Friday, November 7, 2008

Kepada Sang Pencinta...



Blog kali ini aku ingin mengulas balik lagu-lagu yang terdapat didalam album sifu M.Nasir dan serba sedikit maksud di sebalik lagu-lagu yang terdapat di dalam album baru beliau.. Mungkin kita boleh berfikir sejenak tentang apa yang ingin disampaikan oleh M.Nasir di dalam beliau ini.. Sebenarnya lagu-lagu dalam album M.Nasir yang terdahulu memang banyak maksud yang tersirat yang penuh dengan isi-isi yang memberi tunjuk ajar kita tentang dunia sebenarnya..

Lagu : Juwita
Lagu yang sedap di dengar dan merdu . Rentak Permulaan lagu ini mengingatkan saya kapada lagu 'saat yang kuidamkan' nyanyian Amy search , namun lagu ini lebih rancak dan ceria . Dalam album ini hanya inilah lagu cinta diantara lelaki dan perempuan .

Lagu : Sang Pencinta
M Nasir meminati ilmu tentang persoalan hidup .Lagu ini jenis apa? , tasauf atau falsafah ?. Ada lagu jenis itu yang lembut , perlahan dan shahdu , namun ada lagu jenis itu yang perlu rancak , ceria dan mengembirakan seperti lagu sahabat gua dan lagu ini adalah setaraf dengan nya .
Ada diantara ilmu tentang pandangan hidup yang akan membuatkan kita merasa gembira . Rangkap pertama lirik lagu ini mengambarkan M Nasir menghargai suatu pandangan , pendapat yang membuat kan dia menghargainya . Pada rangkap kedua nampaknya pandangan dia yang melihat kesatuan dalam segala sesuatu , iaitu mendapati bahawa segala yang terpecah itu bersumberkan satu adalah pandangan yang betul . Kesatuan , tauhid dan ahad adalah perkataan yang mempunyai maksud yang hampir sama .Sesuatu yang baik harus di kongsi bersama .

Lagu : Tujuh nafas lagi .
Melihat tajuknya kita tahu lagu ini ialah lagu tasauf . M nasir lebih tahu tentang jenis jenis musik . Lirik lagu yang ini memang susah untuk difaham . Saya sendiri susah nak paham . Tapi pada pendapat saya rahsia lagu ini terletak pada senikata pada intronya yang menarik iaitu Firdaus iaitu salah satu nama syurga . Cara ia di sebut juga menarik .

Lagu : Tangisan di hujung galaksi
Loloq bukanlah penulis lirik lagu nasyid yang senikatanya terang dan mudah , orang biasa seperti dia walaupun menulis lirik dakwah tidaklah terus terang . Lagu ini memuji bumi sedangkan pada hakikat ia memuji Tuhan - Tuhan kita .

Lagu : Vendeta
Loloq adalah salah seorang penulis lirik yang di hormati di Malaysia , banyak menulis lirik yang bermutu dalam banyak album tetapi dalam lagu ini saya tak dapat komen . Mungkin mutu liriknya bergantung pada lagu sama ada sedap atau tidak .

Lagu : bahtera raudah .
Hidup ini sebagai sebuah pelayaran.Intro lagu ini sedap tapi kemudian irama menjadi kurang sedap . Seperti yang M nasir katakan lagu ini ialah mengenai perjuangan. Apa yang menarik dalam lagu ini ialah senikata " kerja rumah harus disiapkan dulu." - untuk berjuang kerja anda mesti selamat dulu .

Lagu : Destinasi : Eterniti .
Lagu ini berentak perlahan namun masih moden . Eterniti bermaksud tidak berkesudahan atau tidak berpenghujung dan itu adalah hakikat ciptaan dan Tuhan . Sememangnya ini lagu tasauf . Hakikat bahawa masa sebenarnya tidak akan berakhir terucap dalam rangkap : "masa hanya gagasan" bermaksud pergerakan masa hanya persepsi manusia .

Lagu : Segala dambaan
Dambaan bermaksud keinginan , kemahuan iaitu hakikat diri manusia . Segala keinginan manusia asalnya diberi oleh tuhan dengan segala sebab dan rahsia nya . Sebab itulah didalam lirik lagu ini terdapat doa dengan rangkap yang bermula dengan perkataan "kau perhatikan perjalanan ku" .

Lagu : Apa lagi ?
Lagu "Apa lagi" ialah lagu tentang pandangan Nasir tentang dunia semasa , tentang perang yang berlaku di dunia sekarang . Taraf lagu ini ialah sama dengan lagu "bukalah hati mu" dalam album Canggung Mendonan . Kejadian kejadian buruk yang berlaku didunia ada yang disebabkan sikap kita sendiri dan ada yang disebabkan sikap orang lain . Dalam lagu "bukalah hatimu" M nasir meminta kita supaya jangan hanya menyalahkan orang lain sahaja dan itu memang benar tapi dalam lagu ini M nasir juga perlu marah pada orang lain juga kerana dalam drama hidup ada ramai pelakonnya .

lagu : balada seorang teman .

Lirik lagu ini sungguh panjang dan lagu ini tentu sungguh bermakna . Lagu ini memang menceritakan tentang seseorang , mungkin rakan M nasir sendiri . Rangkap yang bermula dengan "Apalah pasir menjadi kaca..........................hingga .......yang meminum air" mempunyai ilmu yang tersirat dan mempunyai nilai seni yang tinggi .

Didalam lagu ini ada perkataan mawar . Didunia mawar adalah lambang ilmu peringkat tinggi , hujan mawar bermaksud turunnya ilmu peringkat tinggi atau ilmu yang banyak kesannya kapada kehidupan manusia .
Pelangi adalah suatu fenomena yang menarik minat orang falsafah dan tasauf atau orang seperti M Nasir kerana ianya ada walaupun seperti tiada - ringkasnya ia ada pada orang atau mata yang melihat .
Keadaan hidup anda dan keadaan dunia ini tidak menjadi yang lebih baik seperti yang anda inginkan kerana anda hanya watak dalam sebuah cerita . Cerita yang anda inginkan tidak akan menjadi kerana ada watak watak lain dalam cerita yang lebih besar . Walaupun kadang kadang terjadi keaadan yang di luar jangkaan anda dunia ini bergerak dan apa yang berlaku adalah mengikut hukum sebab-akibat maka nama cerita didunia ialah " hukum sebab akibat yang berpanjangan" . Cerita ini bukan bermula dari datuk atau nenek anda tapi dari zaman nabi Adam - sebab itu nama cerita hidup ini ialah " hukum sebab akibat yang berpanjangan" . Anda lah yang akan bertindak setelah membaca karangan saya ini . Sama ada mahu memberinya kapada orang lain atau tidak . Apapun tindakan anda saya redha kerana saya tahu hukum sebab akibat itu di cipta oleh tuhan jua . Namun terdapat perbezaan diantara 2 hukum sebab - akibat - satu ialah hukum alam - hukum kejadian dan yang kedua ialah lumrah alam - sikap manusia yang lazim . Sementara hukum alam mungkin adil , lumrah alam pula selalu nya tidak adil .

Kredit to Kapten hassan ( salah seorang peminat M.Nasir )

No comments: