Thursday, July 2, 2009

Bila Algojo tiba di satu persimpangan...

Setiap perjalanan yang harus kita tempuh pasti ada persimpangan atau simpang yang membuat kita berfikir sama ada mahu ke kiri atau ke kanan.. Tetapi yang menentukan jalan itu adalah kita sendiri untuk menuju ke jalan yang hakiki.. Dilema begini pasti akan terjadi kepada setiap makhluk Allah di muka bumi ini yang pastinya ada hikmah dan pengajaran yang berlaku di sebaliknya.. Dilema ini bukanlah kehendak kita tetapi kehendak yang Maha Esa yang pastinya kita harus berfikir secara 'manusia' untuk menentukan arah perjalanan kita itu.

Setelah menjalani satu tempoh perjalanan yang masih di awal pengembaraan dan masih mencari arah yang sesuai tiba di satu persimpangan. Harus ke kiri atau ke kanan.. Namun, aku teringat akan kata-kata hikmah dari Sang Pencinta, " Lihat dunia dari mata burung atau lihat dari dalam tempurung, yang mana satu engkau pilih ?? "... Walaupun perjalanan ini nampk mudah tetapi tiada siapa yang sepanjang tempoh perjalanan ini berapa banyak halangan yang melanda untuk sampai baru di simpang yang pertama... Fuhhh.. lepas satu-satu dugaan yang melanda.. Aku harus membuat keputusan yang bakal menentukan arah perjalanan hidupku untuk menjadi lebih bersinar dari nyata..

Sekarang adalah tempoh yang sangat mencabar dalam hidup aku.. Pelbagai cabaran dan dugaan yang melanda.. Seperti biasa inilah dugaan NYA kepadaku.. Syukur di atas segala dugaan ini dan aku percaya segala apa yang terjadi dalam hidupku pasti ada jawapannya.. dan setiap persoalan itu pasti ada jawapannya.. Hanya kita yang perlu mencari kesahihan jawapan tersebut.. Keserabutan yang melanda diriku sejak kebelakangan ini bukan lah halangan untuk aku meneruskan hidup yang penuh warna-warni ini selagi kita belum dibangkitkan pada hari 'keramat' kelak.. Aku berdoa agar hidup ku ini akan lebih bersinar untuk jalan yang aku pilih demi untuk menuju ke penghujung jalan yang lebih bersinar !

Amin...

4 comments:

MZ said...

yeap... hidup mmg byk dugaan dan cabaran... anggap semua dugaan tu ade hikmahnye...

Jaigentor said...

Ala... kadang-kadang cabaran tu datang kerana lu x pandai nak mengendalikan situasi tu, lu biarkan ia terjun menjunam lebih dlm dan terbenam dan terus tenggelam, masa tu dah agak lewat lah nak menanganinya, tp walaubagaimanapun.... don worry be happy and life start at fourty. InsyaALLAH.

4fiq said...

Assalamu'alaikum..salam kenal berblog :)

saudagar gaRAM.. said...

amacam?

satu wajah?
gtalk gua kat akuyangbaru@gmail.com