Sunday, December 21, 2008

Minggu pertama yang bukan malam pertama..

FUhhh.. Penat and mengantuk tak hingat tapi hari ni gua tergolek atas katil sampai pkl 11.. Layan habiss... Tu la dah lama tak bangun lambat kalau tak hari2 bangun lambat jadi macam tapir. Hari ni gua nak lepak and just chill kat umah.. Nak memikirkan apa yang perlu di buat esok hari.. Sementara semangat masih belum hilang, baik gua teruskan berjuang.

Malam tadi gua lepak lagi kat THe Social, Bangsar. Memang layan la lepak kat situ.. The 3 piece band yang sama main minggu lepas. Gua nak jadi diorangnye followerla.. They're damn good.. they played all type of sound but not the one in zouk. but from latin to Alleycats they played last nite. Im really had fun last nite. Accompanied by Mr. Caiyo, Da' Funk and Jammo ( he's a kenyan ) we just banging our head at the table. Jammo also had a good nite last nite. Check out the cashier and tell me later whether he's a man or a girl ?? Me a lil' bit confused.. hehehe..

Setelah seminggu bekerja gua takut jugak la tentang hidup gua bakal tidak tentu arah. Mungkin masih baru and gua still belum setting time gua betul2.. Gua dah lama tak pergi Keramat
( tempat yang memang keramat.. ) , DOME Klcc.. Aku rasa last sekali aku pegi KLCC ntah aku pun dah tak ingat bila last sekali pegi.. Damn.. Terasa macam makin 'kehilangan'.. Slow2 gua nak kembalikan permata yang hilang tu.. wakakak..

aight bloggers.. gua nak sambung golek2..

Salam..

Monday, December 15, 2008

The One with the first day..

Today was the first day, me at Karangkraf.. Arghh ! Having problems with habits.After a long almost 2 years mengangkang kat umah now I have something to achieve in my future.. Damn Im happy today eventhough a lil' bit sleepy maybe too much input for the first day.. Almaklumlah otak dah lama tak pakai.. :) I pray for my bright future at this new place and pray for more fortune in the future.. Aminn.. so one down more to go !!

Last saturday.. Dengan berbekalkan chamomile tea yang harganya RM 8.00 ( macam haram satu teko Rm 8 ) gua lepak kat the Social , Bangsar.. Sampai habis Benson & Hedges gua layan blues dengar live band kat sana.. Memang layan la 3 piece band yang main kat sana.. Dari blues ke rock n roll diorang belasah !! Lagu2 yang diorang main pun gua familiar takdelah lagu yang gua tak pernah dengar.. Gua memang recommend lu orang gi layan muzik kat sana.. Kadang2 band yang main kat situ macam haram tapi band ni memang best !! U guys try and check it out !! Lagu M.Nasir je diorang tak belasah tu yg frust sikit tu ( M.Nasir lagi.. ) Mamposla dah gua minat kat dia nak buat camne lak kan...

Tomorrow my second day at Karangkraf and I already have an appointment and event to attend.. Yeahh !!

Sallam Algojo..

Wednesday, December 10, 2008

Los And Faun


Jam dah pkl 3:50 pagi.. Mata aku masih terbeliak macam burung hantu.. Perut lak dah berkeroncong.. Nak panaskan lauk .. Malass !! Apa lagi nak buat ni.. Jap lagi sambung main FM 2008..

Last Saturday, aku gi tengok Los and Faun kat Cineleisure, The Curve.. Boleh tahan citer Afdlin yang ni.. Aku gelak sampai nak terkincit la sikit.. Afdlin dah dapat touch dia balik setelah gagal dengan Sumolah.. Aku rasa tu la filem dia yang paling bosan aku tengok.. Nyesal beli dvd tapi gua memang fan cip kodok ni.. tak kisah sangatlah..

Berbalik kepada cerita LAF tadi.. Cerita ni memang kelakar and Afdlin telah mengeluarkan idea2 kreatifnya untuk menghasilkan sebuah filem yang kelakar tapi intelligent.. Ada ala-ala Sherlock Holmes sikit cerita ni tapi stail dia main dengan jalan cerita tu yang best.. Si Adlin dalam cerita ni memang class.. Sememangnya dia adalah pelakon lelaki terbaik sekarang ni.. Selamba dog je muka dia dalam cerita ni.. Afdlin as usual memang kelakar dengan stailnye yang tersendiri.. Hans Isaac pulak macam biasa jer tapi boleh tahan gak la lawak2 dia.. Pandai Afdlin main dengan karakter Hans.. Ex-Hans pulak si Erra macam biasala dengan ke cun nan dia yang memang cun.. Ida Nerina pun sama.. Memang A class actress Ida ni.. Apa saja character dengan muka yang sardin je dia bawak.. Ida memang class.. tapi yang memeranjatkan aku si Khir Rahman yang dari air mukanya nampak mcm serius tapi dalam cerita ni dia jadi pak lawak yang memang lawak dengan skrip2 yang memang kelakar.. ditambah pulak dengan muka yang mcm jambatan tak siap tu.. Gua tabik spring dengan Khir Rahman.. Kelakar siot dia.. Kalau dulu AC Mizal nyanyi lagu Ramlah Ram kali ni Khir Rahman nyanyi lagu lama yang lu orang pun tahu lagu tu.. Kelakar dowhh..

Anyway, LAF memang patut di tonton oleh semua lapisan masyarakat dan usia.. Tiada unsur2 ganas tapi ada unsur2 seks sikit bagi mereka yang faham.. budak2 kecik tak faham kot..

Marilah kita menonton cerita Los And Faun..

Gua bagi 4 setengah *..

Wednesday, November 26, 2008

Suara M Nasir Seksi Dalam Mantera Beradu?

petikan murai.com.my 29 Oktober 2008
Teks oleh Ellyna Ali


KUALA LUMPUR, 29 OKT 2008: Tergelak besar M Nasir apabila ramai wartawan hiburan tempatan yang memberikan komen positif terhadap lagu duetnya bersama bekas anggota kumpulan Too Phat, Malique, Mantera Beradu.

"OK ya lagu tu?" tanya M Nasir dengan suara ceria sewaktu menghadiri majlis rumah terbuka Deeparaya anjuran syarikat pengurusannya, Beyond Artiste di Damansara Heights, Kuala Lumpur, semalam.

Dia yang kelihatan bergaya datang ditemani isterinya, Marlia Musa serta dua anak perempuannya, Nor Nilam Sari serta Suci Musalmah.

Marlia sendiri turut mengakui bahawa gandingan suaminya Nasir dengan Malique dalam lagu itu telah melahirkan satu karya yang memberikan kelainan cukup hebat serta berkarisma.

"Sebenarnya Abang Nasir sudah lama membuka pintu untuk bekerjasama dengan mana-mana penyanyi atau karyawan muzik muda. Tapi ramai yang tak berani serta takut-takut untuk datang berjumpa dengannya padahal dia sangat terbuka.

"Akhirnya Malique yang berani datang. Dia beritahu sendiri dengan Abang Nasir apa yang dia mahukan daripada lagu itu. Tapi, waktu merakamkan lagu itu, kita sendiri tak tahu bagaimana rupa dan bentuk lagu itu sehinggalah ia siap.

"Tapi selepas mendengar, kita sendiri rasa terkejut. Sebab tak sangka ia akan jadi sebegitu. Apa yang penting, Abang Nasir nampak fresh dan lain sangat dengan pendekatan yang seperti itu," kata Marlia kepada murai.com.my.

Apabila ditanya pandangannya apabila segelintir peminat menganggap bahawa vokal Nasir dalam lagu itu kedengaran begitu seksi, Marlia hanya tersenyum.

"Saya sendiri tidak nafikan apa yang orang cakap. Malah saya faham mengapa mereka kata suara Abang Nasir seksi. Lebih-lebih lagi bila dia tarik suara pada pitching yang tinggi. Saya sendiri rasa macam tu. Tapi, macam mana lain pun sound lagu ini tetapi ia tetap kaya dengan jiwa dan sentuhan Melayu.

"Malique bagi saya memang seorang anak muda yang berbakat besar serta penuh dengan idea-idea yang baru dan segar," kata Marlia yang masih menjadi tenaga pengajar di Aswara.

Trip to Phuket Island 2006..

pose poyo sikit !! hahahah


Bangla Road... !! Happeningg and peningg gilerr !!


yayash baru lepas cilok juice apple kat mini bar..

All of us at cashew nut factory..


Phi Phi Island

Phi Phi island view from airplane


Trip to phuket 2 years ago.. Damn cooll !! One of the best island in the world !! For those who likes for having fun especially boozyy, u all must hang out at Bangla Road.. Heaven for all boozerss !! hahaha.. but Phuket really fun..

Me and my bro accompanied by Don family were there for 4 days if i'm not mistaken.. Full of activities and the best part when we all went to Phi Phi Island near to Krabi.. Damnn !! So beautifull !! It's a must to go there for snorkelling and island hoping... A lot of fun !! especially entertaining yayash... :)



It is really fun and one of the memorable holiday.. Really enjoying myself !!

Phuket and Krabi we will come againn !!

Kap Kum Kap....

Monday, November 10, 2008

Tribute to Tan Sri Dr P.Ramlee



Babak Pertama

Malam tadi aku baru lepas tengok telemovie " Orang Minyak Naik Minyak " di Astro Prima. Telemovie ni arahan Afdlin Shauki. SEkarang ni AFdlin and Adlin Aman Ramlie sibuk buat telemovie macam tribute to P.Ramlee. namun, setelah aku layan telemovie Orang Minyak tu tadi, sememangnya sebuah telemovie yang menarik adn aku rasa Afdlin seorang pengarah yang kreatif and mesej yang ingin disampaikan kepada kita sangatlah berkesan iaitu mengingati hasil karya P.Ramlee. Tapi aku tak tau kenapa Afdlin pilih filem Sumpah Orang Minyak untuk di eksperimenkan di zaman sekarang dengan tajuk Orang Minyak Naik Minyak. But salute lu bro !! Memang gua layann..

Berbalik kepada Tan Sri P. Ramlee.. aku rasa hampir semua penduduk di Malaysia ni kenal siapa itu P.Ramlee. Malah P.Ramlee terkenal oleh semua golongan bangsa di negara kita ini. Tak perlu aku ceritakan tentang latarbelakang P.Ramlee yang aku rasa rata-rata ramai orang yang tahu walaupun tetap ada yang tak tahu. Namun, aku percaya masih ada orang yang tak kenal P.Ramlee. Mungkin pada mereka takde 'class' tengok cerita melayu zaman hitam putih atau mereka ni tak diexpose dengan filem2 P.Ramlee. Aku pun tak faham kenapa mereka tak nak tengok cerita P.Ramlee yang kita gelarkan Seniman Agung ini. Mungkin zaman ibu bapa mereka dahlu lebih terjerumus nak nak tengok filem John Wayne, Rod Hudson, Kirk Douglas dan yang lain-lain lagi termasuklah cerita Hindusatan yang cukup top zaman P.Ramlee dulu. Namun, parents aku pun tengok gak cerita2 mat saleh and hindustan ni tapi tetap tengok cerita melayu. Tu yang buatkan bila aku dah besar sikit mereka sedikit sebanyak mempengaruhi aku untuk tengok cerita P.Ramlee.

Kenapa aku minat P.Ramlee ?? Pada pandangan aku P.Ramlee adalah seorang insan yang dilahirkan oleh Allah untuk menjadi seorang anak seni yang sangat berbakat. Beliau semua orang tahu adalah seorang Pengarah, Penyanyi, Penggubah Lagu, Penulis Lirik, Pelawak, Pelakon, Penerbit dan Pengarang. Mula- mula sekali aku ingin menyentuh tentang muzik beliau.. Lagu pertama ciptaan beliau adalah 'Azizah '. Lagu inilah yang membuatkan beliau menjdai terkenal sebagai seorang penyanyi inspirasi dari seorang awek yang dia nak usha dulu yang namanya memang 'Azizah'. Beliau boleh bermain instrumen biola, gitar dan piano yang baik. Setiap lagu yang beliau ciptakan mempunyai melodi yang menarik dan berlainan. Pelbagai genre muzik yang telah beliau cipta. Dari jazz, inang, joget, zapin, blues, pop dan keroncong. Dan hampir kesemua lagu-lagu ciptaan beliau mempunyai no-not muzik yang sangat berlainan dan hasilnya terhasillah sebuah melodi yang menarik. Dibantu dengan rakan-rakannya yang begitu puitis menulis lirik seperti S.Sudarmaji, dato' Jamil Sulong, Kassim Masdor dan ramai lagi. Maka, terhasillah sebuah lagu yang menarik dan segar sehingga ke hari ini. Apa lagu yang beliau tak buat ?? Ketuhanan, Cinta, Lawak, Nasihat, Kritis dan macam2 lagi jenis lagu. Dan lagu-lagu ciptaan beliau masih lagi segar dan popular sehingga ke hari ini malah penggiat seni dari luar negara juga mengkagumi hasil kerja beliau. tapi yang aku sedih tu ada jugak rakyat di negara kita ni mempersendakan lagu-lagu ciptaan beliau lebih-lebih lagi golongan remaja pada zaman sekarang. Mungkin mereka tidak reti menilai maksud muzik itu sendiri dan lebih mementingkan populariti dari kualiti sesuatu hasil kerja seni itu. Antara karya-karya muzik beliau yang menjadi kegemaran aku adalah seperti :

* Getaran Jiwa
* Malam Bulan Dipagar Bintang
* Engkau Laksana Bulan
* Joget Pahang
* Nak Dara Rindu
* Maafkan kami
* Tari Tualang Tiga
* Joget Sipinag Muda
* Azizah

dan yang sebenarnya masih banyak lagi.. Lagu untuk orang kahwin pun P.Ramlee buat.. Apa lagi nak buktikan kehebatan Seniman Agung ciptaaan Allah ini.

Terlalu panjang untuk ktia berbicara tentang P.Ramlee.. Jadi, sambungannya adalah untuk blog yang akan datang..

To be continued...

Sunday, November 9, 2008

Man U kalah !!


