Sunday, July 19, 2009

Bila Algojo bercerita tentang sahabat...

Setiap manusia adalah hamba Allah s.w.t yang harus bersujud kepadaNya. Allah s.w.t menjadikan setiap manusia itu dengan pelbagai warna dan corak yang menghiasi setiap kehidupan di dunia ini. Itulah kebesaran Yang Maha Esa. Setiap manusia sudah ditentukan jalan mengikut hala tuju masing2 namun yang pasti kita akan menemuiNya pada hari yang telah dijanjikan..

Algojo terpanggil untuk bercerita tentang sahabat. Setiap manusia di dunia pasti mempunyai sahabat atau kawan atau rakan atau geng. Seseorang yang kita boleh panggil sahabat adalah seseorang yang telah kita kenali diri seseorang itu bukan mamat yang lepak kat tepi tembok dan tak tahu tentang manusia itu tanpa kita kenali diri seseorang itu. Tidak kira harta, darjat mahupun pangkat setiap manusia pasti bersahabat. Heran memikirkan ada juga manusia yang mementingkan harta, darjat ataupun pangkat untuk bersahabat. Bukankah kita sama saja dijadikan manusia yang makan nasi dengan pinggan dan yang paling penting tetap sama bersujud kepada Allah yang satu, mengapa masih ada yang berfikiran darah kita berlainan, bukan kah darah itu tetap merah ??

Namun yang pasti setiap sahabat itu mempunyai pelbagai corak yang mewarnai perjalanan persahabatan itu. Begitu juga Algojo yang bergelar sahabat daripada sahabt-sahabatnya dan juga mempunyai pelbagai bentuk sahabat. Pada Algojo sahabat jatuh no.2 di bawah keluarga insan terpenting di dunia ini. Tanpa sahabat buntulah perjalanan hidup kita ini. Dengan sahabat juga kita bisa menyelami pelbagai pengalaman baik buruk mahupun manis. Dengan rentetan pengalaman bersama sahabatlah yang menjadikan kita menjadi lebih mulia dan ada yang menjadi lebih kotor mengikut kehendak masing-masing. Namun, yang pasti setiap tindak tanduk kita adalah berdasarkan keputusan kita sendiri. jangan kita menyalahkan sahabat tentang kesilapan kita sendiri.

Sebagai sahabat yang sejati, Algojo berpendapat kita sentiasa mencintai antara satu sama lain melalui naluri yang jujur baru kita dapat menghargai erti sebuah persahabatan.. Biasalah, dalam menempuh perjalanan sebuah persahabatan pasti ada konflik atau isu yang akan dibangkitkan namun itu adalah warna yang mencantikkan lagi perjalanan persahabatan itu.. Bak kata Sang Pujangga ' sedangkan lidah lagi tergigit'. Dengan sahabat kita bergelak ketawa, bersedih dan sering bercerita tentang kehidupan masing-masing. ada yang ahli keluarga mereka berbicara seperti sahabat itulah yang membuatkan mereka lebih akrab. Semuanya kerana sahabat.


Terlalu banyak yang boleh dikupas kalau bercerita tentang sahabat. Namun, ini adalah sedikit bingkisan tentang mengikut hati Algojo. Masih terlalu banyak yang boleh dikongsi. Untuk para sahabat Algojo this is song for u guys from Dionne Warwick and Stevie Wonder : That's what friend are for..


And I
Never thought I'd feel this way
And as far as I'm concerned I'm glad I got the chance to say
That I do believe I love you

And if I should ever go away
Well then close your eyes and try to feel the way we do today
And than if you can't remember.....


Chorus
Keep smilin'
Keep shinin'

Knowin' you can always count on me
for sure
that's what friends are for

In good times
And bad times
I'll be on your side forever more
That's what friends are for

Verse 2
Well you came and open me
And now there's so much more I see
And so by the way I thank you....


Ohhh and then
For the times when we're apart
Well just close your eyes and know
These words are comming from my heart
And then if you can't remember....Ohhhhh


1 comment:

Norhaidatul Azian Tajul Ariffin said...

yups true Eddie
saya terpanggil mengongsikan di sini yang bernama sahabat itu adalah sesama jantina,bukan berlainan
kerana yang berlainan,bukan dinamakan sahabat,kerana selalunya yang berlainan,akan punya perasaan perasaan 'aneh' kerana kita manusia..
sahabat yang sejati adalah namanya sahabat yang sama jantina yang ikhlas menegur bila salah dan tidak berdiam diri bila kita membuat kesilapan..
sahabat sejati juga bila mana,umpama kita bersama duduk di buaian dan sama sama diam seribu bahasa,hanya bahasa alam berbicara

itu pengetahuan yg ingin saya kongsikan :-)