Lihat dunia dari mata burung atau lihat dari dalam tempurung, Yang mana satu engkau pilih...
Tuesday, November 4, 2008
Saifullah @ Pedang Allah
Khalid Al-Walid
Khalid bin Walid bin Al-Mughirah bin Abdullah bin Umar bin Makhzum bin Yaqzah bin Marrah Al-Mahzumi adalah panglima tentera Islam terulung yang memberikan banyak sumbangan kepada penyebaran syiar Islam. Moyangnya bernama Marrah dan bertemu nasabnya
( keturunannya ) dengan Nabi Muhammad SAW dan Khalifah Abu Bakar As-Sidiq. Dalam erti kata lain, Nabi Muhammad SAW, Khalifah Abu Bakar As-Sidiq dan Khalid Al-Walid berasal daripada keluarga yang sama.
Khalid dilahirkan dalam keluarga yang dihormati kerana bapanya Walid bin Al-Mughirah adalah pemimpin Quraisy yang dihormati oleh kaumnya. Walid terkenal dengan kekayaan dan sifat pemurahnya sehingga mendapat gelaran Adil Wahid atau orang pemurah nombor satu. Ibu Khalid bernama Lubabah Al-Sughra. Lubabah adalah anak perempuan Haris, pemimpin Quraisy yang dihormati. Dia juga merupakan adik kepada Maimunah, isteri Nabi Muhammad SAW.
Sejak kecik Khalid ini sudah dilatih menjadi seorang pahlwan yang cekap. Selain cekap menunggang kuda, dia seorang yang mahir menggunakan senjata. Dia disegani dan dihormati kerana kemahirannya itu. Ketika usianya masih muda, Khalid sudah diberi tanggungjawab sebagai Ketua yang memimpin pasukan tentera berkuda Quraisy.
Khalid menunjukkan kecekapannya memimpin pasukan tentera berkuda Quraisy dalam perang Uhud yang berlaku pada tahun 3 Hijrah. Dengan kepintarannya pasukan tentera berkuda Quraisy berjaya mengalahkan tentera Silam dalam perang Uhud dan terus memusuhi Islam sehingga tahun 6 Hijrah.
Pada suatu hari, ayah Khalid iaitu Walid masuk ke dalam Masjidil Haram. Ketika itu, Rasulullah SAW sedang mengaji Al-Quran. Walid menghampiri baginda lalu mendengar apa yang dibaca oleh baginda. Menyedari akan tingkah laku Walid itu, baginda Rasulullah SAW sengaja menguatkan lagi bacaannya itu bagi didengar oleh Walid dengan lebih jelas. Kemudian Walid keluar dari Masjidil Haram lalu berkata kepada orang ramai.
" Demi Tuhan, sesungguhnya saya sudah mendengar apa yang dibaca oleh Muhammad. Ia bukan perkataan manusia ataupun jin. Demi Tuhan, bahasanya sangat indah dan tiada yang dapat mengatasinya".
Peristiwa itu amat berkesan di hati Khalid. Pada suatu hari Khalid berkata kepada kaumnya
" sudah jelas dan terang bagi mereka yang mempunyai akal yang sempurna bahawa Muhammad itu bukan ahli sihir ataupun tukang syair. Apa yang dibacanya itu memang wahyu daripada Allah SWT dan menjadi kewajipan kepada mereka yang berakal sihat mengikutinya".
Selepas memeluk Islam, Khalid dilantik menjadi panglima perang dan mendapat gelaran Saifullah atau pehlawan Pedang Allah. Ketika beliau baru memeluk Islam , beliau telah pergi di hadapan Kaabah dan berkata kepada kaumnya bahawa beliau mengaku bahawa Muhammad itu Rasul Allah dan agama Islam yang di ikutinya adalah benar. Ini menimbulkan kemarahan dikalangan kaum-kaumnya termasuklah yang paling marah adalah Abu Lahab. Namun, tiada siapa yang berani berkata-kata dan menghalang kehendak Khalid. Di saat itu, Khalid memang terkenal dengan keperkasaannya dan tiada siapa yang dapat menghalangnya. Jadi sejak pada hari itu, Khalid adalah pengikut Rasulullah SAW yang paling setia dan sentiasa berperang demi menegakkan syiar Islam.
Khalid Al-Walid telah menyertai 50 peperangan dan memperolehi kemenangan dalam semua peperangan itu dan terus menjadi panglima perang sehingga Khalifah Abu bakar As-Sidiq meninggal dunia. Apabila Umar Al-Khatab menjadi khalifah, jawatan beliau telah dilucutkan dan digantikan dengan Abu Ubaidah bin Jarrah.
Pada tahun ke 21 Hijrah, panglima Khalid Al- Walid telah meninggal dunia pada usianya 58 tahun. Dia meninggal dunia di Himsya dan dikelilingi oleh sahabat2 sejati beliau. Antara kata-kata terakhir beliau :
" Saya mahu mati syahid. Disebabkan itulah saya menyertai semua peperangan yang melibatkan tentera Islam. Di tubuh saya ini penuh dengan parut2 luka akibat senjata musuh tetapi saya masih hidup. Impian saya mahu gugur syahid tapi tidak tercapai. Akhirnya saya mati di atas katil. Hanya orang pengecut sahaja yang mati di atas katil. "
Khalifah Abu Bakar pernah berkata :
" tidak ada lagi ibu yang dapat melahirkan anak seperti Khalid Al-Walid. Hanya tuan seorang yang mendapat gelaran pahlawan Pedang Allah daripada baginda Rasullulah SAW. "
George , Panglima Rome pernah berakta :
" Wahai Khalid, hendaklah kamu berkata benar kerana setiap orang yang merdeka tidak berbohong. Apakah benar Tuhanmu menurunkan kepada nabimu sebilah pedang dari langit lalu diberikan kepadamu dan apabila dihayunkan kepada seseorang pasti dia kalah. "
-----------------------------------------------------------------------------------------
Secara ringkasnya kisah Pahlawan Terbilang Islam iaitu Khalid Al-Walid. Sumber daripada buku " Khalid Memburu Syahid " hasil nukilan Abdul Latip Talib. Semoga roh Khalid Al-Walid dicucuri rohnya oleh Yang Maha Esa.. Aminn...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment