Thursday, March 5, 2009

Suatu Masa bersama Sang Pencinta...

Masih lagi topik seniman tersohor negara kita M.Nasir.. X tau kenapa gua teruja sikit nak cerita bila masanya gua mula mengenali insan yang bernama M.Nasir ni.. Seingat gua, first time gua dengar nama M.Nasir masa dia mula top dengan lagu Mustika.. Sebelum tu gua tau lagu Hati Emas, Ekspress Rakyat and Gerhana tapi gua tak tau sape yang nyanyi. Maybe masa tu gua masih
' berlari telanjang di bawah mentari sumbing' . Bapak gua la yang kata lagu Mustika ni sedap and bagus.. Bapak gua memang peminat muzik tapi gua tak pasti dia minat ke tidak masa tu.. ( maybe masa tu M.Nasir ni celupar lagi kot ). Setelah gua lebih dewasa dan mengenali muzik dengan lebih mendalam barulah gua mula menjejaki siapa tu M.Nasir setelah album Canggung Mendonan di pasaran. Lagu Mentera Semerah Padi yang benar-benar menguatkan semangat gua untuk mengenali beliau.. Lagu Bonda menyusul antara lagu terbaik yang pernah gua dengar seumur hidup gua dan bapak gua pun kata lagu ni antara lagu terbaik yang pernah di hasilkan di alam maya ini..

Bermula dari situlah gua mula mengorak langkah mencari lagu-lagu M.Nasir dan mula memahami segala intipati lagu-lagu ciptaaan beliau. ( time tu pun suara dah mula garau so dah faham sikit la.. ) Gua mungkin agak ketinggalan zaman tapi gua bergerak dengan pantas cuba mengenali beliau dan barulah gua tau yang lagu Hati Emas, Gerhana, Ekspress Rakyat dan Apokalips adalah M.Nasir yang cipta dan nyanyikan.. Perlahan-lahan gua mula belajar main gitar dan memainkan lagu-lagu ciptaan beliau walaupun sumbang-mambang.. Lagu pertama yang gua reti main pun lagu Mustika.. mungkin sebab lagu tu antara lagu terawal M.Nasir yang gua hafal..

Gua masih teringat ' suatu masa' dulu gua ada tertengok HMI Bersama M.Nasir ( x ingat tahun berapa ) .. Konsep yang disajikan seperti di dalam hutan dalam suasana bercamping.. Gua siap record pakai VCR masa tu.. Lagu yang di nyanyikan seperti Aduhai kasih Aduhai, Impian Anak Jalanan, Nyanyian jiwa, Kepadamu Kekasih dan Ada.. Memang gua stim betul tengok show tu.. Berulang kali gua tengok sampai naik berkulat.. hehehe..

Kemudian setelah beberapa tahun barulah muncul album Phonenix Bangkit . Dalam tempoh yang lama tu gua dah mula guna nickname Algojo.. :) kena dengan panggilan beberapa kenalan gua yang panggil gua Jo.. wakakaka.. Album Phoenix adalah antara album terbaik sepanjang zaman di nusantara ini.. Gua rasa kalau mat saleh dengar album ni and appreciate muzik kita confirmlah boleh menang Grammy or American Music Award yang kononnya berprestij tu.. Album ni boleh tapau habis.. Album ni penuh dengan ilmiah dan falasafah yang benar-benar menikam jiwa gua.. Dengan lagu Bila Rumi Menarilah baru gua kenal siapa itu Jalaluddin Rumi dan kenapa orang turki bertarbush menari berpusing-pusing..

Kesimpulannya, M.Nasir banyak mengajar gua tentang ilmu dunia dan falsafah melalui lagu-lagu hikmah beliau dan tulisan-tulisan magis arwah Loloq.. Dengan menonton konsert dan persembahan beliau membuatkan gua mengerti mengapa kita perlu mengapresiasi muzik dan mendalami muzik.. Tahniah buat sifu M.Nasir yang banyak mengajar dan berkongsi dengan ilmu beliau ke seluruh umat sekarang..

' Di balik cermin mimpi aku melihat engkau,
di dalam engkau aku melihat aku,
ternyata kita adalah sama,
di arena mimpi yang penuh bermakna '

Salam Algojo...

2 comments:

saudagar gaRAM.. said...

gua cukup terbakar pada org yang dapat pegi konsert alam muzik m.nasir..


sangat2 terbakar..



arghhhhhhh.....
kenapa tiket 45 abes awal gila???
hahahaha

Norhaidatul Azian Tajul Ariffin said...

Saudagar Garam..hahhaha
Rileks,rileks...
Itulah dia terkilannya
Lain kali, beli awal awal ya..

Aku juga mula mengenali M.Nasir melalui lagu 'Mustika'.Tika itu melalui radio lama kecil milik arwah nenek. Masa itu seingatku Zazmi Zain jadi DJ Radionya dan kerap lagu itu diputarkan dan menjadi salah satu lagu dalam carta yang top. Aku lupa pula radio chanel yang mana..haha
Sebelum itu aku juga sama, seperti anak kecil dalam lagu Anak Anak Kita yang main berpistol pistolan dengan senapang kayu ubi guna terung rembang (tak tau korang panggil apa utk terung bulat kecik2 tu),kadang kala senapang kayu untuk tembak ikan..hehe. Selepas Mustika aku mula jatuh cinta dan menjadi RINDU dengan semua karya karyanya. Aku membongkar,menggeledah segalanya untuk aku lebih mengenali dan berfikir tentang insan seni,Sifoo kesayangan hebat ini :-)