diberkati olehNya.. Apalagi yang kita inginkan di dunia ini selain kebahagiaan yang sememangnya datang dari cinta.. Hanya Dia yang dapat memakbulkan segala perasaan yang datang dari naluri kita yang luhur dan kita hanya perlu berserah kepadaNya..

" Hanya padamu kekasih aku serahkan.. Jiwa dan raga jua segalanya... "

Terkenang aku ketika aku mengerjakan umrah pada tahun lepas bersama ahli keluarga ku.. Ketika pertama kali menjejakkan kaki di bumi Madinah Al-Munawarah yang penuh dengan emosi dan syukur terhadapNya, aku tak dapat nak bayangkan dan dikata dengan perasaan bila dapat menjenguk makam kekasih Allah iaitu Nabi Muhammad s.a.w.. Sungguh terharu dan sebak kaki ku ketika berada di hadapan makam nabi. Aku sedar yang selama ini aku sering melupakan kekasih Allah yang Satu ini.. Perasaan cinta pada nabi dan bangga menjadi seorang Islam muncul ketika aku berada di hadapan makam Nabi dan sebelum itu ketika berada di dalam kawasan jelmaan syurga yang Allah turunkan di dunia iaitu di dalam Raudhah.. Ahhh.. sungguh magis perasaan ketika berada di antara tiang-tiang Raudhah.. Tanpa ku sedari air mata saja yang mengalir mencurah-curah ketika berada di situ.. Setelah menunaikan 2 rakaat solat sunat aku menadah tangan ku ke langit dan memohon segala yang terkandung di dalam isi hatiku dan yang pasti memohon keampunan di atas segala dosa dan lara yang telah aku lakukan.. Terasa cintaku pada Allah dan pada Rasulullah s.a.w sangat dalam dan sangat jarang aku rasakan sebelum ini.. Dan perjalanan dari kota Madinah hendak ke Mekah juga telah membuatkan hati ku terusik melihat keadaan padang pasir yang terbentang luas di kiri kanan jalan. Dengan menaiki can perjalan ke kota Mekah Al-Mukaramah mengambil hampir 4 jam lamanya dan aku membayangkan Rasulullah dengan menaiki unta bersama sahabatnya berhijrah dari kota Mekah ke Kota Madinah dalam suasana panas terik di bawah sang mentari dan diiringi pasir-pasir gurun sedangkan aku menaiki van yang berselimutkan air cond dan beralaskan tempat duduk yang empuk.. Arghh.. aku terharu terkenangkan Rasulullah dan sahabtnya begitu kuat imannya demi menegakkan agama yang kita sanjung ini.. Termenung jauh aku mengenangkan saat-saat itu.. begitulah pengorbanan kekasih Allah yang satu dan hanya Rasulullah yang dapat memberi kita syafaat padi hari pembalasan yang membawa kita ke dunia idaman iaitu Syurga..
Aku memohon agar sentiasa diberkati oleh Allah s.w.t dan sering mencintai akan Penciptaku dan kekasihNya Rasulullah s.a.w dan aku berdoa agar dapat kembali ke tanah suci Mekah dan Madinah yang penuh dengan rahmat dan magis yang tidak dapat di sebut dengan perkataan.. Dengan keadaan dunia yang semakin tenat ini, aku mohon padaMu agar kami sentiasa dilindungi daripada melakukan perkara-perkara yang boleh mengubah haluan kami..

Amin..

Wednesday, February 18, 2009

Bila larut malam....

Salam..

Jam dsah nak dekat pkl 12, bebola mata aku masih terbeliak bagaikan burung hantu yang sedang merenung melihat keindahan malam.. Penat, boring dan sunyi teman yang paling akrab sekarang ni.. Nak tunggu game bola lambat sangat pkl 4 pagi.. Esok aku nak pegi Putrajaya lagi ni.. Kelopak mata ni tak nak tutup plak.. haih..

