Thursday, May 13, 2010

Bila terdengar suara keramat ...

Aku sedang lena di buai mimpi-mimpi indah dan hfon aku berbunyi mengejutkan aku dari mainan syaitan yang direjam.. Dalam fikiran yang masih berbuai-buai, aku terdengar sayup-sayu suara seseorang sedang berbicara.. Aku tersentak dalam pejaman mata namun aku cuba untuk memahamisetiap isi kandungannya.. Setiap saat aku terdengar esakan dan aku dengar luhur nya hati seorang insan yang paling istimewa sedang berbicara bahasa-bahasa indah kepada Yang Maha Esa.. Aku sungguh tersentuh dan terharu mendengar dalam diam.. Lantas membuatkan aku terus cuba mengkhusyukkan diri mendengar setiap ayat-ayat cinta.. Aku kalah bila terdengar suara-suara sayup yang keluar dari mulut seorang insan istimewa mendoakan kebahagian keluarganya, suaminya, anak-anaknya dan saudara-maranya.. Ya Allah, sifat-sifat cinta dan kasih sayang daripadaNya jelas terpancar daripada mulut seorang insan yang bernama Ibu atau yang aku panggil MAMA.. Hanya airmata kekesalan tiba-tiba mengalir tanpa paksaan.. aku tunduk dan terasa betapa hebatnya kasih seorang mama..

Dalam kegelisahan yang sering melanda diri aku ini hanya mama yang dapat mengerti.. Benar, aku bukanlah seorang anak yang baik kerna aku jarang berbicara dan hubungan aku dengan mamaku tidak seperti rakan-rakan lain yang membuatkan aku cemburu. Namun, tetap di dalam hati aku dialah mamaku, dialah yang melahirkan aku, dia yang melahirkan aku dari kecil hingga sekarang. Tiada ayat mahupun bahasa yang dapat diungkapkan untuk seorang mama..
Ayat ini mungkin klise tapi itulah Jasa seseorang yang bernama mama tidak dapat dibalas.. Hanya Allah yang bisa membalas jasa mama di dunia dan di akhirat.

Inilah antara punca yang membuatkan aku hormat kepada kaum hawa kerna mereka akan menjadi seseorang yang bernama Mama, Ibu, Umi, Mak dan sebagainya suatu hari nanti. Semoga Allah memberkati seluruh kaum ibu..

1 comment:

Norhaidatul Azian Tajul Ariffin said...

Dah lama tak singgah di sini! Kagum dengan entry ini. Benar,tiada galang gantinya insan yang satu-satunya mengandung dan melahirkan itu. Salam buat bondamu. Moga beliau tetap dititip doa oleh anak-anaknya. Amin

Masa