Bila berbicara tentang cinta.. Terlalu banyak maksud yang tersirat bakal menjelma.. Pada aku cinta adalah satu perasaan yang datang bila hati disentuh dengan perasaan yang berlainan.. Magis cinta ni.. Sukar untuk digambarkan dengan perkataan bila bercinta.. Namun pada aku cinta yang paling utama adalah cinta pada yang Satu iaitu Tuhan sekelian alam Allah s.w.t. Dengan cintaNya kepada seluruh umatNya di dunia inilah yang akan membawa kita ke jalan Cinta yang paling diberkati olehNya.. Apalagi yang kita inginkan di dunia ini selain kebahagiaan yang sememangnya datang dari cinta.. Hanya Dia yang dapat memakbulkan segala perasaan yang datang dari naluri kita yang luhur dan kita hanya perlu berserah kepadaNya..
" Hanya padamu kekasih aku serahkan.. Jiwa dan raga jua segalanya... "
Terkenang aku ketika aku mengerjakan umrah pada tahun lepas bersama ahli keluarga ku.. Ketika pertama kali menjejakkan kaki di bumi Madinah Al-Munawarah yang penuh dengan emosi dan syukur terhadapNya, aku tak dapat nak bayangkan dan dikata dengan perasaan bila dapat menjenguk makam kekasih Allah iaitu Nabi Muhammad s.a.w.. Sungguh terharu dan sebak kaki ku ketika berada di hadapan makam nabi. Aku sedar yang selama ini aku sering melupakan kekasih Allah yang Satu ini.. Perasaan cinta pada nabi dan bangga menjadi seorang Islam muncul ketika aku berada di hadapan makam Nabi dan sebelum itu ketika berada di dalam kawasan jelmaan syurga yang Allah turunkan di dunia iaitu di dalam Raudhah.. Ahhh.. sungguh magis perasaan ketika berada di antara tiang-tiang Raudhah.. Tanpa ku sedari air mata saja yang mengalir mencurah-curah ketika berada di situ.. Setelah menunaikan 2 rakaat solat sunat aku menadah tangan ku ke langit dan memohon segala yang terkandung di dalam isi hatiku dan yang pasti memohon keampunan di atas segala dosa dan lara yang telah aku lakukan.. Terasa cintaku pada Allah dan pada Rasulullah s.a.w sangat dalam dan sangat jarang aku rasakan sebelum ini.. Dan perjalanan dari kota Madinah hendak ke Mekah juga telah membuatkan hati ku terusik melihat keadaan padang pasir yang terbentang luas di kiri kanan jalan. Dengan menaiki can perjalan ke kota Mekah Al-Mukaramah mengambil hampir 4 jam lamanya dan aku membayangkan Rasulullah dengan menaiki unta bersama sahabatnya berhijrah dari kota Mekah ke Kota Madinah dalam suasana panas terik di bawah sang mentari dan diiringi pasir-pasir gurun sedangkan aku menaiki van yang berselimutkan air cond dan beralaskan tempat duduk yang empuk.. Arghh.. aku terharu terkenangkan Rasulullah dan sahabtnya begitu kuat imannya demi menegakkan agama yang kita sanjung ini.. Termenung jauh aku mengenangkan saat-saat itu.. begitulah pengorbanan kekasih Allah yang satu dan hanya Rasulullah yang dapat memberi kita syafaat padi hari pembalasan yang membawa kita ke dunia idaman iaitu Syurga..
Aku memohon agar sentiasa diberkati oleh Allah s.w.t dan sering mencintai akan Penciptaku dan kekasihNya Rasulullah s.a.w dan aku berdoa agar dapat kembali ke tanah suci Mekah dan Madinah yang penuh dengan rahmat dan magis yang tidak dapat di sebut dengan perkataan.. Dengan keadaan dunia yang semakin tenat ini, aku mohon padaMu agar kami sentiasa dilindungi daripada melakukan perkara-perkara yang boleh mengubah haluan kami..
Amin..
No comments:
Post a Comment