Ooo.. Last week aku gi tgk wayang dengan sedara aku tengok cite Geng. Perlumbaan or Upin & Ipin.. Aku dah tengok movie ni masa mdeia preview bulan lepas.. Apa yang aku nak cakapkan filem ni memang bagus and 1000 juta ratus ribu puluh korang semua patut support tengok cite ni.. Aku tak pernah tengok kartun Upin & Ipin yang kat TV9 tu.. tapi lepas tgk filem ni aku balik umah layan balik kat youtube.. Sungguh comel dan kelakar filem ni.. Bangga aku ada pemuda Malaysia yang mampu buat filem animasi dengan bajet yang ciput tapi boleh dianggap sesuatu yang membanggakan.. TAHNIAH Les Co'paque Production for this amzing filem.. !! Walaupun ada sedikit kekurangan ala biasalah mana boleh perfect sangat tapi as a beginner aku boleh katakan ianya sesuatu yang boleh dibanggakan.. Pada mulanya aku dengan gemuk member baik ingat nak tido masa tgk preview tapi jangkaan kami meleset filem ni berjaya membuatkan aku dan gemuk ketawa sampaikan ada apek sebelah kitorang yang tak tau dr press mana pun gelak bukan main lagi.. Gemuk ketawa sampai nak terkincit sikit yang gua aku gelak dah macam sundel bolong !! Memang menghiburkan and sangat patut di tonton oleh semua bapak and mak budak untuk bawak anak2 mereka.. Satu tips bila tengok filem ni pastikan tengok sampai habis credit mention ada beberapa babak lagi.. Jangan terus blah !! dan tengok ada sekor gelagat ayam yang hilang ( ayam ni suka majal orang )..

Maybe minggu depan aku nak layan tengok filem baru Bradd Pitt and Tom Cruise.. tapi yang pasti aku tak sabar nak tunggu Konsert Alam Muzik M.Nasir 27 Mac nanti.. Yeahhhh !!
Tiket aku dah beli... Walaupun sengsorang gua tetap nal layan.. lagipun dah biasa keluar sengsorang.. Apa ada hal...

Bila larut malam menjelma, aku masih lagi susah nak tido.. Bila dah sampai waktu suboh susah nak bangun yang setan pulak makin tarik selimut aku.. Arghh tension aku !!

Bila larut malam.. akan ku paksa mata ku tutup dalam kelam.. dilindungi dengan kesaktian kalam dan akhirnya aku akan terus lena dalam diam..

Salam..

Sunday, February 8, 2009

Gemuk n gang

Salam...

Aku baru balik dr pot biasa aku di Bangsar.. Saje harini aku nak layan lagu yang relax sikit.. Lama gak aku tak lepak kat Social.. Boleh pulak harini ada brader TOm ( drummer ) ada sekali.. Ada gak la session yang dia jam dengan brader2 social tu.. Aku memang relax harini.. Dari blues sampai lah ke folk, aku dibuai muzik yang enak dari si gemuk n gang.. Puas aku dapat layan lagu harini..

Sesekali layan diri sendiri merayau and happy kan diri sendiri ni memang syok.. Walaupun aku sorang tapi aku puas sebab aku dapat buat benda yang aku suka layan.. Gemuk n gang ni memang talented la, semua lagu diorang belasah.. blues, soul, rock, latin, pop, jazz n folk.. Memang layan !! Korang boleh la try gi tgk diorang main kat The Social, Bangsar.. Macam biasa la kena segelas Ice Lemon Tea yang berharga RM 8 then mintak air suam duduk la situ sampai tutup.. Namun kepuasan yang bakal dapat lebih bernilai dr RM 8 tadi..

Oklah.. to be continue..

Salam..

Saturday, February 7, 2009

Lagu kita

Salam...

Deras hatiku berdetar
Di langit aku terlihat kamu
Terang malam,teman kita
Dengan angin meniup sayu

Ku petik gitar akustik ini
Dengan harapan dia mendengar
Melodi indah yang ku cipta
Hanya untuk luahkan rinduku padanya

Dan aku terus,
Menyanyi lagu ini untukmu,
Walau berjuta mendengar,
Lagu ini hanya untukmu,
Arah hidup kita,
Digambar bintang di angkasa
Dan berkelip melukis cinta
Terciptalah lagu kita

* sekarang ni aku tengah high dengar lagu Aizat ni.. Ntah macam mana tetiba je aku boleh minat dengar lagu ni.. Sebenarnya first time aku dgr lagu ni masa AJL hari tu.. Aku ni memang dah jarang dgr radio.. tapi bile dgr Aizat nyanyi lagu ni masa final aku jatuh hati la pulak.. AKu memang akui Aizat ni memang talented.. Suara yang sedap and boleh jadi composer yang besar satu hari nanti kalau tak buat perangai la.. Tiap2 hari aku main lagu ni baik kat ofis mahupun kat umah.. Layan la pulak.. Sebuah lagu yang simple and senang untuk kita faham.. Very direct composition..

Saturday, January 24, 2009

The one with the trip !!

Salam...

Happy Chinese New Year !! Gong Xii Fa Chai !!

It is long holiday again.. Me have to attend my cousin engagement and wedding. After more than a month working at my new workplace and new post, damn I'm tired !! Just wanna have a good rest and golek2 in my peaceful room ! Maybe planning where gonna go for this year trip..

Traveling is one of my favourite pass time and lonely planet was one of my favourite channel. After 30 years in this world, I had visit a few country around our region. It is so great to see other country and culture. The most best place was Bali.. but the most memorable and still remain in my heart definitely the holy Mecca and Medina Al-Munawarah..

It is the most memorable visit in my life. I just can't imagined that I had standing in front of Holy Kaabah and our prophet mosque, Nabawi. My trip to perform umrah with my grandpa and uncles so amazing and colourful. Definitel, I pray to be there again and maybe to perform hajj and this time I hope can climb up Jabal Hira' and Jabal Tsur.. This trip totally change my life and give me more passion and really love to be more Muslim.. Insya Allah, with the bless of the only God Allah s.w.t, I wish to be there again and it is a must for us to perform Hajj if we are capable.. Insya Allah..

Bali Island was verdict as the best island in the world. Ya !! There's a lot of activities u can get it here. From shopping to snorkelling.. My trip to Bali on August 2007 was great.. Maybe there's a story beside it and Bali really sparkled my life. The sunset view at Tanah Lot and dinner at Jimbaran with a live band at the seaside was one of the best moment. I sang ' Berita kepada kawan ' with the band. hehehe.. I will come back to Bali and visit a few more places. Definitely, I will come back maybe for honeymoon.. Hahaha.. The trip to Bali also had changed my life after that and it became so wonderful and full of beautiful colours ! Im really miss that moment !

Now, there's a few places that I wish can visit this coming year. Im really keen to visit Spain especially Madrid and Andalusia, a few Anbia country and a few selected island. I wish to get there.. I love to visit a place that is full of culture and music touch. Of course, it must be full of ancient history. Insya Allah...

Aight.. need to go now. More post will come soon..

Salam Algojo..

Monday, January 19, 2009

Konsert Alam Muzik M.Nasir


Untuk maklumat lanjut mengenai tiket sila hubungi Istana Budaya ataupun Box Ofice.. dan untuk ahli Kelab Sahabat yg telah register dgn Luncai Emas sila hubungi 03-6156 1357 / 6700 (Cik Ain) utk diskaun tiket konsert dan maklumat lanjut...

* lawati ticket2U.biz untuk tempahan secara online.

Kali terakhir M.Nasir buat konsert besar-besaran adalah pada tahun 2000.. Konsert Andalusia di Stadium Merdeka. Gua salah seorang yang duduk depan sekali masa tu..so, gua rasa dengan tempat yang berprestij kalau kat London ada Royal Albert Hall tapi kita kat sini ada IStana Budaya. Kadang-kadang gua pun tak faham bila orang kita nak buat konsert cukup susah nak dapat sponsor tapi kalau orang luar senang betul dapat. Big2 company lak tu.. camne la industri kita nak maju kan.. Apa laa...

Akhirnya setelah lama gua tunggu nak tengok konsert M.Nasir yang besar akhirnya termakbul jugak. Harap-harap gua dapat pegi.. Last sekali gua tengok show M.Nasir yang live masa tu kat Planet Hollywood.. Memang gempak gua cakap lu..

Apalagi.. to all M.Nasir's fan jom kita kasi gegar Istana Budaya.. Aku boleh guarantee laa korang mesti puas ! M.Nasir tak pernah mengecewakan lagi..

Kalau tak caya tanya sama itu hud-hud.,.. :)

Salam..

Monday, January 12, 2009

Bukalah hatimu...

Mereka bawa perang di kaca TV
Secara 'live' melalui satelit
Yang untung broker teknologi
Yang kita hanya dapat kemeja-T
CNN bawa berita beruang luka
CIAkah yang menembaknya
Amerika sibuk mencaturi dunia
Beban sengsara hutang bertambah
Di dunia ketiga
Dunia ketiga

Bicara tentang penghapusan Marga
Marga mana yang harus dihapuskan
Arya semit, Negroid, Mongoloid
Siapakah kita di sisi Tuhan
Salahkan Zionis
Atau Freemason
Salahkan Nazi
Dan Klu Klux Klan
Salahkan orangtua
Salahkan sejarah
Salahkan semuanya
Tapi dirimu

Bukalah hatimu
Pada kebenaran
Buka hatimu
Pada kebenaran

Haruskah kita diperdayakan
Dalam permainan dalang tua
Bukalah hatimu
Pada kebenaran
Kerna kebenaran
Ada di dalam
Haruskah kita sama menyertai
Skim kehancuran ini
Bukalah hatimu
Pada kebenaran
Kerna kebenaran
Ada di dalam

Mudah sangat menyalahkan orang
Bila diri ditimpa malang
Bukalah hatimu
Pada kebenaran
Kerna kebenaran
Ada di dalam

M. Nasir rap:
Yo! berapa kali Abang M. Nasir
Nak bilang, nak ulang
Kalau nak tahu cerita
Mesti tahu tajuknya
Kalau tak faham, bertanya
Jangan hentam keromo
Nanti takut-takut salah tarik
Nak tarik ular lidi tertarik naga
Hitam campur putih memang kelabu

* Lagu di atas adalah sebuah lagu yang dapat menceritakan keadaan dunia sekarang yang
sedang berperang dengan keadaan masa kini.. Siapa yang harus dipersalahkan ??

Sunday, January 4, 2009

Dari Awang Trasher ke Mentari Merah di Ufuk Timur...





ADA yang menyokong, tidak kurang juga memberi reaksi sebaliknya
apabila Amy Search menyatakan hasrat menunaikan umrah. Pelbagai
tanggapan timbul, kononnya pemergian Amy ke Makkah suatu yang pelik
kerana imejnya sebagai penyanyi rock. Namun, semua itu tidak
melunturkan semangat Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman,
49, meneruskan hasratnya.

Ketika di Makkah, Amy sekali lagi diuji apabila mendengar kata-kata
orang mempertikaikan kehadirannya di situ hasil daripada wang
menyanyi.

"Dalam sibuk beribadat, masih ada orang sempat memperlekehkan insan
lain. Saya terdengar perbualan seseorang mempertikaikan kehadiran saya
di Tanah Suci. Barangkali maksudnya saya ini penyanyi, maka wang yang
saya peroleh tidak halal.

"Alhamdulillah, saya sedikitpun tidak melenting kerana umrah urusan
saya dengan Yang Maha Esa. Dia Maha Mengetahui, Maha Penyayang, Maha
Pengasih, Maha Pengampun, Maha Bijaksana dan Maha segala-galanya. Sama
ada saya diterima atau tidak, itu juga hak Allah.

"Yang pasti, sewaktu mengambil keputusan ini dulu hati saya sudah
bulat dan saya berserah dengan apapun dugaan yang bakal ditempuh,"
kata Amy ketika ditemui di rumahnya, baru-baru ini.

Amy berangkat bersama isteri, Hasniza Hassan atau mesra dipanggil
Norish, 26, berkata keinginan mengerjakan umrah terdetik beberapa
tahun lalu tetapi hanya tahun ini berpeluang ke sana.

"Saya anggap ia satu perjalanan yang sudah tertulis dalam kamus hidup
saya. Selaku manusia tidak terlepas melakukan dosa, saya bersyukur
kerana terpilih daripada puluhan juta umat Islam sebagai tetamu Allah
SWT pada usia 49 tahun.

"Ada orang mendapat peluang ini ketika muda, ada yang pergi ketika
sudah berusia dan ada yang tidak sempat langsung. Justeru, saya amat
terharu dan bersyukur kerana menjejakkan kaki ke rumah Allah,"
katanya.

Turut sama dalam rombongan Amy pada 29 Mei hingga 11 Jun lalu, ahli
keluarga termasuk Ustaz Badrul Amin dan isteri. Tiada sebarang
kejadian aneh menguji, bahkan Amy bersyukur perjalanan melakukan umrah
begitu mudah.

"Mula-mulanya ada masalah, itupun di Lapangan Terbang Changi,
Singapura sebelum bertolak ke Karachi, Pakistan kerana penerbangan
ditunda 3 jam. Di Karachi sekali lagi perkara sama terjadi tetapi
semuanya tidak mematahkan semangat saya.

"Selepas mengharungi perjalanan panjang akhirnya kami tiba di Madinah.
Masa itu saya tidak dapat menahan sebak. Lain orang mungkin lain
perasaan mereka, namun saya merasakan saat itu begitu dekat dengan
Rasulullah.

"Paling seronoknya sepanjang mengerjakan umrah saya dapat sembahyang
Jumaat dua kali iaitu di Masjid Nabawi, Madinah dan Masjidil Haram,
Makkah.

"Selama empat hari di Madinah, saya berpeluang solat di Raudah, salah
satu taman syurga. Bukan mudah merebut peluang bersembahyang di Raudah
kerana kawasannya amat terhad dan tidak mampu menampung jumlah jemaah
yang ramai.

Ketika tiba di Makkah, Amy mengucap syukur sebaik saja melihat Kaabah.
Katanya, rasa gemuruh serta tidak percaya kerana benda ajaib yang
selama ini hanya dilihat dalam buku dan ditonton di televisyen, berada
di hadapan mata.

"Ia cukup indah hingga saya menangis sekali lagi. Selesai berehat,
saya terus melakukan tawaf. Saya juga mengorbankan rambut. Malah saya
berikrar mahu kekal dengan imej begini selama-lamanya kerana dengan
cara ini hati saya sentiasa terkenangkan Makkah.

"Ketika di Makkah, saya suka melalui pintu 62 dan 58 kerana mudah
berada di barisan hadapan menghadap Kaabah. Pelbagai cerita menarik
saya lalui, tapi yang tidak boleh dilupakan ketika berada ke Gua
Hiraq, tempat wahyu pertama diturunkan. Sungguh ajaib.

"Ketika di puncak Gua Hiraq, tiba-tiba lirik lagu Mentari Di Ufuk
Timur bermain-main di telinga saya. Antara bait-bait lagu yang
berulang kali kedengaran adalah: "Kekal selamanya cintaku dengan
cahayaMu, kekal selamanya tetap dalam ingatanku."

"Saya amat terharu kerana lagu yang selama ini saya nyanyikan tanpa
dapat menghayati maksud sebenarnya, rupanya memuji kebesaran Yang Maha
Esa," katanya.

Mengenai doanya ketika di Makkah, Amy berkata, dia mohon pada Allah
SWT tetapkan hatinya supaya tidak malas sembahyang dan mematuhi segala
yang termaktub dalam Rukun Iman dan Rukun Islam.

"Saya berdoa di hadapan Kaabah supaya keluarga, sahabat termasuk
peminat diberi kebahagiaan dan kebaikan dalam hidup mereka.

"Lebih 25 tahun menjadi penyanyi, saya tidak pernah memesongkan orang
meskipun saya disanjung dan dipuja. Mereka yang meminati suara dan
cara saya menyanyi, semua itu satu anugerah dari Yang Maha Esa.

"Jika saya yang jahil ini diterima sebagai tetamu Allah SWT sekali gus
dapat menjalani ibadah dengan tenang, saya pasti Dia juga menerima
hambanya yang lain seperti saya.

"Saya harap pintu hati peminat dibukakan untuk mengerjakan ibadah ini
termasuk haji. Insya-Allah, saya akan melakukan umrah sekali lagi
tahun ini iaitu ketika Ramadan nanti kerana mahu merasai pengalaman
berpuasa dan beraya di Makkah. Saya juga mengalu-alukan peminat
menyertai saya," katanya.

Sementara itu, Norish yang semakin manis bertudung berkata, dia
ternampak kejadian aneh seekor merpati ketika bersembahyang di Raudah
tetapi dia mahu menyimpannya sebagai rahsia peribadi.

"Untuk mendapatkan kepastian, saya bertanya Ustaz Badrul dan dia
memberitahu ia fenomena biasa di Madinah, apatah lagi merpati burung
kesayangan Rasulullah.

"Satu lagi pengalaman indah sewaktu kami mengunjungi Jabal Rahmah dan
ketika mohon doa agar jodoh kami dipanjangkan, tiba-tiba saja perasaan
kami suami isteri terasa seperti zaman bercinta.

"Saya juga cukup bertuah kerana doa saya untuk menyentuh Hajaratul
Aswad dimakbulkan. Tanpa disangka, sebaik membuka mata tangan saya
sudah memegang batu itu walaupun kiri kanan sesak dengan manusia,"
katanya.


* Salah seorang ikon rock yang tiada tolok bandingannya.. Dari zaman rambut panjang dan berseluar ketat kaler pink sekarang dah botak dan pakai baju putih.. Penghijrahan rocker yang gua tabik ni memang menggembirakan hati gua dan ramai lagi peminat rocker ni.. Rock rock jugak tapi Yang Benar tetap tak lupa.. Semoga kisah Amy menunaikan umrah menjadi pedoman kepada kita semua.. Kalau tak silap gua lepas Amy pergi umrah selang beberapa bulan lepas tu arwah Loloq pulak pegi then Hattan..

Semoga Amy kekal berimej begini but still Rockk Onn !! Pheewiiittt...

"Kejutkanlah aku kawan aku sedang bermimpi
Kejutkanlah aku yang sengsara dalam sepi" - Meniti titian Usang