Cehh... ayat pertama aku.. Bola tu kan bulat.. Tension pulak aku tengok game Man U dgn Arsenal tadi.. Aku memang Man unitednye fan sejak tahun 1992.. Masa giggs first debut dgn ManU.. Terus aku fall in love dgn Man u and Ryan Giggs.. Takper la game hebat mcm ni tak kisah sape menang or kalah.. janji game best !! Sepatutnya Man U dah boleh score dulu.. Rooney ada 2 chance yang memang gol tapi melencong la pulak.. jarang2 player mcm Rooney tu buat silap mcm tu.. tapi tu la aku cakap tadi bola tu bulat.. Credit to Arsenal players gak sebab berjaya defend dgn penuh disiplin .. Lepas ni aku rasa Fergie dah boleh kasi budak muda Brazil Rafael Da Silve tu main lagi banyak tu.. Lawa dohh goal dia.. A good start for a young player.. Tertarik dan menarik aku tgk budak rambut ketak tu main.. Bagusla mamat tu..

Anyway, to Arsenal fans .. COngratulations !! See y'all at Old Trafford next round !!

Salam Algojo...

Friday, November 7, 2008

Kepada Sang Pencinta...



Blog kali ini aku ingin mengulas balik lagu-lagu yang terdapat didalam album sifu M.Nasir dan serba sedikit maksud di sebalik lagu-lagu yang terdapat di dalam album baru beliau.. Mungkin kita boleh berfikir sejenak tentang apa yang ingin disampaikan oleh M.Nasir di dalam beliau ini.. Sebenarnya lagu-lagu dalam album M.Nasir yang terdahulu memang banyak maksud yang tersirat yang penuh dengan isi-isi yang memberi tunjuk ajar kita tentang dunia sebenarnya..

Lagu : Juwita
Lagu yang sedap di dengar dan merdu . Rentak Permulaan lagu ini mengingatkan saya kapada lagu 'saat yang kuidamkan' nyanyian Amy search , namun lagu ini lebih rancak dan ceria . Dalam album ini hanya inilah lagu cinta diantara lelaki dan perempuan .

Lagu : Sang Pencinta
M Nasir meminati ilmu tentang persoalan hidup .Lagu ini jenis apa? , tasauf atau falsafah ?. Ada lagu jenis itu yang lembut , perlahan dan shahdu , namun ada lagu jenis itu yang perlu rancak , ceria dan mengembirakan seperti lagu sahabat gua dan lagu ini adalah setaraf dengan nya .
Ada diantara ilmu tentang pandangan hidup yang akan membuatkan kita merasa gembira . Rangkap pertama lirik lagu ini mengambarkan M Nasir menghargai suatu pandangan , pendapat yang membuat kan dia menghargainya . Pada rangkap kedua nampaknya pandangan dia yang melihat kesatuan dalam segala sesuatu , iaitu mendapati bahawa segala yang terpecah itu bersumberkan satu adalah pandangan yang betul . Kesatuan , tauhid dan ahad adalah perkataan yang mempunyai maksud yang hampir sama .Sesuatu yang baik harus di kongsi bersama .

Lagu : Tujuh nafas lagi .
Melihat tajuknya kita tahu lagu ini ialah lagu tasauf . M nasir lebih tahu tentang jenis jenis musik . Lirik lagu yang ini memang susah untuk difaham . Saya sendiri susah nak paham . Tapi pada pendapat saya rahsia lagu ini terletak pada senikata pada intronya yang menarik iaitu Firdaus iaitu salah satu nama syurga . Cara ia di sebut juga menarik .

Lagu : Tangisan di hujung galaksi
Loloq bukanlah penulis lirik lagu nasyid yang senikatanya terang dan mudah , orang biasa seperti dia walaupun menulis lirik dakwah tidaklah terus terang . Lagu ini memuji bumi sedangkan pada hakikat ia memuji Tuhan - Tuhan kita .

Lagu : Vendeta
Loloq adalah salah seorang penulis lirik yang di hormati di Malaysia , banyak menulis lirik yang bermutu dalam banyak album tetapi dalam lagu ini saya tak dapat komen . Mungkin mutu liriknya bergantung pada lagu sama ada sedap atau tidak .

Lagu : bahtera raudah .
Hidup ini sebagai sebuah pelayaran.Intro lagu ini sedap tapi kemudian irama menjadi kurang sedap . Seperti yang M nasir katakan lagu ini ialah mengenai perjuangan. Apa yang menarik dalam lagu ini ialah senikata " kerja rumah harus disiapkan dulu." - untuk berjuang kerja anda mesti selamat dulu .

Lagu : Destinasi : Eterniti .
Lagu ini berentak perlahan namun masih moden . Eterniti bermaksud tidak berkesudahan atau tidak berpenghujung dan itu adalah hakikat ciptaan dan Tuhan . Sememangnya ini lagu tasauf . Hakikat bahawa masa sebenarnya tidak akan berakhir terucap dalam rangkap : "masa hanya gagasan" bermaksud pergerakan masa hanya persepsi manusia .

Lagu : Segala dambaan
Dambaan bermaksud keinginan , kemahuan iaitu hakikat diri manusia . Segala keinginan manusia asalnya diberi oleh tuhan dengan segala sebab dan rahsia nya . Sebab itulah didalam lirik lagu ini terdapat doa dengan rangkap yang bermula dengan perkataan "kau perhatikan perjalanan ku" .

Lagu : Apa lagi ?
Lagu "Apa lagi" ialah lagu tentang pandangan Nasir tentang dunia semasa , tentang perang yang berlaku di dunia sekarang . Taraf lagu ini ialah sama dengan lagu "bukalah hati mu" dalam album Canggung Mendonan . Kejadian kejadian buruk yang berlaku didunia ada yang disebabkan sikap kita sendiri dan ada yang disebabkan sikap orang lain . Dalam lagu "bukalah hatimu" M nasir meminta kita supaya jangan hanya menyalahkan orang lain sahaja dan itu memang benar tapi dalam lagu ini M nasir juga perlu marah pada orang lain juga kerana dalam drama hidup ada ramai pelakonnya .

lagu : balada seorang teman .

Lirik lagu ini sungguh panjang dan lagu ini tentu sungguh bermakna . Lagu ini memang menceritakan tentang seseorang , mungkin rakan M nasir sendiri . Rangkap yang bermula dengan "Apalah pasir menjadi kaca..........................hingga .......yang meminum air" mempunyai ilmu yang tersirat dan mempunyai nilai seni yang tinggi .

Didalam lagu ini ada perkataan mawar . Didunia mawar adalah lambang ilmu peringkat tinggi , hujan mawar bermaksud turunnya ilmu peringkat tinggi atau ilmu yang banyak kesannya kapada kehidupan manusia .
Pelangi adalah suatu fenomena yang menarik minat orang falsafah dan tasauf atau orang seperti M Nasir kerana ianya ada walaupun seperti tiada - ringkasnya ia ada pada orang atau mata yang melihat .
Keadaan hidup anda dan keadaan dunia ini tidak menjadi yang lebih baik seperti yang anda inginkan kerana anda hanya watak dalam sebuah cerita . Cerita yang anda inginkan tidak akan menjadi kerana ada watak watak lain dalam cerita yang lebih besar . Walaupun kadang kadang terjadi keaadan yang di luar jangkaan anda dunia ini bergerak dan apa yang berlaku adalah mengikut hukum sebab-akibat maka nama cerita didunia ialah " hukum sebab akibat yang berpanjangan" . Cerita ini bukan bermula dari datuk atau nenek anda tapi dari zaman nabi Adam - sebab itu nama cerita hidup ini ialah " hukum sebab akibat yang berpanjangan" . Anda lah yang akan bertindak setelah membaca karangan saya ini . Sama ada mahu memberinya kapada orang lain atau tidak . Apapun tindakan anda saya redha kerana saya tahu hukum sebab akibat itu di cipta oleh tuhan jua . Namun terdapat perbezaan diantara 2 hukum sebab - akibat - satu ialah hukum alam - hukum kejadian dan yang kedua ialah lumrah alam - sikap manusia yang lazim . Sementara hukum alam mungkin adil , lumrah alam pula selalu nya tidak adil .

Kredit to Kapten hassan ( salah seorang peminat M.Nasir )

Wednesday, November 5, 2008

Presiden Kulit Hitam Amreika


Barrack Obama

Senator parti Demokrat dari Illinois, menewaskan lawannya dari parti Republikan, Senator John McCain dari Arizona, untuk menjadi presiden ke-44 Amerika Syarikat hari ini. Berikut adalah latarbelakang yang anda perlu tahu tentang Obama :

Born: August 4, 1961 (Hawaii)
Lives in: Chicago, Illinois
Zodiac Sign: Leo
Height: 6′ 1″ (1.87m)
Family: Married wife Michelle in 1992, 2 daughters Malia and Sasha
Parents: Barack Obama, Sr. (from Kenya) and Ann Dunham (from Kansas)
Religion: United Church of Christ
Drives a: Ford Escape hybrid, Chrysler 300C
Education:
- Graduated: Columbia University (1983) - Major: Political Science
- Law Degree from Harvard (1991) - Major: J.D. - Magna Cum Laude
- Attended: Occidental College
Career: U.S. Senator from Illinois sworn in January 4, 2005
Government Committees:
- Health, Education, Labor and Pensions Committee
- Foreign Relations Committee
- Veterans Affairs Committee
- 2005 and 2006: served on the Environment and Public Works Committee
Books:
- Dreams From My Father: A Story of Race and Inheritance (1995)
- The Audacity of Hope: Thoughts on Reclaiming the American Dream (2006)
- It Takes a Nation: How Strangers Became Family in the Wake of Hurricane Katrina (2006)


Ramailah antara penduduk di dunia yang berharap agar Presiden baru Amerika dapat mengubah persepsi penduduk dunia tentang Amerika Syarikat. Sememangnya Amerika memang mempengaruhi daripada segala sektor tentang perkembangan dunia pada masa kini. Sehingga keadaan ekonomi yang merundum melanda di seluruh dunia sekarang juga disebabkan ketidak stabilan ekonomi ekonomi Amerika. Jadi dengan kehadiran Presiden yang baru ni yang sememangnya lain dari segala segi termasuk warna badannya dapat mengubah pandangan masyarakat dunia tentang Amerika Syarikat.

Obama terpaksa memutihkan kembali Amerika setelah ditinggakan oleh Presiden Bush yang memang telah banyak merosakkan imej negara Amerika Syarikat sehingga beliau sendiri tidak disenangi oleh rakyat negara mereka. Kita berharap agar Obama dapat menghentikan segala peperangan yang telah dicetus oleh Presiden terdahulu khususnya di negara Iraq, Iran dan Afghanistan. Semestinya kita berharap agar Obama dapat memulihkan kembali hubungan diantara Amerika dengan negara Islam yang telah dimusuhi oleh Presiden Bush.

Semoga Presiden Obama dapat mengembalikan Amerika disegani di se;uruh dunia dan menjadi seorang pemimpin yang berkaliber..

Perjalanan Hidup




Aku yang masih di perjalanan hidup ini
Begitu lama berlegar di persimpangan dunia
Menempuh jarak dan titian
Rimba dan lautan
Mencari sesuatu yang abadi

Aku yang masih di perhentian hidup ini
Begitu jauh mengembara ke serata dunia
Mengejar siang dan malam
Surut dan pasang
Mencari sesuatu kebebasan
Mencari sesuatu kedamaian

Di mana berakhirnya perjalanan ku ini
Esok dan lusa bukan milikku
Oh Tuhanku
Lindungilah hambamu yang hina ini
Aku setia hanya padamu
Oh Tuhanku

Lagu : Ramli Sarip
Lirik : Dr. Wan Zawawi

Antara lagu papa rock yang menjadi kegemaran aku.. Sungguh mengasyikkan lagu ini... Antara karya yang terbaik pernah dihasilkan hasil kerja seni anak melayu kita..

Tuesday, November 4, 2008

Saifullah @ Pedang Allah


Khalid Al-Walid

Khalid bin Walid bin Al-Mughirah bin Abdullah bin Umar bin Makhzum bin Yaqzah bin Marrah Al-Mahzumi adalah panglima tentera Islam terulung yang memberikan banyak sumbangan kepada penyebaran syiar Islam. Moyangnya bernama Marrah dan bertemu nasabnya
( keturunannya ) dengan Nabi Muhammad SAW dan Khalifah Abu Bakar As-Sidiq. Dalam erti kata lain, Nabi Muhammad SAW, Khalifah Abu Bakar As-Sidiq dan Khalid Al-Walid berasal daripada keluarga yang sama.

Khalid dilahirkan dalam keluarga yang dihormati kerana bapanya Walid bin Al-Mughirah adalah pemimpin Quraisy yang dihormati oleh kaumnya. Walid terkenal dengan kekayaan dan sifat pemurahnya sehingga mendapat gelaran Adil Wahid atau orang pemurah nombor satu. Ibu Khalid bernama Lubabah Al-Sughra. Lubabah adalah anak perempuan Haris, pemimpin Quraisy yang dihormati. Dia juga merupakan adik kepada Maimunah, isteri Nabi Muhammad SAW.

Sejak kecik Khalid ini sudah dilatih menjadi seorang pahlwan yang cekap. Selain cekap menunggang kuda, dia seorang yang mahir menggunakan senjata. Dia disegani dan dihormati kerana kemahirannya itu. Ketika usianya masih muda, Khalid sudah diberi tanggungjawab sebagai Ketua yang memimpin pasukan tentera berkuda Quraisy.

Khalid menunjukkan kecekapannya memimpin pasukan tentera berkuda Quraisy dalam perang Uhud yang berlaku pada tahun 3 Hijrah. Dengan kepintarannya pasukan tentera berkuda Quraisy berjaya mengalahkan tentera Silam dalam perang Uhud dan terus memusuhi Islam sehingga tahun 6 Hijrah.

Pada suatu hari, ayah Khalid iaitu Walid masuk ke dalam Masjidil Haram. Ketika itu, Rasulullah SAW sedang mengaji Al-Quran. Walid menghampiri baginda lalu mendengar apa yang dibaca oleh baginda. Menyedari akan tingkah laku Walid itu, baginda Rasulullah SAW sengaja menguatkan lagi bacaannya itu bagi didengar oleh Walid dengan lebih jelas. Kemudian Walid keluar dari Masjidil Haram lalu berkata kepada orang ramai.

" Demi Tuhan, sesungguhnya saya sudah mendengar apa yang dibaca oleh Muhammad. Ia bukan perkataan manusia ataupun jin. Demi Tuhan, bahasanya sangat indah dan tiada yang dapat mengatasinya".


Peristiwa itu amat berkesan di hati Khalid. Pada suatu hari Khalid berkata kepada kaumnya

" sudah jelas dan terang bagi mereka yang mempunyai akal yang sempurna bahawa Muhammad itu bukan ahli sihir ataupun tukang syair. Apa yang dibacanya itu memang wahyu daripada Allah SWT dan menjadi kewajipan kepada mereka yang berakal sihat mengikutinya".


Selepas memeluk Islam, Khalid dilantik menjadi panglima perang dan mendapat gelaran Saifullah atau pehlawan Pedang Allah. Ketika beliau baru memeluk Islam , beliau telah pergi di hadapan Kaabah dan berkata kepada kaumnya bahawa beliau mengaku bahawa Muhammad itu Rasul Allah dan agama Islam yang di ikutinya adalah benar. Ini menimbulkan kemarahan dikalangan kaum-kaumnya termasuklah yang paling marah adalah Abu Lahab. Namun, tiada siapa yang berani berkata-kata dan menghalang kehendak Khalid. Di saat itu, Khalid memang terkenal dengan keperkasaannya dan tiada siapa yang dapat menghalangnya. Jadi sejak pada hari itu, Khalid adalah pengikut Rasulullah SAW yang paling setia dan sentiasa berperang demi menegakkan syiar Islam.

Khalid Al-Walid telah menyertai 50 peperangan dan memperolehi kemenangan dalam semua peperangan itu dan terus menjadi panglima perang sehingga Khalifah Abu bakar As-Sidiq meninggal dunia. Apabila Umar Al-Khatab menjadi khalifah, jawatan beliau telah dilucutkan dan digantikan dengan Abu Ubaidah bin Jarrah.

Pada tahun ke 21 Hijrah, panglima Khalid Al- Walid telah meninggal dunia pada usianya 58 tahun. Dia meninggal dunia di Himsya dan dikelilingi oleh sahabat2 sejati beliau. Antara kata-kata terakhir beliau :

" Saya mahu mati syahid. Disebabkan itulah saya menyertai semua peperangan yang melibatkan tentera Islam. Di tubuh saya ini penuh dengan parut2 luka akibat senjata musuh tetapi saya masih hidup. Impian saya mahu gugur syahid tapi tidak tercapai. Akhirnya saya mati di atas katil. Hanya orang pengecut sahaja yang mati di atas katil. "

Khalifah Abu Bakar pernah berkata :

" tidak ada lagi ibu yang dapat melahirkan anak seperti Khalid Al-Walid. Hanya tuan seorang yang mendapat gelaran pahlawan Pedang Allah daripada baginda Rasullulah SAW. "

George , Panglima Rome pernah berakta :

" Wahai Khalid, hendaklah kamu berkata benar kerana setiap orang yang merdeka tidak berbohong. Apakah benar Tuhanmu menurunkan kepada nabimu sebilah pedang dari langit lalu diberikan kepadamu dan apabila dihayunkan kepada seseorang pasti dia kalah. "



-----------------------------------------------------------------------------------------

Secara ringkasnya kisah Pahlawan Terbilang Islam iaitu Khalid Al-Walid. Sumber daripada buku " Khalid Memburu Syahid " hasil nukilan Abdul Latip Talib. Semoga roh Khalid Al-Walid dicucuri rohnya oleh Yang Maha Esa.. Aminn...

Monday, October 27, 2008

Datuk Sheila Majid..


Tahniah kepada Sheila Majid yang baru dianugerahkan pangkat Datuk daripada baginda Sultan Pahang.. Pada aku patutnya dulu lagi Sheila Majid ni dah dapat Datuk.. bukan sekarang ni.. Nama dia bukan setakat terkenal kat Malaysia malah di beberapa negara Asia seperti Jepu, Indonesia dan Singapura.. Dia dah lama bawa nama Malaysia terkenal di serata Asia di zaman kegemilangan beliau tapi baru sekarang dapat pengiktirafan.. Anugerah AIM pun belum dapat lagi.. Aku rasa dah boleh bagi dia banyak pengiktirafan from our local industry..

Aku teringat masa aku pergi Bali pada tahun lepas.. Ketika masuk ke satu kedai di pekan Ubud.. Aku terdengar lagu Tommy J.Pisa yang popular.. Apa nama lagu tu aku dah lupala tapi top gak la kat Malaysia ni.. Bapak aku la yang kenal kan Tommy J Pisa ni.. so aku pun menyanyi la lagu tu and minah indon tu terperanjat gak dengar aku nyanyi lagu tu sebab tak semua orang tau lagu tu.. Then, dia tanya aku dari mana, aku terus cakap aku dari Malaysia.. terus dia cakap negara Siti Nurhaliza.. memang nama Siti kat sana cukup terkenal.. Aku tanya minah Indon tu lagi sape artis Malaysia yang diorang kenal.. nama kedua yang minah tu sebut Sheila Majid.. and Sheila Majid memang terkenal satu masa dahulu sama macam Siti sekarang.. Sememangnya nama Sheila Majid memang gah satu masa dulu kat Indonesia.. tu baru kat Pulau Bali belum kat Jakarta.. Minah tu cakap Sheila Majid top dulu kat sana then baru masuk Search dengan lagu Isabela dan Fantasia Bulan Madu.. tapi yang start Sheila Majid dengan lagu Sinaran and Antara Anyer dan Jakarta.. Dia juga yang start buat Konsert di Jepun yang mendapat sambutan yang baik dari orang sana..

Muzik yang di bawa Sheila Majid memang agak sukar diterima masyarakat kita pada masa dulu. Mungkin sebab time tu masih lagi zaman lagu2 rock baru nak masuk.. tapi disebabkan dia seorang sahaja yang buat lagu Jazz and R&B tu yang buat dia ada follower dia sendiri sehingga ke hari ini.. Dia dianuerahkan suara yang baik.. wajah yang comel.. membuat kan dia menjadi satu pakej yang menarik untuk terkenal satu masa dulu.. Dengan ditambah lagu2 dari komposer2 yang hebat serta muzik arranger yang baik dari Roslan Aziz sememangnya menjadi ramuan yang terbaik untuk Sheila Majid menjadi terkenal dulu.. Konsert2nya pun habis pukul rata kalau kat dalam Malaysia.. Ingat lagi Konsert Ikhlas kat stadium merdeka yang melimpah2 orang datang.. Time tu Afdlin Shauki pun belum top lagi.. Zainal Abidin dengan jeans lipat bawah dengan t-shirt putih.. One of the best konsert yang aku pernah tengok.. Konsert Lagendanya pun menusuk ramai penonton yang pergi tengok.. Time tu aku masih lagi sekolah rendah so tak berapa reti nak appreciate konsert2 ni.. tau nak main bola je time tu.. tapi nasib baik mak cik aku ada tape konsert2 dia.. so bila dah pandai sikit barula aku tengok konsert2 Sheila Majid ni..

So.. Congratulation Datuk Sheila Majid !! baru semalam aku tengok DS1 Sheila Majid.. Memang best.. Sheila Majid still Ratu Jazz Malaysia and one of the best performer yang tiada tolok bandingannya.. Semoga terus berkarya dan selamat dunia dan akhirat..

Lagu- lagu Sheila Majid yang menjadi pilihan aku :

  • Sinaran
  • Antara Anyer dan Jakarta
  • Aku Cinta Padamu
  • Lagenda
  • Tua Sebelum Waktunya
  • Dia
  • Warna
  • Ku mohon
dan banyak lagu lagi...

Sunday, October 26, 2008

Lam wau Lam Wau Kaf = LOLOQ



ADUH SALEHA // Rintihan ku kepada orang-orang yang soleh dan solehah

Mana rayuanku hendak ku sampaikan
// Bagaimana mungkin ku hendak sampaikan kata-kata nasihat
rindu berahiku pada kasih yang jauh
// Aku amat mendambakan kasih Tuhan tetapi aku masih jauh dari-Nya
jauh bukan jarak dan tempat
// bukan jauh jarak atau di mana aku berada
jauh nama dan pangkat // tapi jauh dari segi amalan ku dan kedudukanku di sisi-Nya

Mana penggantimu hendak ku dakapkan
// Di mana aku hendak mencari penggantimu untuk ku bergantung
dendam asmaraku pada cinta yang luruh
// Aku inginkan cinta yang menyerahkan sepenuh jiwa dan jasad
luruh bukan daun dan bunga
// Bukan menyerahkan harta dan wang ringgit
luruh jiwa dan badan
// tetapi menyerahkan seluruh jiwa dan jasad
Bertahun ku sandar percaya
// Sudah lama kita menjadi seorang muslim dan mengamalkan suruhan-Nya

(adakah ia hanya disandar bukan dikandar?)
tak mungkin padam cahaya
// dan kasih dan cinta Tuhan tidak akan terhenti terhadap hamba-Nya
cintamu bagai rembulan // Kasih sayang para solihin dan solehah sesama mukmin sentiasa terpancar dan ada
hilang dipandangan kala langit dilindung awan
// Namun, kekadang terlindung juga apabila ada yang menghalang (atau kita sendiri yang tidak mahu menerima)

Aduh mahkota terhempas
// Kekuasaan kita sebenarnya hampir musnah, raja-raja hilang kuasa, maruah anak-anak bangsa tiada (zina, maksiat dan hedoisme berleluasa)
barulah ku sedar, yang ku sangkakan intan oh hanyalah kaca
// Barulah kita perasan apa yang kita sangkakan baik selama ini adalah sebaliknya
Sesudah berdarah barulah ku sedar
// Apabila mengalaminya sendiri dan mendapat bala/musibah baru kita tersedar dari angan
jiwa ku tercalar ohhh.. sakitnya bukan kepalang
// Akhirnya jiwa kita tersiksa dan hati semakin gelap tanpa pedoman

Kau biarkan aku sendiri menderita susah - nasib hidupku saliha
// Orang-orang yang soleh dan solehah semakin jauh dari kita (kita yang menjadikanya begitu, bukan ?) Hidup kita susah (jiwa yang muflis) walaupun senang (harta bertimbun tanpa berkat)
Kau biarkan aku sendiri melewati sepi - dalam hidupku saliha
// Kita sudah kesepian kerana meninggalkan nasihat dan kata-kata orang-orang yang soleh
kau biarkan aku sendiri meratapi nasib - dalam derita saliha
// Akhirnya kita terpaksa meratapi nasib kita yang penuh derita buatan kita sendiri
ohh......... saliha
// Tolonglah aku orang-orang yang soleh


Aku terpanggil nak bercerita sedikit tentang salah seorang insan muzik yang aku tabik and respek.. tak lain tak bukan Allahyarham Rosli Khamis @ Loloq. Sape yang tak kenal Loloq ni.. Kalau sape yang terlibat dalam industri muzik ni mesti kenla dengan Loloq dan mengenali hati budi beliau. Walaupun aku tak pernah bercakap dengan dia cuma pernah beberapa kali terserempak tapi daripada cerita2 yang aku baca sememangnya dapat merumuskan yang Loloq seorang insan istimewa yang menjadi idola di dalam industri muzik ini khususnya dalam bidang penulisan lirik..

Bermula dengan sebagai pengikut setia M.Nasir suatu masa dahulu sehinggakan M.Nasir menyuruhnya mengurung beliau didalam studio dan menyuruhnya menulis lirik.. Sesungguhnya M.Nasir sudah tau akan kebolehan Loloq ni tapi masih belum di ketengahkan bakatnya.. dan hasilnya dalam satu malam Loloq berjaya menghasilkan lebih kurang 5 buah lagu yang ada diantaranya yang popular sehingga ke hari ini.. ( diceritakan oleh arwah sendiri dalam satu rancangan tv suatu masa dahulu ) Antara lagu2 yang dihasilkan ialah Mentera Semerah Padi, Apokalips, Gelora Cintaku, Keroncong Nostradamus dan lain-lain lagi..

' Aku disini bagai si helang, mabuk kepayang pulang petang, bersua cenderawasih kayangan, melayang songsang di awan ' - Keroncong Nostradamus

Terlalu banyak lirik2 lagu yang dihasilkan oleh beliau yang sungguh bermakna dan menikam kalbu. Aku rasa banyak jugak lirik2 lagu dia yang membuatkan aku nak buka buku dan cari maksudnya. Lagu Andalusia salah satunya.. sebelum ini aku tak pernah tahu apa itu Andalusia.. tapi setelah mendengar lirik lagu beliau disulam irama padang pasir oleh M.Nasir membuatkan aku ingin mengenal lebih dekat tentang bumu Al-Hambra ini.. Lagu Kias Fansuri juga meninggalkan kesan dalam hidupku.. Kisah Nabi Yusof dan Siti Zulaikha yang tak pernah aku ketahui bahawa hebatnya cinta agung diantara mereka sehingga aku mengkaji sendiri lagu Kias Fansuri itu..

' Tak sia-sia azam Zulaikha, bisa cermin mengintai jiwa, Tak sia-sia mimpi Zulaikha, bisa jadi lorong insan bercinta' - Kias Fansuri

Sememangnya kimia diantara M.Nasir dan Loloq tak dapt dipertikaikan lagi. Keakraban mereka yang ibarat isi dan kulit membuatkan hasil kerja mereka seperti satu masterpiece yang kekal abadi. Aku bukan nak bias kepada penulis2 lirik yang lain tapi dia ni banyak buat aku berfikir tentang kehidupan and ketuhanan. Banyak lirik2 lagu dia yang buatkan aku nak buka buku. Biasala aku ni paling malas nk baca buku.. tapi lirik2 dia boleh membuatkan aku nak buka buku.

Antara lirik2 lagu nukilan beliau yang membuatkan aku terpesona
  • Bonda
  • Mentera Semerah Padi
  • Ghazal Untuk Rabiah
  • Apokalips
  • Langgam Pak Dogo
  • Keroncong Nostradamus
  • Awan Yang Terpilu
  • Aduh Saleha
  • Suralaya Dalam D Major
dan banyak lagi lirik2 beliau..

Semoga roh beliau sentiasa dicucuri rahamt oleh Yang Maha Esa.. Agar rohnya berada bersama para solihin.. Amin..

Al - Fatihah..

Saturday, October 25, 2008

Malaysian Football

Aku baru lepas tengok Pestabola Merdeka tadi.. Malaysia kalah penalti dengan Vietnam.. Soalnya sekarang, aku masih belum nampak perubahan dalam game Malaysia sejak beberapa tahun yang lalu.. Sebelum aku tengok so tak game Malaysia , aku tengok dulu game Man U dengan Everton.. Memang la tak boleh nak beza dengan diorangnye standard tapi terlalu sedih la nak tengok game Malaysia.. Aku tak tau camne nak cakap.. terlalu menyedihkan.. Kerajaan dah habis berjuta Ringgit yang kebanyakkannye duit cukai kita untuk diorang ni main bola saje.. tapi apa yang kita dapat.. HARAMM menyakitkan mata.. Kalau setakat kalahkan team yang tengah perang macaam Afghanistan tu takkkan nak dibanggakan sangat.. Walaupun kapten Malaysia tu kawan aku tapi aku pun tak boleh nak bias kata dia bagus.. Senang cakap camni la.. Player2 Malaysia ni semuanye lembik .. Macam takde sporting spirit.. Very slow.. cuma aku tengok Safee Sali tu boleh main.. ada skill and ada power tu shoot.. Kualiti dah ada tapi kena brush up lagi.. Main bola ni adalah team game bukan individual game.. so tak boleh nak harapkan dia sorang jer..

Dalam negara Malaysia ni ada dekat 30 juta penduduk.. Mustahil takde sorang pun yang boleh sepak macam Beckham, skillful macam Ronaldinho, kebal macam John Terry, setangkas Petr Cech.. mesti ada.. Aku rasa senang jer nak kembalikan balik game Malaysia macam zaman Zainal and Dollah dulu.. First sekali, rombak balik FAM.. Letakkan orang yang sepatutnya untuk menguruskan FAM.. and kalau boleh carikla coach yang lebih bertauliah lagi..

Enuff said about all this shit.. dah banyak orang luar memekak and memekik.. tapi samanya.. naik menyampah...Apalagi nak cakap.. Haa lagi satu.. Stesen TV tu apa salah nya tanyang balik game2 dulu masa zaman Mokhtar Dahari sampai ke zaman Zainal dan Dollah kalau nak tarik balik perhatian penduduk Malaysia ni tengok bola Malaysia balikk..

' Majulah Sukan Untuk Negara '

Wednesday, October 22, 2008

Alhamdulillah...

Disaat waktu berhenti…kosong
Dimensi membutakan mata,memekakkan telinga
Lalu diri menjadi hampa
Saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
Sadarku akan hadirmu,mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

Ult li albi bissaraha (I’m opening up my heart with honesty)
Hayya nab’idil karaha (Let’s avoid the hated and hatred)
Syakkireena a’ kulli ni’ma (Let’s remain thankful with what we have)
Ba’ ideena anil fattana (Let’s avoid all lies and sins)

Merenungi luar jendela,mengagumi kebesaran yang Maha Esa
Ku menilai kehidupan dari sudut berbeza
Tak memadai hanya kecapi rasa selesa
Maukan harta yang mampu beli 1 semesta
Berpesta ke pagi botol bergelimpangan
Kekasih muda bukan takat berpegang tangan
Harta dan jamuan nafsu tidak berkekalan
Bila menjelang tua bukan itu jadi bekalan
Dan jangan puisi ini disalah tafsir pula
Bukan berkhutbah cuma betuli diri jua
Ingin hidup sempurna aset nilai berjuta,
saling tukar wanita,senyum dan mati tua
Bakat dikurnia jangan disalah guna
Jangan kufur nikmat yang diberi percuma
Guna kelebihan untuk hikmah bersama
Jagalah nama hidup penuh pementasan dan drama
Ada berisi ada yang kurus,ada melencong ada yang lurus bukan semuanya tulus
ada sempuna ada kurang upaya ada yang jadi buta hanya bila sudah kaya
Sebesar rumah bermula dengan sekecil bata,boleh hilang dalam sekelip mata
Ucaplah alhamdulillah bukannya sukar, kerna semana kaya atau besar
Tetap Allahuakbar!!!

Jadikanlah ku tentera Fisabilillah yang tertera di kalimah harap memanduilah
Entah apabila persimpangan tiba,hidup penuh rintangan harus kuhadapinya
Harapku tidak terlupa diri bila gembira,dan cuma mula mencari kau disaat hiba
Ku cuma manusia penuh dengan kesilapan tapi bisa membezakan cahaya dan kegelapan
Tabah bila dihalangan duri onak dan cobaan
Teguh bila dicobakan keruh kuasa dan perempuan
Sentiasa legar diminda,dikejar dan dipinta dari zaman bermula hingga ke akhirnya
Ku mengerti siapa ku tanpamu disisi dan apa guna posesi juga posisi
Sementara ini cuma hanya puisi,nukilan tulisan dan bisikan isi hati
Mencari keterangan,menjiwai peranan menepati pesanan janji juga saranan
Alhamdulillah atas kurniaan rezeki,moga tidak terleka dalam perjalanan ini

Aku yang memandang di dalam lubuk hati,mencari-cari zat rahsia yang katanya tersembunyi
Aku yang melihat alam meliputi wujud menyertai lalu ku pindahkan alam ke dalam mata hati
Aku hakiki,aku mengerti segala yang terjadi di langit dan di bumi
Gunanya tiada fantasi, pelik dan benar,qada’ dan qadar kau berilah ku kekuatan
Agar dapat ku hindarkan segala kesesatan
Usah kau biar nafsuku terliur dari pandangan majazi ini,
aku yang hodoh lagi hina amat benar merindui
Moga cahaya lailatul tak membutakan mataku,semoga segala puji tak ku meninggi diri
Moga segala janji dapat juga ku penuhi,moga dapatku hadapi tikaman dari belakang
Lidah setajam pisau, ku tidak akan risau dengan dugaan cabaran sepanjang perjalanan
Ku pasrah ku akur 7,8,6 Alhamdulillah Syukur…

Sujudku pun takkan memuaskan inginku
‘tuk hanturkan* sembah sedalam kalbu
Adapun kusembahkan syukur padamu ya Allah
Untuk nama,harta dan keluarga yang mencinta
Dan perjalanan yang sejauh ini tertempa
Alhamdulillah pilihan dan kesempatan
Yang membuat hamba mengerti lebih baik makna diri
Semua lebih berarti akan mudah dihayati
Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah...

Thursday, October 16, 2008

Berikan Nurbisa...

Sudah lama dia berjalan dibawah panas terik mentari.. Mencari sesuatu yang abadi.. Namun makin jauh dengan cahaya mentari makin besar bayang2 dirinya... Sekarang tibalah masanya untuk dia mengejar cahaya yang hakiki supaya bayang-bayang dirinya berada di bawah tapak kakinya.. Apakah dia bboleh melakukannya ?? Dia tetap mencuba dengan apa daya sekalipun..teringat peristiwa Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail a.s yang mencari air di tengah padang pasir..

Sudah puas dia berjalan di tengah kota yang penuh warna warni.. Kehidupan yang tiada henti dan penghujung selagi belum ditiup seruling sakti..Kononnya melepaskan keresahan dengan mencari ketenangan.. Dia sedar tentang kekarutan semua itu tetapi dia adalah manusia dan tetap manusia. Dia berharap dapat meninggalkan jauh segala kekalutan yang bersemadi dalam dirinya.. Demi mengejar cita-citanya yang satu.. Satu yang pasti kekal abadi selamanya..

Sudah puas dia dilanda asmara.. Mencari kasih sejati tak kunjung tiba..Dia tahu bahawa kekasihnya sedang menanti di hujung dunia tetapi terlalu banyak halangan yang perlu di tempuh untuk menggapai segala impiannya.. Terlalu besar pengorbanan yang perlu di redah.. Apakan daya cinta sang Arjuna bukanlah omong kosong tetapi sememangnya ingin ditawan hati yang telah terpaut dengan apa cara sekalipun..Berkat rahmat dari langit dan sujudnya pada yang SATU, pastinya akan sampai jua ke cahaya yang terang benderang...

Sudah sampainya untuk dia meneruskan hidup di dunia yang penuh dengan ranjau yang berduri yang pasti mencari mangsanya.. Dia rasakan yang dia bersendirian tetapi masih terasa di hatinya ada tersemat sinar-sinar yang masih ada di hatinya.. Itulah yang membuatkan dia terus berdendang walaupun di dalam tangisan..

Hidupnya masih belum selesai.. Dia takkan berhenti mengangkat tangan dan menung di langit..

Tuesday, October 7, 2008

Sentuhan Listrikmu....


Bisakah aku bertanya padamu
Dari mana datang sayang ini
Dari redup matamu
Atau bisikan mesra

Adakah kerna sentuhan listrikmu
Membuat ku terus berjanji
Hati ini hanya untukmu saja

Sentuhanmu bukan datang dari
Dunia materi
Terasa ini pernah mengusikku
Bagai de javu

Ku rindu sentuhanmu
Ku damba sentuhanmu
Tiada lain yang ku inginkan
Hanyalah
Hanya sentuhanmu

Di Balik Cermin Mimpi..


Assalammualaikum....

Hari raya sudah berlalu... Hari ni dah masuk hari ke 7 kita menyambut Aidilfitri.. Di sebalik kemeriahan yang disambut oleh mereka yang bergembira menikmatinya , jangan lupa pasti ada hati yang berduka ketika menyambutnya. Kita mestilah sentiasa bersyukur diatas segala pemberianNYA.

Bosan, sangap, serabut... kepala hotak penuh kabut.. macam sampan dilanda ribut.. aku masih menanggung pada hati yang dah terpaut.. membuatkan aku hidup seperti seorang badut..

Arrghhhh.... Arghhh ... Arghhhh...

Tak tau kat mana nak lepaskan .. Rasa macam nak lari laju-laju sambil menjerit sekuat hati sampai terkeluar anak tekak.. walaupun tak menyelesaikan apa yang menyerabutkan kepala hotak aku ni.. janji aku dapat release sikit..

Macam mana aku nk selesaikan masalah yang sukar diselesaikan ?? Jawapan yang masih di awang-awangan.. dan aku tidak sabar menanti jawapan.. Apa harus aku buat ?? Bermacam-macam perasaan dan mainan yang bermain dalam kepala hotak aku.. dan ada yang setan sial ni yang mengacau..

InsyaAllah.. Aku masih menanti jawapan yang pasti... Aku masih berdoa menantikan jawapan.. Hanya KAU yang mampu merealisasikan impian ku.. dan aku percaya DIAlah YANG MAHA AGUNG !! Tiada lain yang disembah melainkan ALLAH...

Amin...

Monday, September 29, 2008

Jiwa

Makin dekat raya makin kuat jantung aku berdegup.. Arghh... apsal ni ? ntahla... tension aku !! Perasaan yang sering tenggelam timbul ni yang abuat aku rimas..tak boleh nak controll... Lama2 boleh jadi gile dibuatnyer.. semak, sempit, semput, serabut adalah perkataan yang sesuai aku gambar kan persaan hati aku sekarang ni.. huh..Namun, aku sering bercakap dengan diri aku sendiri bahawa ada orang yang lebih susah dan sakit dari aku.. Ya, itulah ungkapan yang sering aku pegang untuk meneutralkan aku balikk..

Bilakah akan berakhir episod ni ?? Aku sentiasa mendoakan bak kata mat saleh ' happy ending '..

InsyaAllah...

Sunday, September 28, 2008

Satu Hari Di Hari Raya....



Salam Dunia...

Assalammualaikum...

Selamat Hari Raya kepada yang membaca blog aku ni.. Ramadhan akan berlalu beberapa hari saja lagi.. Arghh.. Akan ku rindui Ramadhan tahun ni.. Alhamdulillah.. Ramadhan tahun ni adalah yang terbaik sepanjang hidupku.. Syukurku kepada Allah Yang SATU.. AKu berdoa agar tahun2 akan datang aku terus menantikan bulan Ramadhan yang penuh dengan rahmat dariNYA..

Terlalu banyak ingin diceritakan di dalam blog ini setelah aku tidak rajin lagi bercerita dan berkongsi di laman blog. Insya Allah, jika tahap kerajinan datang memuncak pasti aku ingin berkongsi beberapa pengalaman tentang diri aku..

Hari Raya tahun ini mungkin tidak sehappy tahun2 sebelum ini.. Ketidak tenteraman jiwa yang kacau membuatkan aku tak beberapa feel raya tahun ni.. Cuma sesekali terdengar lagu2 favourite raya aku yang mengetuk aku dari lena yang hari raya makin hampir.. Pelbagai dugaan yang telah diduga kepadaku sepanjang beberapa bulan yang lepas benar2 membuatkan aku sedar tentang siapa diriku sebenarnya.. " Tiada TuhanYang Disembah Melainkan Allah.. " .. Aku redha diatas segala dugaan dan kesulitan yang telah diberikan olehNYA kepada ku.. ALhamdulillah, Aku tetap bersyukur diatas segala dugaaNYA.. Mungkin ada rahmat yang akan disebaliknya " Allahualam ".. AKu berdoa agar aku tidak dijauhkan dari NYA dan sentiasa bersamaNYA.. Sememangnya jiwa ku tidak tenteram sejak kebelakangan ini dan sering dalam keresahan.. Namun, disebalik keresahan ini masih ada sinar cahaya yang sering menerangi diriku ini.. Kita yang mencari cahaya itu.. Sesungguhnya cahaya itu ada dan kita yang tidak mencari dan mengejar cahaya itu.. Ahh.. kita ni memang lupa dan sombong.. Dan di ketuk baru sedar.. Tangisan kudus yang bisa membantu kita meminta kepadaNYA.. Janganlah kita sering hidup dibayangi bayang2 yang dan ingatlah bahawa bayang2 itu pasti akan berada dibwah kita jika kita dekat dengan cahaya itu.. :)

Kepada semua Muslimin dan Muslimah Selamat Menyambut Hari Lebaran Dan Ampun maaf dipinta diatas segala kesalahan dan kesilapan..

Semoga Lebaran anda di penuhi dengan kasih sayang di antara satu sama lain dan berbahagia di samping yang di cintai..

Ingatlah bahawa masih di atas bumiNYA penuh dengan drama dan tiada yang nyata selain ' Hari yang pasti akan tiba "..

Selamat Hari Raya...
" Satu Hari di hari raya, ku lihat wajah suci ibuku, ku lihat wajah kasih ayahku, ku gembira... Mungkin ini lah dia kebahagiaan.. "

Thursday, September 25, 2008

Salam Algojo...


Assalammualaikum...

Baru nak start balik blogging.. will update more post later..
Today not really in a mood to start anything..

Selamat Berpuasa di bulan yang mulia ini..

'Allahumma lakasumtu wabika amantu wa'ala rizkika aftartu birahmatikaya arhamarahimin... '

amin..

Masa